.
2
MAK JEMAH

Rindu Terperam =.=

Greeting Text
  CAKKK!!!
 
Hai..errr..hai..sebenaqnya kan..nak cakap kan..yang kita kan..rinduuuuuuuuuuuuuuuu sangat!!! nak update belog..sobss:'( tapi apa kan daya~ jodoh tiada~ kenangan demi kenangannn.. Ehh tetiba pulok :D Tapi kita sekarang kan..kankankan *lempang jugak sat lagi* sibuk kerja..letih taw awak-awak semua..hmm.. T__T haha sudah-sudah gedik gila.. geli bulu kaki aku baca..ngiahngiahngiah
 
Yang pertama sekali, aku nak cakap sememangnya aku rindu sangat-sangat nak update belog macam dulu-dulu..Dulu-dulu..zaman muda-muda..dua tiga hari lagi dah nak tuo..2013 coming soon!! aku pulak dah masuk 23 tahun! Argh! alergik aku dengaq umoq aku bakal menjangkau 23 tahun..cecepat check kedut kat muka..tenyeh Safi Rania Gold.
 
Serius cakap kerja aku sekarang sangat meletihkan..sampai aku dah terpikir nak berenti..ini seriuussss..wonderpets datang membantu~ Ciss! maaf-maaf terbawak-bawak pulak..sebab tu balik kerja tidoq sampai ke petang..aku dah tak mampu pikiaq dah idea nak update belog..sampai aku hampir-hampir terlupa yang aku ni ada belog yang comel dan cun melecun gituuu :3 tumbok muka aku cepat! haha
 
Lama jugak kan aku tak update..bulan yang lepas pun satu bulan satu entry..macam ada orang peduli pulok *mata tengok siling -,- Ehh sudah-sudah sampai sini dulu..internet aku dah nak habis..entry yang takda masa depan langsung..hahah

Sekian.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

3
MAK JEMAH

abgfredshgjjhevcgg

Greeting Text
  Biar gambar berbicara .....

  :')

i always hope..

but..i'm sorry..

and... :')



wassalam..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

7
MAK JEMAH

Bosan Sepetang

Greeting Text
Hye readers!!

 Uhuk :'( What a boring day today!! Mak tak da. Abah tak da. Adek tak da.Semua tak da.. :'( Tinggal la aku sorang-sorang macam orang gila kat rumah ni. Makan sudah. Mandi sudah. Tidoq sudah. Online ja tak sudah-sudah.. haha Sebenarnya, malam ni aku dengan adek aku cuma tidoq berdua ja kat rumah. Mak abah aku pi kursus haji perdana kena bermalam kat sana. 
 
Adakah kami berdua akan tidoq satu bilik satu katil dan satu selimut? haha tak tak. Aku rela tidoq sorang-sorang sebab apa taw? sebab adek aku tidoq buas namati. Baru-baru ni time kenduri rumah aku ada kawan kakak aku mai so adek aku kena tidoq satu bilik dengan aku, tengah syok dok mesej tiba-tiba sebelah kaki dah terangkat naik atas peha aku. Aku tolak pelan-pelan. Haih dia letak sekali lagi. Aku tonyoh kuat-kuat sampai dia terjaga. Pastu bangun buat muka gabra. Haih geram..siap bantal pelok aku bolot kat dia semua..hahaha nasib aku jenis berperikemanusiaan, kalau tak lama dah terajang jatuh katil..hahaha ganas tak? ganas tak? Bakal suami saya sila berhati-hati ya.. curi bantal pelok kita, kita terajang.. :p kahkah~ gatai pulok..

Ok, apa lagi nak cakap.. hahahah tak da idea dah sebenaqnya. Tengok la makin lama jumlah entry aku makin berkurang. Idea habeh hilang di tiup angin sepoi-sepoi bahasa~ tapi takda idea pun aku rajin jugak jengok-jengok belog, AKU SENDIRI. hahaha bukan belog orang ya. Ntah la malas..pasai pa ntah mood nak blogwalking makin hilang..Jangan risau, nanti aku pi la buat menyemak..aku tunggu hampa update banyak-banyak dulu. haha nak baca sampai berbulu mata aku..hOho

Ok. setakat ni ja kot..Aku buntu. Nanti aku update banyak-banyak nah..nak pi meroyan kat luaq rumah sat sambil pikiaq idea..hahaha Assalamualaikum...

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

8
MAK JEMAH

L.♥.ve U More ('',)

Greeting Text
Hai reader(s) selamat pagi. Lama tak jumpa."SAYA SAYANG AWAK LEBIH!" selalu kita dengaq perkataan ni..even aku sendiri penah ucap. Lepas tu kena cop pulun..haha -.- Dalam satu hubungan mesti akan ada sorang yang lebih menyayangi berbanding yang sorang lagi. Tidak boleh tidak, mesti ada punya contohnya macam aku. Aku sayang dia lebih tau berbanding dia.. wakakak memang, memang aku sangat PEMURAH dengan SIFAT KASIH SAYANG *Tangan dibahu mata tengok siling. huahua. Betol , tapi hanya dengan insan-insan yang benar-benar aku sayang.. :)

Sebab tu dalam satu-satu relationship akan terjadi situasi 'awak tinggalkan saya'. Awak tu la, awak yang kurang menyayangi saya tu. Kerana apa puan-puan?? kerana ada situasi satu pihak yang lebih  menyayangi berbanding yang seorang lagi. Selalunya, orang yang sayang lebih ni susah nak tinggal pasangan dia walau bergadoh, berperang, bertumbok camana sekali pun..macam aku..hahaha nak lagi nuh~ sebab tu bagi aku, lagi elok kalau lelaki tu lebih menyayangi..sebab laki, selalu berubah mengikut keadaan dan masa. Contohnya, bila dah dapat pi study or keja jauh sikit. Tinggal awek jauh-jauh mula la buat perangai macam paria. Ah! tak paham aku..-.- selalunya la kan..tak semua..kehkeh. satgi habis anak jantan sekalian marahkan saya..

Pompuan pulak, kalau dia dah sayang laki tu memang dia akan sayang..Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri dan kawan-kawan rapat aku. Selalu kami kaum hawa yang sering ditinggalkan. Jantan pesen tak reti bersyukur.. haha pompuan pon ada yang perangai serupa tapi bukan aku la kan.. hahaha semua nak elok dia ja. :p Kadang-kadang pompuan yang terlebih sayang ni dia susah nak give up. Dia selalu fikir apa yang dia buat tak cukup bagus. Sebab tu dia cuba luangkan lebih banyak masa untuk nak tunjukkan kasih sayang dia.Telefon selalu, siang malam mesej. Yang laki pulak rimas girlfriend asyik cari, dia mula rasa tak bebas..Lepas tu dia marah girlfriend dia, lepastu girlfriend dia merajuk, lepastu dia pujuk girlfriend dia, lepastu girlfriend dia cair, lepastu depa baik semula dan dia mula buat perangai endah tak endah balik..dan kitaran tu akan sentiasa berulang-ulang ya sampaila depa rasa bosan..Start tu relationship akan jadi lain..Susah bila ada satu pihak yang sangat menyayangi tapi satu pihak lagi tak endahkan perasaan orang yang dia sayang.

Kadang-kadang cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Sebab adalah nyawa cinta, tanpa sebab matilah cinta. Kalau kita cuba imbas mula-mula perkenalan kita mesti banyak yang berbeza..Yalah dulu semangat tengah berkobar-kobar nak kenal satu sama lain.. Bila dah lama mula la rasa jemu..aku tak suka keadaan ni :') Hanya orang yang kuat boleh kekal hingga akhir hayat sambil membela dan melayan kerenah anak cucu yang ramai.. ehh? (==") Assalamualaikum..

* Aku sendiri tak paham apa yang aku merapu dalam entry ni.. haha

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4
MAK JEMAH

Perasaan Yang Sukar :')

Greeting Text
  Hai reader(s)..act, harini nak cakap aku dah tau tarikh mak and abah aku akan bertolak ke tanah suci. Pagi tadi aku and kakak temankan abah aku pi bank tabung haji sekali beli kek untuk hari lahir mak aku harini. Selamat hari lahir mak untuk yang ke 52 tahun. Semoga panjang umur dan murah rezeki serta sihat selalu. Maafkan segala salah silap orang selama ni. Entah la, dari mula aku dapat tau tarikh abah and mak aku akan bertolak sampaila sekarang ni, dalam hati aku rasa sebak..satu perasaan yang sangat sukar bagi aku. Nak bertentang mata dengan mak and abah aku pun rasa macam tak tertahan lagi ayaq mata ni..Even tengah tulis entry ni pun aku dah menitis ayaq mata..

Aku bayangkan macamana saat aku hantaq mak and abah pi airport nanti. Banyak yang aku nak cakap, tapi rasanya aku takkan mampu..sebab ayaq mata ni akan menghalang semuanya.Mesti aku kelu:') Aku cuma nak depa selamat pi dan selamat jugak kembali. Semoga Allah tolong jagakan mak abah di sana. Mak aku cakap "Mak wasiatkan untuk anak-anak mak sembahyang jangan tinggai dan baca yasin setiap malam selama mak abah di sana.." InsyaAllah mak. Lagi laa aku terasa sebak. Selama ni aku bukannya baik sangat, aku selalu tak dengaq kata, aku lalai aku terleka..Maaf abah mak, maaf sebab terpaksa buat mak dan abah tanggung semua tu..

Bukan aku tak bersyukur bila mak abah aku nak mengerjakan rukun Islam yang kelima tersebut, bersyukur sangat-sangat..tapi..selama ni celik-celik mata dah ada depa setiap masa setiap hari. Bila nak berpisah untuk masa yang agak lama yalah rasa tak sanggup. Mak and abah aku dapat panggilan haji yang pertama 19.09.2012 tak kurang dari sebulan ja.. Dan berlepas ke sana dari KLIA. Abah aku dah mintak Airport Bayan Lepas, Pulau Pinang tapi tak dapat. Dah kami semua kena hantaq sampai airport alor staq ja..Lepastu abah and mak turun KLIA lepastu terus ke Jeddah.. :'( Semoga semuanya selamat..dan dijangka balik sini awal bulan november.. Ya Allah..tolong jaga mereka di sana dan berikan mereka kekuatan serta kesihatan yang baik untuk beribadah dengan tenang..Amin. Saya sayang mak dan abah saya sampai ke syurga~ Assalamualaikum.


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

3
MAK JEMAH

1liter of tears

Greeting Text

Memandang ke langit ...

Terlihat sepasang awan ..

Di belah senja ,

Tak tercantum lagi ..

Terasing ...~

Punyai bayang-bayang ..

Cahaya tersembam ...

Merengus kepayahan ..

Menghilang ....

Aku bagaikan awan terasing ..

Kau bagaikan bayang-bayang menghilang ...
 


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

5
MAK JEMAH

The Spirit Of Raya!

Greeting Text
Hai reader(s). Lama kan saya menyepi. Rindu saya tak?? Angguk cepat!! haha -.- 
Biasala bulan ramadhan saya sibuk sikit..meniaga ayaq tebu kat bazar :) okay muhong macam paria..hehe :p tamaw marah taw..sebenarnya kepala hotak saya hampir 'bengong' nak memikirkan idea menghapdet, sebab tu la saya semakin sepi, lemau, dan lembik..Ehh? 
 
Pengakhiran ramadhan ni, aku sibuk membesaqkan badan..haha sebabnya time bulan posa ni ja hari-hari dapat makan sedap..haha lepas ni makan nasi laok ikan kering , teloq goreng pon bantai ja.. haha dan sedaq tak sedaq SAYA MAKIN GEMOK yang sememangnya dah gemok tapi makin gemok!! ok paham dak?? hahahah sampai kakak aku yang kerja kat kulim time dia balik  hari tu dia siap kutuk lagi..dia cakap aku dengan adek aku makin gemok.. -_-" okay aku sedaq memang aku sejak azali lagipung dah gemok..adek aku dah start risau pasai berat dia sebab dia sebelom ni mantain ja..kemain ajak aku try petua ni petua nu kempehkan perut..hahah
-
-
-
-
-
Yeah!! saya gemok..dan berkain batik..ngehngeh..biasala kadang-kadang kat umah memang pakaian rasmi aku..haha nampak kan kebuncitan perot saya  disitu..hahah
-
-
-
Adek aku. gemokkah dia? Biasa ja dak? Tapi berat dia 60kg ok..haha So, berat aku dah sah-sah la lebih dari dia..bukan sikit tapi banyak..haha dan aku tak kan habaq..kahkah~ bila la nak kuruih macam Rozita Che wan T_T hahahah simpan ja la niat yang takkan kesampaian tuh..
-
-
-
-
Okay, dah la mengarot sikit-sikit. Sempena pagi ni lepas makan sahoq, dan tinggal dua hari lagi raya bakal menjelma..aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR, BATIN takda!  hahaha salah silap harap di ampunkan terutama kepada mereka yang sangat-sangat mengenali aku..Dengan ucapan berpantun "Jikalau ada jarum yang patah jangan di simpan di dalam peti, jikalau ada silap dan salah jangan di simpan sampai ke mati~" Ehh betoi ka? haha asal bunyi nak sama tu ok la..

Dan aktiviti aku lani mengemas rumah yang tak siap-siap lagi..Letih oii mengemas sorang-sorang..Sapu sawang, mop lantai, cuci tingkap, lap almari, kemas dapoq, pasang langsir, gubah bunga~gubah bunga? aiceh:p haha padahal tak reti pon..ikot dan aku ja..haha adek aku ada la tolong sikit-sikit. Lepas tu nak buat kek coklat dengan apam polkadot! Yeay yang ni paling tak sabaq..haha tak sabaq sebab nanti dah siap nak makan..hahaha~ tu ja la kerja aku ngan adek aku..
Okay, sampai takat ni ja kot..dah lama tak hapdet ayat pon dah tak best..pala hotak dah pening..Lastly, Selamat Hari Raya AidilFitri.. Pi beraya rumah orang makan koi raya tu ingat orang belakang sama oii, jangan nak melantak tak ingat dunia sangat. Pesanan untuk diri sendiri jugak..hahah Lagi situ jangan sebok nak mintak duet raya ja.. Apa yang penting saling hulur tangan mintak maaf sesama kita..Okay itu saja..mungkin saya akan tinggalkan belog ni agak lama untuk sekali lagi tanpa berupdate~ Harap secebis entry saya ini akan mengubati kerinduan anda terhadap saya.. phuihh!! hahah padahal takda orang peduli pon..kehkeh..Assalamualaikum..


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

9
MAK JEMAH

Kerana Sebungkus Oreo -.-'

Greeting Text
Hye geng Mak Jemah sekalian. Sehat? Posa penoh tak? Penoh?? haih nampak sangat muhong kita posa baru tiga hari..haha Masih jauh perjalanan luas pemandangan lagi nuh. Err. Okay hari ni dah tiga hari kan kita posa dan tiga hari ni jugak la posa aku still tak cacat lagi dengan bendera Jepun. Hahah -,- alhamdulillah. Hari ni bukak posa macam besa dengan mak abah abang and kak ipaq aku. Adek aku? hah dia pengacau ja sebab dia tak posa. Hehe Harini aku makan paling sikit banding dua hari sebelum ni. kenapakah? Diet mungkin. haha kbai.
Time berbuka tadi.. ngeh ngeh diet sangat kan -__-


Entry sebelum ni aku ada habaq nak story pasai satu benda kan? Peristiwa ni aku dah tak ingat umoq aku berapa..Tapi dah belasan taon gak la. Mungkin Form 2 or Form 3. Haritu merupakan first posa. Haritu jugak aku keluaq beli barang ngan parents aku. Tapi sebenaqnya haritu aku tak posa. Biasa la. "Mai penyakit" ayat tok aku.haha Mai bulan la maksud dia. Ngeh ngeh. First posa dah mai penyakit..syahdu betoi.

Masa tu abah aku dah suruh aku masuk dulu dalam keta. Tunggu dia ngan mak aku ada barang lagi yang nak beli. Aku menurut titah perintah abah aku tanpa bantahan. Tunggu punya tunggu bukan main lama, aku cer kelebek-kelebek plastik barang yang mak aku beli tadi. Taw apa yang aku jumpa??
Tadaaa!!
-
-
-
Eh, sebelom tu nak kongsi satu rahsia...
-
-
-
-
-
-
-
"Putar, rasa, celup! Mama!!"
harhar-.-'
-
-
-
Oreo dah wujud time tu.. hehe

Lapaq okay time tu. Aku pon tak taw pasai pa. Terus ja aku bukak dan ngap!ngap!ngap!ngap!ngap!ngapngapngapngap!
Aku wat rilex ja walaupun sebelah keta abah aku ada sorang makcik ni atas moto sedang memerhati gelagat aku. Ek eleh makcik ni, macam tak biasa tengok orang makan oreo-.-' nanak la tu kan? Haha :'D
Makin tekun makcik tu tengok aku, makin galak aku mengunyah. Bukan main sinis lagi pandangan makcik tu. Awat ni makcik?? Tak comel ka muka saya time makan oreo? Huh~ Aku cuba control secomel mungkin. geget sikit-sikit. Wakakak XD 

Dah hampir tiga keping aku melantak, aku simpan balik. abah ngan mak aku pon dah mai. Terus keta abah aku meluncur laju meniggalkan perkarangan "Pasaraya X" tersebut sambil diperhatikan oleh makcik tadi dengan terpinga-pinga. Ceh ayat macam dalam novel.. haha Dalam keta aku asyik terpikir-pikir awat dengan makcik tadi sehinggalah aku dengaq mak aku sebut perkataan "PUASA!"

Ohmygucci!!! aku rasa nak lompat terjun dari keta. Maafkan saya wahai makcik sumpah saya terlupa yang hari tu posa. Hilang ingatan agaknya aku masa tu. Makcik!! saya malu tahap berudu dengan makcik. Harapan saya semoga saya tak jumpa makcik lagi lepas tu. Muahahaha. Kalau jumpa pon harap makcik dah lupa wajah saya. Dan saya harap makcik tak balik cerita kat anak-anak makcik. haha. Oh saya bukan pompuan sebegitu makcik. saya jenis yang menghormati orang di bulan puasa. phuih! :p haha

Mesti makcik tu heran sangat dah bertutup aurat elok pakai baju kurung, rupa dah macam anak dara boleh pulak makan di siang hari masa bulan posa depan orang. Haha Demmm! malu mampoih hanya kerana sebungkuih oreo. Lepas peristiwa tu, aku pakai helmet seminggu tak bukak-bukak sebab malu.. Hahaha! okay muhong. Jom la kita bersahur. Hehe Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

6
MAK JEMAH

Lepaskan Saja~ :)

Greeting Text
"Selamat tinggal pada kenangan..
Selamat tinggal pada igauan.."
 

Pagi yang sunyi sepi. Jari terus menari tanpa arah tuju..merenung kosong setiap lekuk penjuru..Kenangan datang silih berganti. Kemudian. hilang bersama pekat malam..Air mata jatuh ke pipi..Unggas berbisik2 manja di pendengaran..
unggas berbisik manja??  ==" abaikan
 
Tiba-tiba ... 
-
-
-
-
-
Kuatkan radio, kuatkan radio anda.. 
kuatkan radio, kuatkan radio ♪♪ 
aku yang patut..yang patut..~
 
Hahah hilang semuanya..mengacau betoi..
 
♪♪ Bertemu di mukabuku, kujatuh hati padamu.. 
bukan taknak mengaku♫ 
tapi hati rasa malu.. 
senyumanmu menawan..menawan~
 kau buat ku tertawan..~ ♫ 
 *sambung* =_="
 
Haha comey gak lagu ni.. 
 
Err sebenarnya tadi kankan, aku blogwalking. sebab dah bosan sangat..hehe kalau tak aku ni memang pemalas..kalau aku dah cuma suka baca satu belog tu, satu tu ja la aku rajin g buat nyemak dengan komen..haha bukan apa kadang-kadang belog someone tu lambat loading..haiyaa~ rasa nak hempuk ja laptop..eh laptop aku pulak jadi mangsa..hehe tadi dengan rajinnya aku menyemak kat belog yang langsung aku tak kenal sapa owner dia..aku tak follow pon cuma g baca ja..hehe
 
 Rupanya ada banyak gak kisah couple kena tinggal ni..ahaha Kisah yang ngarut pon ada..couple dua minggu then clash! Err whathe??! padanla dengan umoq..haha pastu entry seterusnya dah cerita pasal boy baru..kehkeh lawak betoi budak-budak sekolah ni..haha Alah macam ampa dulu-dulu laa..budak sekolah gak mesti camtu kan? haha 
 
And ada gak kisah yang memang betol-betol menyentuh jiwa raga dan sanubari aku. Pergh! ayat..haha tapi belog lain laa..bukan belog budak sekolah tadi..hehe Ya ya story awak dah berjaya buat saya menitis air mata malam ni..sedih saya baca..Hmmm:') siapakah AWAK tu?? ahaha biaqla aku sorang ja yang stalker belog beliau. Ampa toksah nyibuk..haha aku plak rasa macam nyibuk kisah dia..haha ok semoga awak tabah..sekejap ja semua tu nanti okey la..good luck in ur life..
Haha entry ntah pa pa..ni la akibat kalau bosan tahap namati..haha ok saya cau dulu nak tidoq sudah..assalamualaikum..
 
"kenangan tetap akan tinggal sebagai kenangan..Kadang Sukar untuk kita melupakan kenangan lama..Tapi, untuk hari mendatang yang lebih bahagia ..ciptalah kenangan baru..Yang lama, lepaskan ia pergi...Perlahan-lahan.."

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4
MAK JEMAH

Kerinduan

Greeting Text

Hye reader(s) selamat pagi..hehe jam menunjukkan pukul 7.14minit pagi..awai tak aku bangun? haha ekceli tak tidoq lagi oii..Tiba-tiba bersemangat pulak nak update belog..kira okay la tu pagi-pagi camni buat senaman jari. Senaman gak tu kan? haha Tiba-tiba tengah feeling macam Maya Karin atas katil ni..Erk -.- rindu pulak zaman kanak-kanak ribena dulu time mengaji quran malam..

Okay, mak aku dulu kira tok guru mengaji quran..Garang? haih tak yah cakap memang garang..Cenge betoi pantang dengaq ada orang bersembang time mengaji apa saja yang ada kat tangan dia time tu mesti di baling tepat pada sasaran..kalau lesung batu, lesung batu la..kalau hanger, hanger la..tu naseb dia tak baling peti ais ngan tong gas ja..hahah aku dah cakap mak aku gangster k~ =.=

Dulu time mengaji kan ada saja la benda yang kami-kami semua nak bersembang..segala gosip mak jemah time tengah mengaji tu laa nak soksek soksek..mana mak aku tak marah..haha Yang budak laki pulak keja layan perasaan..dok tak dok tiba-tiba keluaq aksi otomen, power rangers, masked rider segala..wakakak suka sangat berangan nak jadi super hero.

Masa tu akan femes la dengan segala macam cerita hantu..hantu terbang-terbang kat langit.Hantu pokok pisang, hantu tanglung, hantu muka sebelah..haishh..memang seram kadang-kadang bila aku turut join sekaki..Tapi kan aku tak perlu la risau sebab lepas abeh mengaji aku tak payah nak balik-balik rumah dah kan, dah memang rumah aku..muahahaha~padan muka ampa gatai sangat cerita pasai hantu lepaih tu nak balik semua pakat takot..naek gerek(beskal) pakat berembaq, dah macam ketapi aku tengok..wahaha~

Lepas tu kalau time maghrib hari sabtu ada doraemon semua pakat melenggak tengok tibi lagi tak reti-reti nak ambik quran baca..hahah aku la yang kepala nya dok depan tibi..kawan-kawan semua pakat ikot tengok..sampai mak aku kata "NAK MAKAN KAYU KOT BUDAK-BUDAK NI" pakat lari beselerak p ambik quran..wakakak rindu gila semua tu.. cepat-cepat ja ambik tudung pakai..hehe

Time mengaji dulu kami semua ada satu hobi yang amat pelik..Hobi tampaq nyamok then himpun..hahaha Mula-mula pakat buat group lepas tu nampak ja nyamok tampaq-tampaq dah tu himpun seqekup ngan lampu suluh..hahaha tak leh blah betoi..lepas tu bilang la nyamok sapa yang paling banyak..whathemosquito! bila teringat semua tu haih apa bangangnya sangat kami-kami ni..hahaha
and torchlight yg paling femes time tu torchlight yang kaler merah besaq gedabak tuh ngan yang besi tuh..hahah ampa penah tengok??
 
Bila bulan posa aktiviti mengaji malam akan jadi sangat best..sebabnya lepas mengaji kami sama-sama main mercun..aku tak main, aku alergik ngan mercun nanti tangan naek kurap..bhahaha *padahal takot* hahaha budak laki yang selalu bawak mercun budak pompuan yang inesen macam aku ni semua pakat main bunga api ja..tambah dengan abang aku pasang pelita keliling rumah pulak kan, pergh! memang seronok tak terkata laa..nak-nak malam bulan cerah rasa macam malam raya..hehe skang dah takda dah pelita-pelita..huhu T..T
 
Ada jugak sesetengah malam kami akan mengaji dekat surau sebab nak sembahyang terawih sama-sama kan..terawih tu buat 8 rakaat ja..haha lepas tu aktiviti kami main sembunyi-sembunyi bawah surau..haha surau tu dua tingkat..kat tingkat atas orang sembahyang tingkat bawah kami la conquer..haha bising tak yah cakap laa..lepas mak-mak kami semua dah habeh terawih sorang-sorang pakat kena marah pastu sebab bising..hahahah semua muka ketat ja time tu..haha

And benda yang paling tak best time mengaji malam bila first time aku period..hahaha so, tak boleh la mengaji..ergh! yang depa semua pakat pelik awat aku tak mengaji..aku try belakon macam aku demam..haha tapi jenoh la nak belakon camtu sampai seminggu..aku malu sebenaqnya time tu..time depa mengaji ja aku masok bilik..haha sampai depa semua dah balik baru la aku keluaq..haihh~ segan ok segan..kalau aku keluaq bilik semua pandang aku macam dah aku ni alien ja..aku luku jugak sorang-sorang nanti..hahah

Rasa indah sangat semua kenangan tu skang ni..Dulu time kecik langsung tak sedaq pon..hehe memang dah takkan kembali lagi semua tu..ampa ada kenangan macam aku? haha mesti takda kan? hahah insyaAllah sampai bila-bila semua kenangan ni akan aku simpan kemaih-kemaih.. eh jiwang pulak tetiba..ahaha sampai sini dulu..nanti aku merapu lagi ..hehe assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

7
MAK JEMAH

Salam Nisfu Sya'aban

Greeting Text
 Nisfu Syaaban, sebagaimana yang diketahui umum, buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib pada malam ini.

Dalam hadis yang lain Rasullullah SAW juga bersabda ::
“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.” (Riwayat Ibnu Majah)
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda :: 
“Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu  ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.”
 Jadi apa yang perlu dibuat untuk malam ini. Disamping doa, zikir, amalan yang dituntut dengan membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

  • Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
  • Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
  • Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.
 Yang mampu kerjakan lah..Yang tak uzur lakukan lah..semoga kita semua diberkati.InsyaAllah.. :')


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

7
MAK JEMAH

Mak.. Abah.. dan 25 JUN 1990.

Greeting Text
Mak abah, terima kasih di atas 22 tahun ni..Mendidik dan membesarkan orang..Walau diganti dengan segunung permata sekalipun takkan mampu dibalas segala jasa mak dan abah..Semalam 25.06.2012 genap umur aku 22 tahun..Dari kecik sampai besaq mak abah tak pernah lupa beli kek..Walau cuma sebiji kek takda celebrate bagai tetap bermakna..mak abah tak pernah lupa tarikh lahir anak depa yang sorang ni..

Selama 22 tahun ni aku jarang ucap abah terima kasih, mak terima kasih, mak abah orang sayang mak ngan abah..kadang-kadang benda tu aku cuma mampu ucap dalam hati..Ingat lagi aku waktu kecik dulu kalau ayaq takda mak bawak mandi telaga..mak gosok kepala, sabunkan badan lepas siap mandi mak tolong pakaikan baju Tadika Kemas kotak2 merah..mak terima kasih untuk semua tu..abah, masa orang darjah satu orang dapat nombor 3 dalam kelas, abah puji2 cakap anak abah terer..haha^^" lepas bangun tidoq tiba-tiba ada kotak hadiah besaq atas meja..abah, terima kasih untuk tu, mungkin dulu orang tak sempat ucap terima kasih sebab orang masih terlalu kecik untuk paham semua tu..

Masa kecik mak selalu ajak kutip sekerap..Mak ajaq erti susah untuk dapatkan duit..Lepas kutip mak bagi upah terus p kedai beli keropok..Anak mak memang tak reti menyimpan..hehe mak terima kasih tolong ajaqkan sebahagian dari erti kesusahan dalam hidup..Abah, orang ingat lagi dulu waktu sekolah rendah abah selalu pesan bila petang tolong bawak kambing p makan rumput..kadang-kadang orang malas bawak sekoq-sekoq orang bantai semua sekali sampai tali terbelit kat kaki terus terebah sorang-sorang dalam kebun..bila kambing lari orang terpaksa beranikan diri masuk dalam semak samun untuk cari..abah, terima kasih sebab takut abah marah orang jadi orang yang agak berani..

Mak dulu kalau time raya, mak selalu buat baju raya untuk anak-anak mak..sampaikan bila mak dah tak boleh menjait lagi sebab mata tak nampak orang mula rimas bila rasa baju yang orang lain buat takkan rasa seselesa yang mak buat. Terima kasih mak untuk titik peluh mak siapkan baju tu semua..Abah, dulu masa umoq orang belasan taon abah selalu beli pencuci muka, krim muka and bedak segala macam kat orang walaupun orang tak pernah mintak..sampaikan kadang-kadang kawan satu dorm orang jeles and pelik awat abah terlalu memahami keperluan anak abah sampaikan boleh beli barang tu semua..mak depa pon tak pernah buat macamtu..haha terima kasih abah=)

Mak ingat lagi tak dulu mak selalu ajaq orang baca quran malam..Walaupun orang anak mak tapi orang yang paling kerap kena marah, macam-macam mak beletiaq..Dah la orang yang selalu mak ajaq last sekali..hehe budak lain semua dah balik tinggai orang sorang terkulat-kulat..Terima kasih mak ajaqkan orang erti kesabaran dan orang bersyukur orang masih mampu baca al-Quran atas didikan mak.. terima kasih..Abah, orang ingat lagi waktu orang period and takda pad..hee~ hari pulak hujan..abah sanggup p kedai tolong belikan naik moto pakai baju hujan..orang takkan lupa sampai bila-bila..abah sanggup beli benda tu untuk orang dan ketepikan rasa malu..abah langsung tak merungut walaupun hari tu hujan dan orang suruh p kedai cuma semata-mata untuk beli tu--" terima kasih abah ajaqkan orang erti pengorbanan..

Orang ingat lagi masa darjah lima dengan enam orang dapat nombor 1 dalam kelas..Orang boleh tengok wajah gembira mak and abah..Terima kasih mak selalu ajaq karangan bahasa melayu. Abah terima kasih selalu ajaq orang matematik..Orang tak pernah lupa semua detik tu.. Abah terima kasih bila time dapat buku teks abah tolong sama-sama balut. Mak terima kasih time orang duduk asrama mak selalu masak macam-macam bagi kat orang.. 
 
Terlalu banyak yang mak dan abah berikan dalam hidup orang sampai orang tak terungkap lagi semua tu..Orang mintak maaf andainya sampai sekarang orang masih tak mampu jadi yang terbaik untuk mak dan abah dan masih tak mampu balas segala jasa mak dan abah..Apa yang orang cuma mampu buat orang sedaya upaya takmau nyusahkan mak dan abah..

Mak abah, 22 tahun yang matang ni orang harapkan doa mak dan abah..murahkan rezeki orang, jadikan orang anak yang baik dan dengaq kata..Ampunkan segala salah silap orang..sesungguhnya, orang menyesal setiap kali buat mak and abah terasa hati..Terima kasih di atas tarikh 25 Jun 1990 tepat jam 7.30 malam..bilamana wujudnya orang kat dunia ni..Mak abah, tak lama lagi mak ngan abah nak p Makkah. Lama kita semua akan terpisah.. Orang harap lepas tu orang boleh tengok lagi wajah mak ngan abah. InsyaAllah orang akan berubah orang akan doakan untuk mak abah selamat p selamat jugak kembali..Orang sayang mak ngan abah sampai bila-bila..sampai hembusan nafas orang yang terakhir mak dan abah segalanya dalam hidup orang..Terima kasih. ♥ 
 
Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

6
MAK JEMAH

Tonight Is My Night

Greeting Text
Happy Birthday To Me.
and I Wish I Could Forget Everythings .
-
-
-
-
-
-
-
Everythings .
...

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Huk aloh jiwang mu nih :p

Greeting Text
 Biarlah mereka di sana berbicara bahagia..
 
Aku di sini tabah menempuh lara
 
Sehingga sekeping hati ini,
 
tidak mampu lagi mengingat sebuah kenangan duka..
 
Kerana Allah itu sentiasa ada bersama
 
Aku redha dalam menanti pemberianNya

InsyaAllah..

Segalanya milik Dia yang abadi
 
Tabahkan hatiku~ Amin ya rabb

*terjumpa dalam pendrive. suka ayat ni. create by myself lagi :) haha. taw jiwang. tutup muka dengan lappy. bai.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Bergedil First Try =='

Greeting Text
 Tingtong! ada orang tak? haha Tolong scroll sampai ke bawah..Tengok Daisypath. Fuyoo dah setaon aku berbelog. Dalam angan dan sedar.. Hoho tetiba ==" setaon dah berlalu macam-macam aku kongsi dalam belog ni. Kesah cinta jiwang meleleh tu tolong lepas baca abaikan..bhahaha~ guwa bukanla jiwang sangat. Guwa ganas gak..kah2! siap buleh karate anak-anak buah guwa..haiyah2x!! Last guwa yang terpeleot. Tapi harini guwa bukan nak buat entry jiwang sakan harini guwa nak kongsi resepi bergedil first try guwa buat sendiri.Tetiba lak kan nak ber"guwa".
 
Okay, aku sebenaqnya pakai hentam ja buat bergedil tu. Ada la setaon lepas aku tengok kat rancangan masak memasak chef wan dia ajaq buat bergedil..amboii ang jah kemain lagi kan..haha Jadi stok ingatan aku ingat-ingat lupa ja lah segala resepi tu..Berbekalkan memory kepala otak aku yang kurang GB dia ni aku try buat resepi tu sesuka hati aku..So, bacalah bahan-bahan yang aku sediakan.
 
Bahan-bahan:
1. Kentang. (kupas kulit rebus dan hancurkan) Aku guna 3biji ja sbb sikit ja aku buat hehe 
2. Ayam 3ketul. (ambik bahagian isi saja taw. segala lemak, kulit, tulang buang nah, nak lagi elok ambik tang bahagian dada tu.) Ayam ni kena cincang. Hampa larat cincang, cincang la. aku bland terus ja senang..harharhar sebelom bland potong kecik-kecik dulu..guna blander yang kering.
3. Bawang goreng. agak dalam segenggam..haha
4. 2 tangkai daun sup dan daun bawang. Di mayang haluih-haluih.
5. Bawang putih empat ulas dicincang
5. Garam, lada sulah, serbuk perasa dan sos tiram. satu sudu kecil semua bahan ni.
6. Tepung jangung satu sudu besar.
7. Telur 1biji
8 Tepung gandum satu cawan.

Cara membuat:
1. Gaulkan semua bahan tadi dalam satu bekas kecuali telur dan tepung gandum. 
2. Bentukkan bulat-bulat adunan tadi pastu leperkan. 
3. Celup dalam telur yang dah dipukul  then campak dalam tepung gandum..haha ratakan kat semua bahagian.
4. Goreng bergedil dalam minyak yang panas dan api yang slow sampai la garing dan kekuning-kuningan. Angkat dan toskan sedia untuk di "Ngap!" haha Cewah! gila punya ayat buleh keluaq buku resepi wOo.. haha

Selalu orang buat bergedil kecik-kecik comey-comey ja.. Aku hentam besaq gedabak. Haha punyala malas. Tapi rasa dia sedap! ngee~ macam nugget ayam marina pon ada --" awak nak tengok x? wahaha~ meh kita tunjuk. Tapi sikit ja taw. Kita malu nak tunjuk banyak-banyak. 
 Pffftttt~Eh gedik gila. Penyepak jugak sat lagi. 


 Tengok ke bawah..
V
v
V
v


 Jerr~ haha :p apa ni? ni bukan aku buat ni gugel ja. wahaha tengok macam sedap ja benda ni..ahaha


 Besaq gedabak kan? ==" haha okay la dua untuk aku dua untuk adek aku.. haha sampai lincin makan..
okay, itu sahaja..babye. nanti aku merapu lagi. assalamualaikom~

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4
MAK JEMAH

SYUKUR ♥

Greeting Text

Saat aku merenung langit cerah, melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa...
Aku tersenyum sendirian...
dan ketika ini..
 
Ada jasad bernyawa dilahirkan di dunia 
Ada insan sama jatuh cinta pandang pertama
Ada manusia sedang nyenyak dibuai mimpi
Ada orang menerima pendapatan lumayan hasil lelah mereka
Ada pasangan berkahwin membina istana bahagia
Ada budak baru belajar membaca
Ada anak baru belajar menyebut pertama kalinya
Ada yang merenung jauh ke angkasa merenung impian
Ada yang menikmati hari terbaik hari ini
bermakna..indah..

Tapi ketika ini..

Ada yang dikhabarkan hidupnya hanya seminggu lagi
Ada yang membunuh dirinya sendiri
Ada yang merayu rezekinya di hujung jalan
Ada yang kehilangan orang kesayangan mereka selamanya
Ada yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidupnya
Ada yang bekerja 16jam tanpa henti tapi tiada habuannya
pahit..perit...

Imbas...
Aku di sini
Punya arus elektrik membekal cahaya dan haba
Punya makanan tersedia untuk dijamah
Punya air bersih untuk bersiram
Punya masa untuk menulis ini..

Harusnya...
Aku bersyukur,
Terima kasih Ya Allah atas segala
nikmat kurniaanMu ini..
Tidak mampu ku luahkan betapa aku bersyukur padaMu,
Segala puji hanya bagiMu...


                                                                                                             BY: Insan Kerdil


 "Tenang dalam kasihMu, Tulus harap redhaMu.."
Selamat Menyambut Israk Mikraj 27 Rejab 1433h / 17 Jun 2012

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4
MAK JEMAH

Aku Terima Nikahnya. . .

Greeting Text
 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Hye reader(s) lamanya tak update belog. Hah~ awat aku selalu ulang ayat "lamanya tak update belog" sejak menjak entry kebelakangan ni.. haha memang hakikatnya aku selalu biaq belog aku lama-lama lani..dah berlumut baru mai nak tonyoh keyboard ni..hehe~1st of all...tengok tajuk tengok tajuk..aicehh..haha

Musim-musim cuti sekolah ni kan kenduri kawen bersusun-susun.. sibuk la g rewang sambil bawak pisau tak dan nak update..bhahaha~ okay muhong macam paria kenduri pong aku tak p.. :3 memang ada niat dalam hati nak p jugak kenduri satu dua buah rumah nanti, tapi lani tak dan lagi tak dan..niat nak p kenduri kawen dah ada tapi niat dalam hati nak kawen tu lagi kuat..kahkah~
Amboi makcik-makcik sekalian potong bawang bejemaah naa..
Ekceli member aku sendiri ada dah yang kawen..kalau yang dah bertunang tak yah kira la memang belambak dah..selalunya orang kalau kawen dalam usia muda macam aku ni, muda ka?? *mata ke ataih tangan korek hidong* haha orang mesti cakap gatai merela nak kawen awai-awai..seryes tak paham -..- apa yang gatainya kawen awai?? kawen tu dapat pahala ok.. mendirikan masjid menambah bilangan umat Nabi Muhammad.. cewah..kihkih >..< Yang hampa dok kapel tu tak gatai pulak kan? haha termasuk aku laa..jerrr~ diri sendiri terkena :p

Bagi yang dah berkemampuan tu kan, walaupun muda kawen ja la cepat-cepat daripada dok taruh biaq lama-lama nanti terjadi benda maksiat..Yang tu lagi gatai merela..kalau dah kawen tersentuh sikit pong dapat pahala~ ngeeee..suka x? suka x? haha bertentang mata pon dah dapat pahala..alahaiii~~indahnyaa..hehe :)

Dan kebanyakan orang yang dah mampu tapi kadang-kadang tamaw kawen lagi tu sebenaqnya tak bersedia nak pikul tanggungjawab..jaga rumahtangga, jaga suami, jaga makan minum pakai, imamkan bini, tanggung dosa anak beranak..rasa aku laa..kalau dah kawen tak reti masak jangan la risau mak mentua ada nanti dia ajaq laa..haha yang laki pulak belajaq-belajaq la imamkan bini..tak ka sweet pasangan camtu.. lama-lama cekap laa..bini pulak kalaw dah kawen yang tak bertudung tu tutup la aurat dengan lebih sempurna.. sayang kat laki awak tak? sayang kan.. so, jangan la nak tayang sana sini sangat..kesian laki awak nanti dia yang kena tanggung semua..awak nak tengok ka laki awak direjam-rejam dalam api neraka sebab salah awak..kalau sayang mesti tamaw kan? :)
" Ya Allah..permudahkanlah jodoh kami..kurniakan kami suami yang beriman dan berakhlak mulia..Yang menerima kami serta keluarga kami seadanya..Yang sentiasa melindungi kami, memberi nafkah zahir dan batin kami..Berikan kami kekuatan dan kesabaran dalam menjadi isteri yang soleha dan baik padanya..kurniakan kami zuriat serta keturunan yang soleh serta soleha yang taat pada perintahMu dan rasul kami..Berkatilah perjalanan hidup kami berumahtangga..limpahkan rahmatMu kepada kami..kekalkan cinta dan kasih sayang kami hingga ke syurgaMu..Amin~"

Assalamualaikum..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿