.
7
MAK JEMAH

Bosan Sepetang

Greeting Text
Hye readers!!

 Uhuk :'( What a boring day today!! Mak tak da. Abah tak da. Adek tak da.Semua tak da.. :'( Tinggal la aku sorang-sorang macam orang gila kat rumah ni. Makan sudah. Mandi sudah. Tidoq sudah. Online ja tak sudah-sudah.. haha Sebenarnya, malam ni aku dengan adek aku cuma tidoq berdua ja kat rumah. Mak abah aku pi kursus haji perdana kena bermalam kat sana. 
 
Adakah kami berdua akan tidoq satu bilik satu katil dan satu selimut? haha tak tak. Aku rela tidoq sorang-sorang sebab apa taw? sebab adek aku tidoq buas namati. Baru-baru ni time kenduri rumah aku ada kawan kakak aku mai so adek aku kena tidoq satu bilik dengan aku, tengah syok dok mesej tiba-tiba sebelah kaki dah terangkat naik atas peha aku. Aku tolak pelan-pelan. Haih dia letak sekali lagi. Aku tonyoh kuat-kuat sampai dia terjaga. Pastu bangun buat muka gabra. Haih geram..siap bantal pelok aku bolot kat dia semua..hahaha nasib aku jenis berperikemanusiaan, kalau tak lama dah terajang jatuh katil..hahaha ganas tak? ganas tak? Bakal suami saya sila berhati-hati ya.. curi bantal pelok kita, kita terajang.. :p kahkah~ gatai pulok..

Ok, apa lagi nak cakap.. hahahah tak da idea dah sebenaqnya. Tengok la makin lama jumlah entry aku makin berkurang. Idea habeh hilang di tiup angin sepoi-sepoi bahasa~ tapi takda idea pun aku rajin jugak jengok-jengok belog, AKU SENDIRI. hahaha bukan belog orang ya. Ntah la malas..pasai pa ntah mood nak blogwalking makin hilang..Jangan risau, nanti aku pi la buat menyemak..aku tunggu hampa update banyak-banyak dulu. haha nak baca sampai berbulu mata aku..hOho

Ok. setakat ni ja kot..Aku buntu. Nanti aku update banyak-banyak nah..nak pi meroyan kat luaq rumah sat sambil pikiaq idea..hahaha Assalamualaikum...

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

8
MAK JEMAH

L.♥.ve U More ('',)

Greeting Text
Hai reader(s) selamat pagi. Lama tak jumpa."SAYA SAYANG AWAK LEBIH!" selalu kita dengaq perkataan ni..even aku sendiri penah ucap. Lepas tu kena cop pulun..haha -.- Dalam satu hubungan mesti akan ada sorang yang lebih menyayangi berbanding yang sorang lagi. Tidak boleh tidak, mesti ada punya contohnya macam aku. Aku sayang dia lebih tau berbanding dia.. wakakak memang, memang aku sangat PEMURAH dengan SIFAT KASIH SAYANG *Tangan dibahu mata tengok siling. huahua. Betol , tapi hanya dengan insan-insan yang benar-benar aku sayang.. :)

Sebab tu dalam satu-satu relationship akan terjadi situasi 'awak tinggalkan saya'. Awak tu la, awak yang kurang menyayangi saya tu. Kerana apa puan-puan?? kerana ada situasi satu pihak yang lebih  menyayangi berbanding yang seorang lagi. Selalunya, orang yang sayang lebih ni susah nak tinggal pasangan dia walau bergadoh, berperang, bertumbok camana sekali pun..macam aku..hahaha nak lagi nuh~ sebab tu bagi aku, lagi elok kalau lelaki tu lebih menyayangi..sebab laki, selalu berubah mengikut keadaan dan masa. Contohnya, bila dah dapat pi study or keja jauh sikit. Tinggal awek jauh-jauh mula la buat perangai macam paria. Ah! tak paham aku..-.- selalunya la kan..tak semua..kehkeh. satgi habis anak jantan sekalian marahkan saya..

Pompuan pulak, kalau dia dah sayang laki tu memang dia akan sayang..Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri dan kawan-kawan rapat aku. Selalu kami kaum hawa yang sering ditinggalkan. Jantan pesen tak reti bersyukur.. haha pompuan pon ada yang perangai serupa tapi bukan aku la kan.. hahaha semua nak elok dia ja. :p Kadang-kadang pompuan yang terlebih sayang ni dia susah nak give up. Dia selalu fikir apa yang dia buat tak cukup bagus. Sebab tu dia cuba luangkan lebih banyak masa untuk nak tunjukkan kasih sayang dia.Telefon selalu, siang malam mesej. Yang laki pulak rimas girlfriend asyik cari, dia mula rasa tak bebas..Lepas tu dia marah girlfriend dia, lepastu girlfriend dia merajuk, lepastu dia pujuk girlfriend dia, lepastu girlfriend dia cair, lepastu depa baik semula dan dia mula buat perangai endah tak endah balik..dan kitaran tu akan sentiasa berulang-ulang ya sampaila depa rasa bosan..Start tu relationship akan jadi lain..Susah bila ada satu pihak yang sangat menyayangi tapi satu pihak lagi tak endahkan perasaan orang yang dia sayang.

Kadang-kadang cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Sebab adalah nyawa cinta, tanpa sebab matilah cinta. Kalau kita cuba imbas mula-mula perkenalan kita mesti banyak yang berbeza..Yalah dulu semangat tengah berkobar-kobar nak kenal satu sama lain.. Bila dah lama mula la rasa jemu..aku tak suka keadaan ni :') Hanya orang yang kuat boleh kekal hingga akhir hayat sambil membela dan melayan kerenah anak cucu yang ramai.. ehh? (==") Assalamualaikum..

* Aku sendiri tak paham apa yang aku merapu dalam entry ni.. haha

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿