.
0
MAK JEMAH

Menjaga Hati

Terima kasih awak kerana pernah menjaga hati saya ..
Saya yakin pemilik hati saya adalah awak ..
Kata-kata awak adalah suara hati saya ..
Saya ikhlas masa memberi hati saya pada awak ..

kadang-kadang hati saya tercalar kerana awak ..
Tapi saya sendiri cuba merawatnya ,
tapi lagi hebat awak juga laa penawarnya ..
Kadang-kadang saya kecil hati dengan awak ..
Saya cuba pujuk hati sendiri ,
tapi lagi hebat awak juga laa penyeri kembali ..

Hati ini awak indahkan, hati ini awak benihkan
Hati ini awak endahkan, hati ini awak gundahkan
Hati ini hanya untuk awak, hati ini awak yg layak
Hati ini awak tetak, hati ini awak pijak..
Hati ini awak miliki, hati ini awak selami..
Hati ini awak racuni, hati ini dah mati
Hati ini tiada lagi erti..
Hati ini awak pulanglah kembali...
Hati ini awak tolonglah dengari...
Cuma saya minta kini,
Jangan cuba ketuk pintu hati saya lagi...
Saya mohon...
Hati saya lelah, hati saya nak rehat..
Hati saya parah, hati saya nak sembuh cepat....


Saya bukan mudah berganti hati
Saya bukan mudah ke lain hati..
Jika suatu saat saya ingin memberi hati ini lagi,
Mungkin dia lah jodoh dari Tuhan hingga akhir nafas ini...
gambar comel:incik zack konspirasi 

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

0
MAK JEMAH

Nostalgia Ramadhan

Mengimbau kembali kenangan lampau kadang-kadang buat aku tersenyum sendiri..terasa deras masa berlalu dengan setiap perjalanannya dipenuhi cerita suka duka seusia aku..kekadang kenangan itu setiap kali disingkap kembali akan mengalir air mata di pipi..bukan kerana mengenang cerita sedih tetapi mengenang betapa indahnya saat itu hingga terbit rasa rindu yang amat dalam untuk kembali ke kisah2 tersebut..cehhh..awat aku tules beria2 bajet penulis novel macam ni?? Hua3..


Aku lihat Ramadan dari kejauhan....
lalu ku sapa ia," Hendak kemana? "
Dengan lembut ia berkata, " Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ".
Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........ ' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?

tacing kan ayat dy~ :(

ok sempena bulan ramadhan yg akan abeh esok @ lusa  (sedehhh)..aku nak cita sket kenangan masa bulan posa aku tym kecik2 dulu..yang sampai skanx aku masih ingat..  Ya Allah tiba2 aku rasa sebak..sumpah! aku rindu sangat dengan zaman kanak2 aku..i wish i was a kid again..  aku rindu masa umah aku ni masih ada 2tingkat..tapi bukan umah banglo na..kakak bawah batu atas papan..aku rindu umah yang papan tu..dedulu lepas abeh ngaji malam.. (mak aku tok guru mengaji quran..ngeh3) mesti bebudak dok men terjun2 kat tangga umah aku..hahah sampai mak aku marah2 la.. tapi tangga batu bukan tangga kayu..kekonon macam superman gitu..kakkaka 



gamak malas nak turun tangga “ahh baek aku terjun la cepat cket sampai bawah..dari kena turun satu2” hahhaha selalunya dak laki laa dok men terjun tu..kat anak tangga paling atas ok..aku pon penah terjun (heh nak jugak-_-“) tapi aku xbrani la nak terjun kat anak tangga paling atas..pastu penah skali aku try terjun kat tangga yang paling atas..konon nak tunjuk kuat..hahah masa tu aku 6taon xsilap :P dengan xconfidentnya aku terjun..hiyarkk!! terpeleot aku jatoh..senak perot aku wey rasa macam separuh nyawa ilang..hahha naseb aku sesorang kalu x malu ja..ngeee :B

 Ok abeh dah bab yang tu..heheh aku nak cita kenangan aku masa bulan posa..yang aku ingat sampai skanx..masa tu umo aku 6taon..budak tadika lagi..hehe muka suci murni lagi, tapi aku xcomey pon tym kecik..hahah lepas balik skolah buka baju suma pakai suaq pendek ja yang aku ingat..kakaka sexy x? Muahahah hampeh..alaa apa la sgt stakat pakai suaq pendek budak kampung cam aku ni kan..xda orang kisah pon :p dengan perasaan yang riang ria sbb aku  dapat curi wau abang aku..hahah sebelom tu aku da mintak kat dy nak men tapi dy xbagi punya kedekut..kakkaah..rupanya dy semunyi wau tu belakang pintu..tempat semunyi pon xprivate langsung ==” masa tu abang aku kat skola..besa la budak skola rendah kan balik lambat cket dari budak tadika..kekkeke mak aku plak dok buat koi raya kat dapoq..aku ingat lagi dy buat koi biskut kelapa yang bulat2 ada ceri kat atas dy tu kan..hehhe 



dedulu mak aku rajin gila buat koi..lani,,hagghammm...hahahha mungkin faktor usia..hehhe :p bila dah dapat ja wau tu aku pon belari lam umah sambil bawak wau tu dengan hepy xterkata..hahaha aku xbawak kuaq sebab takot nanti tetiba abang aku balik mampoih aku, hanya mampu men kot lam umah ja..lepas lari2 kat ruang tamu, ruang tengah, pastu aku p plak dapoq..tengah syok2 lari2 anak bawak wau ala2 dok kat pantai merdeka..ketepek!! kaki aku rasa panas..aku alih kaki aku..aku tengok ja benda tu dengan hati yang gundah gulana..jantung aku dupdap2 dah macam pelari pecut negara..punya elok benda tu jadi bentuk tapak kaki aku..hahhaha ampa taw benda pa?? Koi mak aku laa!! hahaha aku pijak koi mak aku..muahahha mak aku susun koi tu atas tutup tupawear sementara nak tunggu koi tu sejuk..baru dy nak masuk dalam bekas..

maaf di atas kehodohan aku melukis gambar ini ^_^"

tapi masa tu mak aku xda dy dok kat luaq..dedulu mak aku buat koi guna dapoq kayu..nak jimat gas..hehhe family aku dedulu xdala sesenang skanx..so sumanya kena jimat  mak aku dok sibok la dengan dapoq kayu dy dengan koi dy kat luaq nuh..aku pon apa lagi takot mak aku marah punya pasai cepat2 aku p semunyi..hahah jahat kan aku..


bukan nak mintak maaf..[ok jangan contohi sikap sy yg ni..ngeh3] taw aku semunyi kat mana? Kat bakang pintu yang aku jumpak wau abg aku tadi..hahah tu pon jenoh dah tempat semunyi aku cari..masa tu mmg buntu gila xtaw dah nak p semunyi kat mana..heheh

Tiba2 aku dengaq mak aku tepekik-pekik panggil aku..mesti dy tengok dah koi yg aku pijak tu..hahah masa tu ketaq lutut xyah cakap la..sapa xtakot mak marah..mak aku garang owh..hehe masa tu wau abg aku ntah kemana..aku dapat dengaq tapak kaki mak aku tercari2 aku..


pastu aku dengaq mak aku kata kalau aku xkuaq mak aku nak tinggai aku p jaoh..



aku tetap diam, keraih membatu..hahha lam ati aku risau gak, mana la mak aku nak p tinggai aku..ala2 cita batu blah batu betangkup lak kan hahhah besa la baru 6taon mak tinggai sat pon xleh dah..2 3minit kemudian aku dah xdengaq sora mak aku..aku tunggu lagi 5minit, 10minit..xda dah sora mak aku..xkan mak aku tinggai aku kot..dah dekat 20minit ni...aku pon dah lengoh dok tecangak blakang pintu tu, aku beranikan diri aku kuaq..aku tengok kat dapoq mak aku xda..aku tengok luaq, kat dapoq kayu kat ruang tamu..dalam bilik ayaq, bawah tudung saji, bawah tikaq mengkuang, atas almari, dalam paip ayaq suma xda (ok ini tipu :p) mak aku xda!!! Mak aku tinggai aku betoi2 la kira..amboih marah sungguh aku pijak koi dy~ kehkeh dalam ati risau dah..campoq dengan pasaan takot sebab pk aku dok sesorang..aku pon apa lagi terjerit2 panggil mak aku la..xpikiaq dah pasai takot aku pijak koi tadi..tapi mak aku diam xmenjawab langsung..aku pon mula la teryak sambil lari2 p kat luaq umah panggil mak aku..aku rasa 1kampung bley dengaq sora aku panggil mak aku..sampai saket tekak aku..hahah tapi mak aku xda gak..aku pon dok la kat luaq umah sambil teryak tersedu2..hahaha tiba2..aku dengaq sora mak aku..ish mai celah mana plak.. aku syok dah lam ati tapi aku xp kat mak aku, konon majok..hahah aku buat2 teryak lagi ada:p sebab xmau kena marah pasai koi tadi sama..


mak aku mai kat aku..dy gelak..dy kata mak dok belakang umah tadi..hahah punya bangang aku xp tengok bkang umah..kakaka..tapi memang betoi mak aku xmarah pon pasai koi tu..hahahha ok tamatlah cita pasai terpijak koi biskut kelapa..bila teringat balik mesti aku dok renyeh sorang2..hehheh papun aku stil rindu zaman kanak2 aku~
ok..sekian


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

0
MAK JEMAH

Taman Tergantung Babylon Terbinanya Kerana Sebuah Cinta

Assalamualaikum^^

Hye2..suma sihat arini? hehe ok nak tanya penah dengaq x taman tergantung babylon.. :p dedulu masa aku form3 xsilap..aku baru dengaq nama taman ni taw..masa tu aku dok layan lagu gerhana ska cinta..hahah tajok terpesona..ada sebaris lirik tuh dy kata "kaulah yg terindah, indah taman kota babylon" hahahha masa tuh aku start pk..taman kota babylon tu natang pa la..sampaila kita start belajaq sejarah form4 xsilap aku..owh rupanya taman yg wujud masa tamadun measopotamia dedulu...masa dok belajaq tu aku terpikir..awat nama dy taman tergantung..taman tu dok tergantung atas langit ka? ada tali ka dok gantung taman tu? -_-" hahah bengong ja kan..tapi memang tu la yang aku agak!

sampailah aku baca kat satu ruangan majalah hiburan klik xsilap aku, hahah amboi kemain layan klik baq ang..kakak owh baru la aku taw..taman tu bukan tergantung sebenaqnya..tapi bertingkat2.setiap tingkat ada taman n sungai2 yang mengalir..dan taman tergantung babylon diiktiraf sebagai 7 keajaiban dunia..haa meh tengok cket gambaq dy..memang amazing!




Haa cantek kan? kalu aku dok sana aku xmau balik dah :p tapi skanx taman ni cuma wujud tapak dy ja..xda dah cantek camni..n sapa plak yang membina taman ni..dan untuk apa tujuan dy?

Karikatur Raja Nebuchadnezzar II 
Taman ini dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal sekitaran tahun 600BC.
Taman ini terletak di Babylon di tenggara Iraq yang dulunya dikenali sebagai Mesopotamia. Ia terletak berhampiran tebing tinggi sungai Euphrates kira-kira 50 km di selatan Baghdad.
Taman Tergantung Babylon adalah sebuah ilham yang terhasil dari rasa cinta Raja Nebuchadnezzar II terhadap isterinya, Permaisuri Amytis yang berasal dari kerajaan Media. Perkahwinan yang diatur bagi tujuan diplomatik dua negara.
Kerajaan Media terletak dipergunungan Persia (Iran). Permaisuri Amytis dibesarkan di dalam persekitaran kehijauan dan keindahan flaura dan fauna di pergunungan Persia. Berbanding kehidupannya di babylon yang merupakan wilayah datar, kering dan panas. Kerinduannya kepada kampung halaman menyebabkan Permaisuri Amytis sering berhiba dan termenung.
Di atas rasa kasih sayang, cinta dan keperihatinannya terhadap kedukaan permaisurinya, Raja Nebuchadnezzar II telah memerintahkan agar satu taman dibina di satu dataran yang tinggi dengan berbumbungkan kebun2 dan taman2.

Taman Tergantung Babylon bukanlah tergantung di dalam erti kata yang sebenar. Ia diambil dari sebutan Yunani "kremastos" yang dilatinkan menjadi "pensilis" dan di dalam bahasa Inggeris bermaksud "overhanging". Bukan hanya "tergantung" tetapi juga bermaksud berada di balkoni atau di teres.

Sejarawan Yunan, Diodorus Siculus menggambarkan taman ini:
  • Lebar taman 400 kaki
  • Panjang tanam 400 kaki
  • Tinggi taman 80 kaki
  • Beralaskan batu bata yang ditutupi aspal dan seramik yang berfungsi menghalang kemasukan air ke dasar tanah yang akan memungkinkan kerosakan terhadap foundation taman tersebut
  • Taman ini umpamnya dibina dipingir bukit dan sebahagian dari strukturnya dibina secara menaik.
  • Di tanam dengan pelbagai pohon2 yang setipa jenisnya bersaiz besar dan menarik
  • Air pula dinaikkan ke taman ini dengan banyaknya dari sungai .
Manakala sejarawan yang lain, Herodotus pula mengungkapkan taman ini;
  • Terletak di dalam istana yang berlapiskan emas
  • Panjangnya mencapai 56 batu
  • Taman ini sangat lebar sehingga memungkinkan kereta yang ditarik oleh 4 ekor kuda boleh berputar balik
  • Terdapat kuil2 pemujaan yang dihuni oleh patung dewa yang diperbuat dari emas.
  • Taman ini dibuat bertingkat2, lebih tinggi dari bangunan lain yang ada di kota Babylon sehingga menimbulkan ilusi "tergantung di udara"
Dan seaorang ahli geografi Yunani, Strabo memperihalkan taman ini seperti berikut
  • Taman ini berbentuk segi empat sama "quadrangular"
  • Setiap sisi adalah sepanjang 4 plethra
  • Mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak
  • Semuanya berongga dan diisikan dengan tanah dan ditanam dengan pokok2 besar
  • Tiang2, ruang dan teres dibina dari bata yang dibakar dan tampalan simen
  • Bukit buatan ini subur menghijau memberi satu kelainan berbanding keadaan persekitarannya yang tandus.
Malangnya kewujudan Taman Tergantung Babylon ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Ini kerana tidak ada bukti pertemuan @ manuskrip yang konkrit ditemui bagi menyokong kewujudannya jika dibandingkan kewujudan bangunan lama yang lain yang berdekatan seperti Ziggurat dan Kuil Marduk.
Untuk mencari kebenaran Taman ini, seorang ahli arkeologi Jerman, Robert Koldeway telah menggali lokasi yang dikatakan bertempatnya Taman Tergantung Babylon ini pada tahun 1899. Koldeway menggali selama 14 tahun dan berhasil menemukan:
  • Dinding istana
  • Menara Babel dan foundation istana Nebuchadnezzar (Menurut manuskrip hanya ada dua banguan di kota itu yang diperbuat dari batu iaitu dinding utara istana dan Taman Tergantung Babylon)
  • Turut menemui dinding yang berketebalan 22 kaki dan dihiasi dengan lakaran singa serta lain2 haiwan .
  • Koldeway juga turut menemui sebuah dinding yang mempunyai tulisan purba, Nebuchadnezzer, King of Babylon (yang juga diragui kesahihannya: dikatakan mungkin tulisan anak nakal)
  • Koldeway berhasil menemukan 14 ruangan dari batu
  • Juga menemui lubang aneh dilantai yang dikatakan terletaknya kincir air raksaksa bagi mengalirkan air ke taman tersebut
Walau bagaimanapun pertemuan ini menimbulkan keraguan dari para arkeology yang lain Dikatakan lokasi yang ditemui oleh Koldeway itu agak jauh dari Sungai Euphrates memandangkan mengikut perkiraan sejarah, Taman Tergantung Babylon terletak berdekatan dengan sungai tersebut.
Emm..walaupun kewujudannya masih misteri tetapi masih tetap diperkatakan. 

ok selamat belajar Sejarah!! :p
ok sekian. 

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

0
MAK JEMAH

7 Keajaiban Dunia



Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir.. inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal..
Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi..
Believe it or not??? Believe it~
Mungkin ada yang tertanya-tanya, keajaiban apakah itu yang kita sendri tidak tahu..
Tidak ramai yang tahu,dan rasa nya ada juga yang tahu keajaiban ini.. Nak tahu?? ok.. Mari berkongsi..



 Tujuh keajaiban dunia itu adalah: 


* Haiwan Berbicara di Akhir Zaman 
 Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an :
surah An-Naml ayat 82,
“Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.
Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berhujah tentang ayat di atas:
“Haiwan ini akan keluar diakhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.
[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]
Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat.
Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”.
[HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]


* Pohon Kurma yang Menangis 

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah saw. mengapa sampai pohon ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- berkata :
“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu- berkata: “
Adalah dahulu Rasulullah saw berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah saw turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .
[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]
Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Dulu Nabi saw berkhuthbah pada sebatang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi saw mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]


* Untaian Salam Batu Aneh 
Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,
Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
“Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)].


* Pengaduan Seekor unta 
Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah saw mengungkapkan perasaannya.
Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk kedalam kebun lelaki Anshar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi saw melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi saw mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke punuknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda,
“Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?”
Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “unta itu milikku, wahai Rasulullah”.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahwa engkau telah membuatnya letih dan lapar”.
 [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]


* Kesaksian Kambing Panggang 
Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut:
Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Rasulullah saw menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah saw pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan.
 Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahwa dia beracun”.
Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur Al-Anshoriy.
 Maka Nabi saw mengirim (utusan membawa surat),
“Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?”
Wanita itu menjawab,
“Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”.
Kemudian Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh.
Nabi saw bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,
”Sentiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus”.
[HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]


* Batu yang Berbicara 

Setelah kita mengetahu adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita pikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah saw , baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi saw tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.
Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata,
“Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”.
[HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata,
 “Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. kebenaran  hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat”.
[Lihat Fathul Bari (6/610)]


* Semut Memberi Arahan 

Mungkin kita pernah mendengar cerita lagenda tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain.Tapi ketahuilah, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan ketenteraan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi komando tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,
“Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:
“Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut:
Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa:
“Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”.
(QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang patut dihebahkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi sehingga sekarang.Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu.Dan aku sendiri juga masih tidak terlalu tahu keajaiban dunia ini.
Kalau kita semua tahu tembok besar cina itu antara keajaiban dunia dan sebagai nya..
Kita harus tahu juga.. Ini adalah keajaiban dunia,yang ramai tidak tahu dan perlu untuk kita tahu sedikit sebanyak..
sumber : email dari seorang kawan.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

0
MAK JEMAH

Gambaran Hari Kiamat



Assalamualaikum..
Hari ni aku nak kongsi sesuatu..sesuatu yang dapat menginsafkan kita semua..Sesungguhnya Allah itu maha besar.Tiada sesuatu pun yang dapat melawan kuasaNya apatah lagi untuk menandingi kekuasaanNya.Bila aku baca ni Ya Allah..gerun..sangat2 gerun..ni lah rupanya gambaran hari kiamat yg amat dahsyat..sesungguhnya mati itu adalah benar, hari kiamat adalah benar, syurga neraka juga benar..Sesungguhnya Ya Allah kami makhluk yg amat kerdil di sisiMu..kami makhlukMu yg amat hina dan keji dengan dosa2 kami..Oleh itu Engkau ampunkanlah dosa2 kami..Engkau kasihanilah kami sepertimana engkau mengasihani kedua orang tua kami..Engkau jauhilah kami daripada azab seksaan api nerakaMu yang amat dahsyat..Engkau permudahkanlah segala urusan kami tatkala kami di sana kelak.. Dan Engkau jadikanlah kami sebahagian daripada ahli-ahli syurgaMU..


sumber dari facebook:

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. 

    Gambaran Hari Kiamat   

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

  Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

  Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

  Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :  

Sedekah/amal jariahnya.  
Doa anak²nya yang soleh. 
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.  

sumber daripada : Amar Sufi

p/s: sesorang penah bagitau aku,  setiap benda yang akan kita jumpa di syurga kita akan terpegun selama seribu tahun.bila berada di depan pintu syurga jugak kita akan terpegun dengan kecantikan dan keindahannya selama seribu tahun! tu cuma kat depan pintu..dalam xtau la..Subhanallah.. 

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿