.
8
MAK JEMAH

Tolong Suggest Tajok Untuk Entry Ni Sat Boleh ?


Greeting Text


Apa itu cinta ..?
 ...............
Kau yang paling setia.. Kau teristimewa ..~♪ *background music
.....................
"dia buat u xtido malam..at the same time, dia jugak yang buat u tido lena.." yusry kru
................................
kihkih saja merela..ambek berkat mana taw kot-2 lepas ni aku pulak dapat laki..hahah btw, selamat pengantin baru Yusry dan lisa surihani :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yusry : sayang abang x ?
Lisa : sayang laa..
Yusry : kalau sayang nama abang apa ?
Lisa : Yusghy ..!
Yusry : Betol-2 laa..cakap sayang tadi..nama abang apa ?
Lisa : Yusghy K.Agh.U
Yusry :  -.-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Haha ok melawak..pagi ni dah masok 1 march 2012..semalam 29 february..semua orang taw kan 29 february cuma muncul 4 taon sekali.. so, sapa yang lahir 29 february kira insan istimewa laa..aku dok tunggu gak kot kalau friends aku kat FB ada yang lahir 29 Feb..eksaited nak wish..tapi haram sorang pon takda..sadiss~


29 february , 4 taon yang lalu aku masih kat bangku sekolah..aktiviti aku time tu cuma hari-2 p sekolah and setadi kecuali jumaat sabtu, habiskan masa merapu dalam kelas, tawaf keliling bangunan sekolah, bagi salam bila selisih dengan cikgu, p kantin makan nasi buatan makcik kantin yang agak xsedap, jumpa cikgu kat bilik guru, p latihan rumah sukan *yang ni muhong* , p koprasi beli cekelat kissme seringgit, lalu lalang kat koridor sambil koyak daun pokok bunga *dengki :P* , main mata ngan pakwe..haha ok muhong aku takda pakwe kat sekolah..Rindunya semua tu~~

Dan..29 february 4 taon akan datang.. pada taon 2016..masa tu dunia ni ntah wujud ntah x..Allah maha mengetahui..andai panjang lagi perjalanan kita semua time tu , aku dah 26 taon.. 26 taon?! oh mak senah! tuanya..haha agaknya time tu aku tengah mengilit anak kiri kanan pinggang..yang pelok kaki kiri kanan lagi dua orang..amboi pak nya rakus bebeno eh~ kahkah..takpun aku baru memulakan alam rumahtangga..oh xgitu..haha merapu terok dah.. :p anda pula bagaimana ? agaknya macamana kehidupan aku dalam umo 26 taon nanti..harap semuanya di atur dengan baek oleh Nya..

Dan harini sangat bosan namati..hujan sehari xberenti..dan ni lah keja aku seharian hari ni..nak buat apa lagi..nak msg pon xboleh..nak online, dah bosan..nak tengok tibi, astro gelap time hujan..so, aku bukak laptop, open kat paint then melukis..hahaha ni lah hasilnya~
V
v
V
v
TADAAAAAAA!!!!!

 
WUuuuuuuuu~ go mi nam :p

sama x , sama x .. ? hahhaha
X eh? ok.. -.-


kawen nanti nak pakai camni boleh??
wahaha~ kena sepak laju-2 dengan mak aku


hee~~


retiss k-pop ..
haha
ok sekian sahaja..xda idea nak tulis pon..sebab tu letak gambaq bebanyak..haha sampai aku dah blur entry ni nak letak tajok apa..hehe babye..take care reader (s) ..


* to my spesel one , i miss u banyak gila like ayaq ujan malam ni laa ~ balik kaih sikit ! T_T

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4
MAK JEMAH

Sesuatu Yang Tak Disedari

Greeting Text 


 Setiap saat pasti berlaku perpisahan di dunia ini..melalui pelbagai cerita perpisah itu terjadi bersebab mahupun tidak tanpa disedari sebenarnya sesorang telah ditinggalkan..antara meredhai dan memaksa hati untuk menerima sememangnya sukar..terkadang seringkali terlintas difikiran di dunia ini tujuh orang mempunyai wajah serupa tapi kenapa kamu dan dia yang dipertemukan oleh Allah..kenapa bukan yang lain? kenapa kamu dan dia yang perlu merasa segala pahit perpisahan itu..~mungkinkah kamu dan dia berjodoh atau cuma ditakdirkan untuk menyakiti satu sama lain..

Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada sebab musabab yang telah Allah S.W.T sembunyikan disebaliknya yang telah termasuk di dalam perkara ghaib iaitu tidak ada seorang pun yang tahu apa bakal terjadi keesokan hari..maka menerima dengan redha dan belajar melepaskan adalah terbaik..jangan menyalahi takdir kerana itu cuma secebis cerita yang hanya melengkapi perjalanan hidup kita..Seharusnya kita bersedia dan jangan terlalu meletakkan harapan terlalu tinggi jika kita xmampu terbang ke daratan kembali sekiranya awan mendung berarak..

Ingat, Allah tidak akan menguji barang sesuatu melebihi kemampuan hambaNya..boleh jadi ujian itu membawa kebaikan yang sebenarnya langsung kita tidak tahu dan sedar..dan ingatlah masa, masa adalah ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan hati yang terluka..jangan terlalu memaksa hati untuk melupakan sekiranya ia masih tidak mampu..susah untuk menduga hati walaupun hati itu kepunyaan kita sendiri..saat dia menyayangi sesuatu dia hanya mampu menyimpan walaupun perasaan itu menyakitkan bagi kita..

Dan janganla pula kamu berpura menerima orang lain dalam hidup kamu semata-mata untuk melindungi apa yang sebenarnya berada di hati kamu..mulut , perbuatan dan pandangan mata mungkin dapat menipu..tapi hati , antara kita dan diriNya yang mengetahui..Setiap yang terluka pasti takut untuk menerima kembali..tapi kekadang kita xmampu menolak kehendak hati..kadang kita pelik, kenapa harus mencintai dan pada akhirnya kita dilukai..bukankah lebih baik jangan pernah menyentuh tentang perasaan itu dari awal lagi..Bila hati mula sunyi lalu kita mencuba lagi..dan saat terluka kembali baru kita mengetahui cinta pada siapa yang paling hakiki~ sememangnya cinta ILAHI xkan mampu diganti..~
 
"Sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya" dan "Sesungguhnya selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Dia akan menghampiri kita kembali.." Terima kasih ya Allah..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4
MAK JEMAH

Apabenda tu ??

Greeting Text 
Hye reader(s) sayang^^  *ok tipu xsayang pon..haha:p Dah makan ? Saya dah. Telan henfon sony ericsson zylo sebijik sebab line celcom seropa dengan bewak nak mampoih malam ni..sangat menguji tahap kesabaran aku yang xberapa nak banyak ni..Huhh~

Lately, aku suka mengimbau kenangan lalu..cehh! Bila ingat balik Ya Allah rindunya..zaman yang xmungkin akan berulang lagi dah..zaman kanak-2 dan zaman sekolah..sobss :'(

Err apa yang aku nak kongsi malam ni *tudia ayat bajet macam motivater mengenai binatang yang paling aku takot dan geli sekelian alam..dan ada cerita di balik menatang nih yang penah terjadi kat aku masa zaman aku kanak-2 hingusan dulu~nak taw menatang pa?? Tengok bawah kaih..
V
v
V
v
V
v
TADAAAA!!!!
"LINTAH"
Err maaf xdak gambaq aku xsanggup nak gugel gambaq lintah sebab aku geli gila dengan menatang tu..haha boleh terpacak bulu roma kot tengkok kalau tengok~ Muahahah

Seperti biasa aku membesar dalam suasana kampung, sawah padi, hutan belantara, kebun-2 getah haruslah ada..Dan belakang kawasan umah aku ni kebun getah..dalam kebun tu ada kolam taw..Err bukan swimming pool naa..harharhar~ Dah menjadi aktiviti kami bebudak kampung hari-2 lepas balik sekolah mesti akan g kolam kat belakang tuh..kalaw x berkelah p mancing.Kat kolam tu jugak la port aku dok maen masak-2, kawen-2 ngan kengkawan aku yang xberapa nak matang lagi time tu~ haha ok aku tengah tersengeh-2 lani bila imagine balik semua tu..sumpah rindu..hahah aku dulu pakai seluaq pendek ja t-shirt sailormoon pakai cekak rambut..haha comey dak? *sila penerajang sepantas kilat..haha

Satu hari tu entah setan apa merasuk dalam badan aku *ayat supa cerpen..haha aku tanamkan niat nak mandi dalam kolam tu..Yala mana tahan oi tengok kawan-2 dok mandi aku tengok saja..kawan-2 aku kebanyakkan laki..Zzzz~ normal la dedulu budak pompan ramai kawan laki..haha Time tu ramai kot pakat dok mandi hari-2 kat situ..aku sorang ja xberani sebab mak aku dah larang
haa tengok mak aku punya muka lagu mana? semut yang tengah dok angkut gula curi-2 tu pon lari betempiaran taw..

Tapi haritu memang aku dah nekad nak mandi jugak-2 macam best ja tengok depa berenang kuak lentang, berenang katak *eh ada ka? Paling best berenang berirama..hahaha aku dah xpeduli mak aku nak marah ka mengamuk ka janji aku boleh merasa walau sekali..Tudea gila punya sangap..kah3 kolam tu xda la dalam mana..ayaq dia buleh tahan warna seropa ayaq teh ais kedai pak kasim ujung kampung tuh~ Tapi tu xmenjadi masalah bagi kami..mana ada pikiaq oi kotoq-2 semua tu yang taw cuma nak seronok..hehe

Sebelum terjun aku usha line dulu mana taw kot tetiba mak aku tengah kait buah jambu kat tepi kebun tu ka haa x ka naya..ok line clear..
"KECEBUR!!!" sekali baju sekali seluaq aku terjun..
aku terjun kurang ayaq stengah kolam mercik keluaq..hahah *ok muhong :p
Bila dah ada dalam ayaq..wahh! Heaven! sumpah best gila..member-2 aku semua pakat pandang sesama sendiri..mungkin depa xsangka usaha nekad aku yang berani mati terjun kolam untuk hari tu..hahah untuk sesat dua depa pakat blur lepas tu semua pakat teruskan aktiviti berenang tunjuk skill masing-2..aku pon xkurang hebat jugak..haha perasan padahal haram langsung xreti berenang..hehe naseb ayaq kolam tu sikit jaa..

Masa tengah syok dok mandi manda feeling macam dunia ni aku yang punya tetiba aku rasa gatai-2 kat kaki aku..Ishh ada nyamok ka kot dasaq kolam nih~ Err aku try la gosok kaki aku yang sebelah lagi kat atas kaki aku yang gatai tuh..Ergh! LEMBIK! >,< Apakah?? Masa tu aku dah gelabah bewak..tapi aku diam jaa..muka pucat lesi dah..kawan-2 aku macam xpeduli ja yang tetiba kegembiraan aku dalam kolam tu tadi diragut..harharhar semua sibuk bergumbira~

Lepastu aku berenang pelan-2 p kat kawan aku..aku bisik kat dia ::
AKU : Ang pegang kaki aku sat..aku rasa lembik..aku takot lintah jaa *muka sadis gila time tuh.
KAWAN AKU: Ang p naek atas lekas aku nak tengok apa dia..
AKU : Xmau xmau aku takot..aku xmau tengok..ang try pegang laa..
KAWAN AKU : Oii ada lintah dalam kolam ni !!
Haram punya kawan aku suruh ang pegang bukan buat penguguman! Time tu semua pakat lari betempiaran naek atas sekali dengan dia..aku sorang ja tinggai dalam kolam..Sobss sedih gilaa.. T_T

Masa tu semua pakat pujuk aku naek atas sebab nak tengok kaki aku..aku tamau..kalau aku ternampak lintah tu lagi la aku reyau xingat dunia..haha baek aku dok dalam kolam tu jaa..kawan aku yang sorang lagi tu kesian kot tengok aku ni macam nak nangeh ja,hahah nak tunjuk hero la kekonon tetiba dia terjun masok balik dalam kolam..Sepantas kilat dia raba kaki aku buang menatang jadah tuh..err aku xtengok langsung..sumpah geli..
"NAIK ATAS CEPAT! NAEK ATAS!!" Tudea dia punya betempik kat aku..aku teketaq-2 naek atas tebing..aku belek kaki aku naseb xda darah apa cuma macam bekas badan lintah tu ja melekat..eeee><

Masa tu rasa menyesai gila xdengaq cakap mak aku..haha tu la balasan dia xdengaq kata mak lagi kan?:P
hehe tu lah 1st n last aku mandi kat kolam tu..dan tu la 1st n last pengalaman aku digigit lintah -_- Err~ sekian sajaa..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

8
MAK JEMAH

Nostalgia Terompah


Greeting Text

 Hye reader(s) masih kenalkah dengan menatang kat atas neh..Ni bukan sejenis kueh naa..ni kalau baling kepala ang silap-silap boleh masok ICU..Kalau tanya budak-budak zaman sekarang xspeselly anak-anak buah aku saheh xtaw..sebenaqnya aku pon dah lama gila xtengok..since aku start masok form1 sampai sekarang..tiba-tiba aku rasa macam benda ni teramat nostalgia pulak..keh3..Aku rasa terompah yang macamni dah susah laa nak nampak sekarang..kan? Ni untuk sapa yang xtaw ni orang panggil TEROMPAH naa..*toksah dok buat xtaw sangat laa..ni bukan untuk buat masak kari, ni untuk pakai kat kaki..haha

Tapi selalu orang buat letak kat jamban-jamban ja natang ni..haha Time aku sekolah rendah dulu kalau xda terompah dalam tandas memang xsah..baik tandas gegirl mahupun boboy..alalala boboy pakai terompah..comey kan? hikhik *tetiba gelak ngengada..Bukan apa time sekolah rendah dulu diharamkan pakai kasut sekolah masok dalam tandas sebab takot kotoq lantai tandas tuh..Huh abeh apakah fungsi makcik tukang kebun ? Bukan ka kerja dia untuk cuci tandas jugak..grrr!

Dulu kalau p tandas ngan kengkawan aku sekali p angkut geng 4 5 orang..tapi waktu rehat ja laa~ waktu cikgu ngajaq memang aku xpenah p tandas..Heran gak pundi kencing aku takda lak nak wat hal time ada class..hewhew..mungkin faktor kawasan tandas tu yang agak menyeramkan kot..ouh atas bukit kat belakang bangunan sekola..kalau p sensorang pakai dak dah laa aku..Time tengah ada class memang akan rasa sunyi kalau kat tandas tu..rasa macam diperhatikan oleh sesuatu..Errkk! >,<


Kalau dah sampai tandas ramai-ramai pakat bukak kasut sekolah yang comel dan gebu dek kapoq..Ya la budak pompan mana lasak kasut pon putih gebu ala-2 mak temah bedak sejuk gitu..haha Time tu boleh la tengok macam-macam brand kasut ada, sparko..spark, twinkle2 jadah apa tataw..haha Ouh comelnya..kasut aku sorang ja hitam melegam T_T kenapakah?? Sebab aku pengawas~harharhar Lepas tu pakat ramai-ramai berebut nak pakai terompah yang comel-comel ja..Yang besaq-2 gedabak belagak xmau pakai..kekadang kalau yang ada corak bunga-bunga tu cepat-cepat chop dulu..alahaii~

Nak dijadikan cerita satu hari time rehat aku p tandas ngan kawan aku,berdua ja taw..Yala berdua lebih baik..Lepas dah lepaskan hajat yang terpendam tetiba masa nak melangkah dari mangkuk tandas tu, PLUP!! 
 
oh tidak! terompah tu termasok dalam lubang jamban ! *err ok maaf bahasa yg sgt...ah pikiaq sendiri. cemana nak buat ni, cemana~pikiaq,pikiaq,pikiaq..dan aku cekalkan hati kuatkan semangat..terpaksa selup ambek..aku dah xpeduli busuk ka hapa janji perhimpunan minggu depan cikgu-2 tadak sebut terompah tersumbat dalam lubang tandas gegirl angkara siapa..? bakunya bahasa aku..haha member aku kat luaq dah terjerit-2  panggil nama aku, apa la minah ni buat lama sangat cakap nak buang ayaq kecik jaa mesti dia pikiaq centu lam ati..Woi apa ang xtaw ka aku tengah bersusah payah tertonggek-2 ambek terompah ni..harharhar Time tu stokin aku dah basah dek ayaq kat atas lantai tandas tu..Dem! geli aku..

Dan..setelah berjaya aku dapatkan terompah tu..keh3 =_=" cepat-cepat aku p basuh tangan..Tapi kan kan..sabun mana? Sabun ? Bukankah selalu "sabon di bilik mandi..saboonnnnnnnn~~" Ok ni tandas bukan bilik mandi..tapi jadah hapa makcik tukang cuci ni xletak sabun dekat sinki basuh tangan tu sedangkan bekas untuk letak sabun tu ada??! Mungkin sekola xcukup bajet agaknya time tu untuk beli sabun LUX yang zaman tu aku rasa baru 5 6 kupang seketoi..

Naseb dah lepas rehat, dah makan..kalau x rehat lagi aku dah memang nekad tamau makan dengan tangan yang xbersabun camtu..
 
Aku rasa sekarang terompah ni dah jadi barang yang patut letak kat muzium dah..haha suasah dah kan nak nampak..kalau ada pun mesti kat kedai apek-apek cina yang hanya juai barang-barang runcit kat pekan-pekan..tapi sekarang dah banyak terompah yang camni..
V
v
V


Agak-agak kalau letak kat tandas sekolah ada bebudak nak pakai?? Kalau pompan mungkin..kalau laki ! Oh xkuasa mak! :O haha mau pikiaq.. kbai. :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

10
MAK JEMAH

Cici cinta cicinta..kamuuu~ =,="

Greeting Text 

 
hahaha tajok sempoi macam lagu tiga kata V_V

  • Cinta itu bilamana kita menerima dia seadanya bukan berdasarkan paras rupa..kalau ang rambut penoh kutu, kaki ada cagu, dada penuh berbulu *dada berbulu? eyuckss!  kalau dah cinta apa nak di kata..haha
  • Cinta itu bilamana kita sanggup ungkapkan janji sehidup semati, lautan berapi sanggup direnangi, hutan amazon sanggup diredahi, gunung everest sanggup didaki..erk boleh percaya ?? 150% memang x boleh pergi laa janji cenni~
  • Cinta itu bilamana kita boleh makan setalam, mandi sekolam dan tidoq setilam..err ok ngarot..HAHA XD yang sebetolnya, makan xkenyang, mandi xbasah, tidoq xlena..tapi kalau kena masakan ibu melantak xhengat dunia la kann?? = =!
  • Cinta itu bilamana kita sanggup tunggu dia balik main futsal pukul 2,3pagi..nset xlepas dari tangan walaupun dah terlelap..alahai~ kawen nanti ada sanggup nak buat cenni lagi ?
  • Cinta itu bilamana pakwe sanggup p azan subuh depan rumah si awek..punya nak tunjuk bakal suami mithali..Oh saya bila pulak nak ada orang buat centu :3 Jangan lepas azan ang balik sambung lena..itu bukan bakal suami mithali itu boleh pergi mati namanya..haha ok sory terkasar bahasa =.=
  • Cinta itu bilamana gaduh-2 sikit mula nak ugut.. "Ang tinggal aku balik nanti aku langgaq tembok sekolah sampai pecah kepala! " Wahh! bosan idop dah la tu kan ? -.- ok benda ni penah terjadi pada saya zaman sekolah dulu..hahaha ~larikkk~ walaupun sebenaqnya bukan dia sanggup pun nak wat centu..waterpark! =,=
  • Cinta itu bilamana kita sanggup layan K-POP demi awek tercinta walaupun dalam hati menyampah gila..sebab itu kegemaran dia :) Tapi~ saya xminat K-POP sy cuma minat cerita korea He's beautiful..hero dia yang band A.N JELL tu boleh tahan nsem gak kan..haha *ok sy xminat k-pop pun --"
  • Cinta itu bilamana setiap kali nset berbunyi ang akan ingat tu text dari dia..bila baca ::"CELCOM : Promosi hebat untuk anda memenangi..bla bla bla.." huh~ ok sedih bukan? T..T
  • Cinta itu bilamana kita sanggup angkat call orang tersayang pepagi buta sebab nak teman dia yang xboleh tidoq walaupun mata ang dah mengantuk gila tahap infiniti..sadisss~ terpaksa mengiyakan setiap bebelan dia..hehe
  • Cinta itu bilamana ang sanggup pakai baju pink sebab hadiah dari si awek walupun time berjalan ang rasa macam satu dunia tengah tengok sambil ejek-2 "MAMAT JAMBU" walaupun hakikatnya bukan centu -.-'
  • Cinta itu bilamana kita salalu stalker wall FB dia tanpa jemu, baca setiap post dia walupun sebenaqnya hari-2 benda yang sama jugak..haha xpercaya? Anda xpernah jatuh cinta agaknya :p
  • Cinta itu bilamana ampa dapat taw pakwe atau makwe ampa ada adek angkat, abang angkat, kakak angkat tokwan angkat..ehh ? -"- ampa rasa macam nak angkat beliau semua tu campak dalam laot..Angkat-2 jadah hapa kan?? ok sabaq :)
  • Cinta itu bilamana macam cerita kuch-2 hota hai..mencintai tanpa mengharap balasan. berkorban demi orang tersayang..*oh kenapakah kuch-2 hota hai ?? Sebab ada kat tibi tadi..haha aku nangeh 1 baldi tadi..xpercaya? punya pasai ampa..
  • Cinta itu bilamana ang sanggup fight habis-habisan untuk dapatkan dia di saat dia dah mula berubah hati..apa saja, pujuk rayu, air mata, ego, malu, keras kepala..masa tu semua ang tolak tepi demi dia..
  • Cinta itu jugak bilamana saat di pergi pada insan lain, kita dengan rela hati lepaskan dia..dengan harapan dia akan lebih bahagia..itulah cinta, xmungkin hilang dan akan selalu menjadi kenangan.. harharhar jiwangnyaa budak ni tetiba.. kbai :3
Sekian, saya yg menjalankan tugas ! ._."

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

5
MAK JEMAH

Ohh Bulan !

Greeting Text

 Hye selamat malam..err dah pagi ekceli hampir pukul 2.00 a.m..kembali lagi kita menyakai bersama aku dalam entry kali ni..hoho sapa tengok bulan malam ni~ wuuuuu cantek gila penoh, bulat, mampat, ketat errr -,- abaikan~ walaupun malam ni xberbintang *ecehh tetap lawa taw langit malam ni..cerah jaa..buleh nampak awan dok berarak-2..nak p mana tu oii?? lol ._.
Tadi masa tengah jalan nak balik umah aku dari umah kakak aku anak-2 buah aku cakap 
"waa lajunya bulan berjalan.." bulan bejalan???
 
awat rambut aku dah macam jembalang tanah jaa~ =_="

 
aku dengan ilmu yang xseberapa di dada cuba buat pandai..
................
AKU : Bukan berjalan la adek..tapi berpusing..bumi kita ni yang dok keliling dy..tu nampak bulan macam berjalan laju.. *grrr aku dah semakin sewel dok explain..tak suka taw~ -,-
AIDIL : camana dia berpusing ? awat dia tak jatuh haa~
 ................
Err banyak tanya pulak budak ni..
................
AKU : Berpusing ataih paksi dia laa..mau jatuh kiamat la dunia
(dalam hati tetiba rasa kagum dengan ciptaan ALLAH : buleh pulak kan bulan seketoi macam tu terlekat kat angkasa~ hehe)
...............
tengah rhalet dok perati bulan tu dia tanya lagi..
amboii suka sungguh menguji tahap IQ aku yang dah berapa taon tak diguna pakai ni..
..................
AIDIL : Kalau bumi ni bergerak awat kita xrasa bergoyang-2 ka, jatuh ka makndak?
............
ZZZZzz~~ budak ni memang nak kena ! aku tumbuk lumat-2 buat sambai belacan jugak sat lagi..
Hah sudah! terpaksa aku buat aktiviti cari gali lam otak aku balik.
apadia ni, apadia ni, apadiaaaaa~
dan~
TINGGGG!!
:D


Muka ketat. Tapi rambut tetap mantain taw.. haha
adoi graviti ja pun sampai macam tu skali kena pikiaq..kahkah

Tiba-tiba anak buah aku yang sulung bersuara.dari tadi diam ja dia..hamboii asyik sungguh merenung bulan sampai nak telanggaq pokok petai kat depan pon tak sedaq.. :D
....................
AIMAN : haa abang taw..cikgu ajaq kat sekolah kalau ada graviti kita xla terbang-2
.....................
hah terbang la sangat kan...kehkeh =_=" macam-2 laa budak dua orang ni..

Dan~ tamat la entry kali ni :) babye selamat pagi..
Malam bulan di pagar bintang~ *tetiba lagu P.Ramlee.. Erk

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Entry Sakai Tanpa Kepala !

Greeting Text


Caakkk!!!  amboih terkojoit makk.
 
 Alalala rindunya belog sakai ni..hukhuk 2 minggu jugak aku xupdate..mesti tertanya-2 kan ke mana aku menghilang~ phuiihh!! bajet macam ramai care pasal belog aku..padahal seropa orang gila beletiaq sensorang..hehe sebenaaqnya aku ketandusan idea..makin lama makin tak boleh pikiaq otak aku~ rasa macam nak remove pon ada belog ni..Boleh x saya saya nak remove ?? boleh x? ouh who's care? --" *sendiri tanya sendiri jawab*

sekarang aku tengah sibuk melayan cerita Gemersik Kalbu..! aku jatuh cinta dengan Ayu Raudhah..ok silap Akasha sebenaqnya..hehe *ingin aku gigit-2 cuping telinga kecilmu~ -..-" sampai tercongok depan tibi hari-hari kusyuk belek wajah berjambang Akasha.. hahah Aku memang suka pon yang janggut-2 jambang-2..wakakaka

Tiga hari lepas bezday abah aku..sukalah kiranya baru hari ni aku nak post "SELAMAT HARI LAHIR ABAH YG KE-59" semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..Thanks for every beautiful moment that u have gave in my life from i'm childhood till now..thank u for being a good  father for me..thank you for always gave my needs, eventhough sometimes you can't afford to deliver, but grateful to Allah for gimme a father like you..I love u till heaven :)
 *sapa paham mmg b.i dia hancuss macam aku.. wakakak

Kemain speaking padahal SPM English dapat C6 ja, Muet Band 2..kahkah sadis.. hari tu aku yang p beli kek.. selalunya mak aku yang beli takpun abang aku xpun kakak-2 aku..sampai terpenyek abeh kek sebab letak dalam raga moto..hahah..time balik bukak kotak tengok kek yang bulat masa kat kedai tadi dah jadi hexsagon..-..-' xapa janji blackforest cake nyah..kalau makan pencuri masok umah pon dah xsedaq..punya menikmati tu kan? haha 
 
Aku p beli dengan adek aku..lepas tu janji dengan member aku faten dia pun bawak adek dia..lepas kami jenjalan tayang muka yang berminyak ni kat kedai demi kedai..baru teringat nak beli tudung kat tok aku..haha lepas tu p ekspo, amboii tengok keronsang ribbon comey-2 rembat 2 3 ketol..Ehh ketol kaa? -..- aku memang takbuleh tengok benda comel-2 ni sangat menguji tahap keimanan aku..haha tetiba mata aku terpaku kat patung angry bird merah menyala-2 silau siaw bling2.. yang memang sangat comey tahap siput sedut...besaq pulak tuh..haihh~
"pakcik nanak free bulehh??" *sambil kelip-2 mata.. 
"haa u mau ambek pastu u kilija dengan wa buleh kan?"
JEMM!! keja dengan dy..jadi penjual angry bird yg berjaya laa aku pasni..
 
Pelan-2 aku letak balik..sobss~ sempat gak aku cubit pipi angry bird tu..dengan harapan biaq teburai span dalam menatang tu geram kat pakcik tu punya pasai..haha haihh nak beli sayang duet rasa macam xb'guna ja natang tu..konklusyen nyaa sapa mau bagi hadiah angry bird kat saya ^^ yeayy!! mesti ada kan?? kan? cepatla angkat tangan..hello? ^^ hello-2....~ hahhh~~ -.-
kbai sy xkan tanya dah!

Lepas tu baru laa pih beli kek..dekat kedai kek yang baru bukak tu..kek kat situ semua sedap-2..rasa macam nak bungkuih kedai-2 tu skali bawak balik umah..masa tengah pilih kek tu ada sorang abang tu masok..dia pon pilih kek jugak..*kat buah aty lettew :) lepas tu dia panggil kak yang jaga dalam kedai tu..

abang beli kek : "Dek..kek aishiteru ada?"
kakak kedai : "Errrr..." *buat muka heran*
Aku : "aishiteru?? amboi kemain sampai kek pon ada nama aishiteru..kek perisa baru kot..ini harus dicuba"(dalam hati)
Faten : Sibuk pilih cupcake dgn adek dia
Adek aku : Buat-2 menyemak dalam tu..xberguna pon dia..haha

TIBA-TIBA :
.............
kakak kedai : Neh bang kek tiramisu kot..bukan aishiteru.. -_-!
abang beli kek : Allah ! tiramisu?? abang xtaw laa..ingat kan aishiteru *kaber malu*
Aku tersengeh sendiri bila abang tu tersipu-2 macam selipar koyak bila tengok kakak kedai tu dgn aku kaber nak tergelak..kahkah
Tapi sayang, kek tiramisu da abeh daa..dia pun pilih kek blackforest macam aku..haha

Lepas tu aku beli cream puff dua bijik dengan tart coklat..faten beli cupcake dgn blackforest..pakat dok melantak kat situ sambey sembang-2 masalah negara..kah2 xleh blah..lepas dah pakat muak makan kek..berakhirlah aktiviti hangout kami..salam-2 c0m pipi  pedeqaih balik umah sampai kek terpenyek abeh~ haha

Okai sekian saja cerita boring saya hari ini :) babye~ malam ni nak layan he's beautiful..weehuuu~ go mi nam i'm can't wait fer u :*

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿