.
7
MAK JEMAH

Mak.. Abah.. dan 25 JUN 1990.

Greeting Text
Mak abah, terima kasih di atas 22 tahun ni..Mendidik dan membesarkan orang..Walau diganti dengan segunung permata sekalipun takkan mampu dibalas segala jasa mak dan abah..Semalam 25.06.2012 genap umur aku 22 tahun..Dari kecik sampai besaq mak abah tak pernah lupa beli kek..Walau cuma sebiji kek takda celebrate bagai tetap bermakna..mak abah tak pernah lupa tarikh lahir anak depa yang sorang ni..

Selama 22 tahun ni aku jarang ucap abah terima kasih, mak terima kasih, mak abah orang sayang mak ngan abah..kadang-kadang benda tu aku cuma mampu ucap dalam hati..Ingat lagi aku waktu kecik dulu kalau ayaq takda mak bawak mandi telaga..mak gosok kepala, sabunkan badan lepas siap mandi mak tolong pakaikan baju Tadika Kemas kotak2 merah..mak terima kasih untuk semua tu..abah, masa orang darjah satu orang dapat nombor 3 dalam kelas, abah puji2 cakap anak abah terer..haha^^" lepas bangun tidoq tiba-tiba ada kotak hadiah besaq atas meja..abah, terima kasih untuk tu, mungkin dulu orang tak sempat ucap terima kasih sebab orang masih terlalu kecik untuk paham semua tu..

Masa kecik mak selalu ajak kutip sekerap..Mak ajaq erti susah untuk dapatkan duit..Lepas kutip mak bagi upah terus p kedai beli keropok..Anak mak memang tak reti menyimpan..hehe mak terima kasih tolong ajaqkan sebahagian dari erti kesusahan dalam hidup..Abah, orang ingat lagi dulu waktu sekolah rendah abah selalu pesan bila petang tolong bawak kambing p makan rumput..kadang-kadang orang malas bawak sekoq-sekoq orang bantai semua sekali sampai tali terbelit kat kaki terus terebah sorang-sorang dalam kebun..bila kambing lari orang terpaksa beranikan diri masuk dalam semak samun untuk cari..abah, terima kasih sebab takut abah marah orang jadi orang yang agak berani..

Mak dulu kalau time raya, mak selalu buat baju raya untuk anak-anak mak..sampaikan bila mak dah tak boleh menjait lagi sebab mata tak nampak orang mula rimas bila rasa baju yang orang lain buat takkan rasa seselesa yang mak buat. Terima kasih mak untuk titik peluh mak siapkan baju tu semua..Abah, dulu masa umoq orang belasan taon abah selalu beli pencuci muka, krim muka and bedak segala macam kat orang walaupun orang tak pernah mintak..sampaikan kadang-kadang kawan satu dorm orang jeles and pelik awat abah terlalu memahami keperluan anak abah sampaikan boleh beli barang tu semua..mak depa pon tak pernah buat macamtu..haha terima kasih abah=)

Mak ingat lagi tak dulu mak selalu ajaq orang baca quran malam..Walaupun orang anak mak tapi orang yang paling kerap kena marah, macam-macam mak beletiaq..Dah la orang yang selalu mak ajaq last sekali..hehe budak lain semua dah balik tinggai orang sorang terkulat-kulat..Terima kasih mak ajaqkan orang erti kesabaran dan orang bersyukur orang masih mampu baca al-Quran atas didikan mak.. terima kasih..Abah, orang ingat lagi waktu orang period and takda pad..hee~ hari pulak hujan..abah sanggup p kedai tolong belikan naik moto pakai baju hujan..orang takkan lupa sampai bila-bila..abah sanggup beli benda tu untuk orang dan ketepikan rasa malu..abah langsung tak merungut walaupun hari tu hujan dan orang suruh p kedai cuma semata-mata untuk beli tu--" terima kasih abah ajaqkan orang erti pengorbanan..

Orang ingat lagi masa darjah lima dengan enam orang dapat nombor 1 dalam kelas..Orang boleh tengok wajah gembira mak and abah..Terima kasih mak selalu ajaq karangan bahasa melayu. Abah terima kasih selalu ajaq orang matematik..Orang tak pernah lupa semua detik tu.. Abah terima kasih bila time dapat buku teks abah tolong sama-sama balut. Mak terima kasih time orang duduk asrama mak selalu masak macam-macam bagi kat orang.. 
 
Terlalu banyak yang mak dan abah berikan dalam hidup orang sampai orang tak terungkap lagi semua tu..Orang mintak maaf andainya sampai sekarang orang masih tak mampu jadi yang terbaik untuk mak dan abah dan masih tak mampu balas segala jasa mak dan abah..Apa yang orang cuma mampu buat orang sedaya upaya takmau nyusahkan mak dan abah..

Mak abah, 22 tahun yang matang ni orang harapkan doa mak dan abah..murahkan rezeki orang, jadikan orang anak yang baik dan dengaq kata..Ampunkan segala salah silap orang..sesungguhnya, orang menyesal setiap kali buat mak and abah terasa hati..Terima kasih di atas tarikh 25 Jun 1990 tepat jam 7.30 malam..bilamana wujudnya orang kat dunia ni..Mak abah, tak lama lagi mak ngan abah nak p Makkah. Lama kita semua akan terpisah.. Orang harap lepas tu orang boleh tengok lagi wajah mak ngan abah. InsyaAllah orang akan berubah orang akan doakan untuk mak abah selamat p selamat jugak kembali..Orang sayang mak ngan abah sampai bila-bila..sampai hembusan nafas orang yang terakhir mak dan abah segalanya dalam hidup orang..Terima kasih. ♥ 
 
Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

6
MAK JEMAH

Tonight Is My Night

Greeting Text
Happy Birthday To Me.
and I Wish I Could Forget Everythings .
-
-
-
-
-
-
-
Everythings .
...

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Huk aloh jiwang mu nih :p

Greeting Text
 Biarlah mereka di sana berbicara bahagia..
 
Aku di sini tabah menempuh lara
 
Sehingga sekeping hati ini,
 
tidak mampu lagi mengingat sebuah kenangan duka..
 
Kerana Allah itu sentiasa ada bersama
 
Aku redha dalam menanti pemberianNya

InsyaAllah..

Segalanya milik Dia yang abadi
 
Tabahkan hatiku~ Amin ya rabb

*terjumpa dalam pendrive. suka ayat ni. create by myself lagi :) haha. taw jiwang. tutup muka dengan lappy. bai.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Bergedil First Try =='

Greeting Text
 Tingtong! ada orang tak? haha Tolong scroll sampai ke bawah..Tengok Daisypath. Fuyoo dah setaon aku berbelog. Dalam angan dan sedar.. Hoho tetiba ==" setaon dah berlalu macam-macam aku kongsi dalam belog ni. Kesah cinta jiwang meleleh tu tolong lepas baca abaikan..bhahaha~ guwa bukanla jiwang sangat. Guwa ganas gak..kah2! siap buleh karate anak-anak buah guwa..haiyah2x!! Last guwa yang terpeleot. Tapi harini guwa bukan nak buat entry jiwang sakan harini guwa nak kongsi resepi bergedil first try guwa buat sendiri.Tetiba lak kan nak ber"guwa".
 
Okay, aku sebenaqnya pakai hentam ja buat bergedil tu. Ada la setaon lepas aku tengok kat rancangan masak memasak chef wan dia ajaq buat bergedil..amboii ang jah kemain lagi kan..haha Jadi stok ingatan aku ingat-ingat lupa ja lah segala resepi tu..Berbekalkan memory kepala otak aku yang kurang GB dia ni aku try buat resepi tu sesuka hati aku..So, bacalah bahan-bahan yang aku sediakan.
 
Bahan-bahan:
1. Kentang. (kupas kulit rebus dan hancurkan) Aku guna 3biji ja sbb sikit ja aku buat hehe 
2. Ayam 3ketul. (ambik bahagian isi saja taw. segala lemak, kulit, tulang buang nah, nak lagi elok ambik tang bahagian dada tu.) Ayam ni kena cincang. Hampa larat cincang, cincang la. aku bland terus ja senang..harharhar sebelom bland potong kecik-kecik dulu..guna blander yang kering.
3. Bawang goreng. agak dalam segenggam..haha
4. 2 tangkai daun sup dan daun bawang. Di mayang haluih-haluih.
5. Bawang putih empat ulas dicincang
5. Garam, lada sulah, serbuk perasa dan sos tiram. satu sudu kecil semua bahan ni.
6. Tepung jangung satu sudu besar.
7. Telur 1biji
8 Tepung gandum satu cawan.

Cara membuat:
1. Gaulkan semua bahan tadi dalam satu bekas kecuali telur dan tepung gandum. 
2. Bentukkan bulat-bulat adunan tadi pastu leperkan. 
3. Celup dalam telur yang dah dipukul  then campak dalam tepung gandum..haha ratakan kat semua bahagian.
4. Goreng bergedil dalam minyak yang panas dan api yang slow sampai la garing dan kekuning-kuningan. Angkat dan toskan sedia untuk di "Ngap!" haha Cewah! gila punya ayat buleh keluaq buku resepi wOo.. haha

Selalu orang buat bergedil kecik-kecik comey-comey ja.. Aku hentam besaq gedabak. Haha punyala malas. Tapi rasa dia sedap! ngee~ macam nugget ayam marina pon ada --" awak nak tengok x? wahaha~ meh kita tunjuk. Tapi sikit ja taw. Kita malu nak tunjuk banyak-banyak. 
 Pffftttt~Eh gedik gila. Penyepak jugak sat lagi. 


 Tengok ke bawah..
V
v
V
v


 Jerr~ haha :p apa ni? ni bukan aku buat ni gugel ja. wahaha tengok macam sedap ja benda ni..ahaha


 Besaq gedabak kan? ==" haha okay la dua untuk aku dua untuk adek aku.. haha sampai lincin makan..
okay, itu sahaja..babye. nanti aku merapu lagi. assalamualaikom~

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4
MAK JEMAH

SYUKUR ♥

Greeting Text

Saat aku merenung langit cerah, melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa...
Aku tersenyum sendirian...
dan ketika ini..
 
Ada jasad bernyawa dilahirkan di dunia 
Ada insan sama jatuh cinta pandang pertama
Ada manusia sedang nyenyak dibuai mimpi
Ada orang menerima pendapatan lumayan hasil lelah mereka
Ada pasangan berkahwin membina istana bahagia
Ada budak baru belajar membaca
Ada anak baru belajar menyebut pertama kalinya
Ada yang merenung jauh ke angkasa merenung impian
Ada yang menikmati hari terbaik hari ini
bermakna..indah..

Tapi ketika ini..

Ada yang dikhabarkan hidupnya hanya seminggu lagi
Ada yang membunuh dirinya sendiri
Ada yang merayu rezekinya di hujung jalan
Ada yang kehilangan orang kesayangan mereka selamanya
Ada yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidupnya
Ada yang bekerja 16jam tanpa henti tapi tiada habuannya
pahit..perit...

Imbas...
Aku di sini
Punya arus elektrik membekal cahaya dan haba
Punya makanan tersedia untuk dijamah
Punya air bersih untuk bersiram
Punya masa untuk menulis ini..

Harusnya...
Aku bersyukur,
Terima kasih Ya Allah atas segala
nikmat kurniaanMu ini..
Tidak mampu ku luahkan betapa aku bersyukur padaMu,
Segala puji hanya bagiMu...


                                                                                                             BY: Insan Kerdil


 "Tenang dalam kasihMu, Tulus harap redhaMu.."
Selamat Menyambut Israk Mikraj 27 Rejab 1433h / 17 Jun 2012

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿