.
2
MAK JEMAH

Rindu .

Greeting Text
 
 
RINDU..Satu perkataan yang selalu ada dalam hati.. Tapi jarang diucap.. Bila tiba rindu itu terlalu kuat yang diharapkan adalah balasan.. bukan dengan sentuhan.. tapi sedikit perasaan dan pengertian.. 
 
Kadang-kadang rindu itu membahagiakan..Tersenyum sendiri. Kadang penuh kesakitan. Walau ditahan pasti mengalir air mata dalam diam.
 
 Kita bahagia andainya orang yang kita rindu bersungguh merasai rindu yang sama. Kita marah, kecewa andai dia tak pernah tahu dan peduli terbuku rasa rindu ini.. Begitu juga dengan rindu ini..seandainya ada yang mengerti.. :)
 
Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

3
MAK JEMAH

Wajah Seiras! JODOH KITA?? :O

Greeting Text
 
 
Hai blogger(s) Sebenarnya, banyak kali aku terbaca status kat facebook tentang "Wajah seiras ada jodoh" Aku sure sekarang ni ramai antara makwe-makwe dan pakwe-pakwe tengah check muka boyfriend atau gulpreng hampa dalam gambaq beliau kan bila aku buat kenyataan macam ni? haha Mesti nak compare ngan muka hampa..kot kalau ada some part yang sama dengan marka atau parka hampa..kehkeh

Aku tak taw la dari mana wujudnya kenyataan macam ni bila wajah seiras ada jodoh.. Mungkin kata orang tua dulu-dulu.. Atau ada tertulis dalam al-Quran atau hadis-hadis? Ada tak? Aku dah mengoogle tapi tak da pon aku terjumpa. Mungkin tak da. Mungkin hanya buah mulut orang saja. Mohon pencerahan kalau sapa yang taw mengenai hadis yang ada berkaitan dengan wajah seiras ni kalau ada . Mungkin dari segi air muka, bahagian-bahagian tertentu pada wajah, perwatakan, gaya dan cara tidoq mungkin. Itukah yang dikatakan seiras?? Bila pakwe tidoq berdengkoq makwe kat rumah pon turut berdengkoq time tidoq.. haha Seiras la tu serasi bersama. Ni maw kata kawen betoi ni nyamok pon tak berani dekat dah macam bunyi dalam kandang krokkrok dah laki bini pakat lawan bedengkoq..hahaha amboi..

Tapi bukan nak menafikan pulak, aku tengok ramai di antara kawan-kawan aku yang dah kawen wajah suami atau isteri dia tu nak sama. Let say kawan aku tu gigi depan dia arnab laki dia pon sama, gigi arnab okay. Walaupun aku tak sempat pi kenduri kawen dia tapi gambaq kat FB dah membuktikan segalanya. Memang ramai jugak yang aku tengok sama. Sungguh! kadang-kadang kat mata, kadang-kadang tang bentuk muka..Aku memang suka belek gambaq kawen orang..sweet ja tengok kalau yang depa belakon macam gambaq candid-candid tu kan? Padahai dah di arah photographer =,= Tengok gambaq orang ja la diri sendiri tak mampu lagi berbuat demikian..Kira untung la depa kan..Dapat jodoh yang wajah seiras.Awat la aku asyik typo dok 'seiris-seiris' dari tadi..haha cilakak tak larat nak backspace.

Aku rasa ramai dah yang rasa was-was bila disogokkan dengan wajah seiras ada jodoh disebabkan muka dia dan pasangan langsung takda persamaan. Dah habeh kelebek dah tetap jugak tak jumpa persamaan tersebut..Mula la risau kot kalau hubungan yang terjalin tiba-tiba terputus. Ya la bercinta bagai nak rak sekali baca statement camni terus rasa down. Riso kemain.. heh heh. Betoi dak? Baek mengaku. Tak baik nipu di bulan posa. Haha. 
 
Sebenarnya, yakinla JODOH ITU RAHSIA ALLAH. Kita bukanla tuhan nak menentukan siapa jodoh orang tu orang ni. Sebagai contoh, mak dan abah aku tak sama pon muka depa tapi dah berpuluh tahun tetap kekal bahagia. Alhamdulillah. Hehe. Walaupun orang tu cacat anggota dapat jodoh dengan orang yang sempurna siapa kita untuk menafikan sebab semuanya telah Allah takdirkan sejak kita lahir lagi. Bukan disebabkan muka sama ada jodoh. Terdetik jugak dalam hati aku disebabkan wanita tu pemilik tulang rusuk pasangan dia mungkin ada keseirasan wajah depa. Haha pandai-pandai pulak kan aku. Dah-dah satgi kata aku terlebih bijak pulak menentukan takdir dan jodoh orang. Cakap tak berasaskan ilmu gini la. Jangan percaya pulak taw. heheh Allah dah ciptakan kita berpasangan..Mulanya Adam diciptakan dan kemudiannya Hawa pulak dari tulang rusuk kiri Adam .. Jadi sudah pasti hambaNya  akan hidup berpasangan apabila sudah bertemu jodoh masing-masing..Cuma belum pasti jodoh kita ada di dunia atau di alam sana.. :)

Pernah satu ketika dulu, aku kenai dengan sorang pakcik ni. Masa tu aku dalam sekolah menengah lagi. Aku kenai pon dalam satu laman sosial kat henpon ja. Jadi umoq dia dalam 20-an gitu la nak dekat-dekat 30 dah..aku pon dengan sopannya menggelarkan diri beliau sebagai pakcik untuk menunjukkan rasa hormat aku.. haha phuih! Dia pernah tunjuk gambaq ex girl dia kat aku sebijik muka haa sama. Macam adik beradik. Tapi apakan daya berkawan tujuh tahun lastly, perempuan tu bertunang dengan orang lain. See, muka seiras tak semestinya ada jodoh. Kadang-kadang semua ni hanya kebetulan saja. Ada orang wajah tak seiras jodoh kekal berpanjangan hidup bahagia sampai anak cucu. Ada yang seiras langsung takda jodoh. Dan ada jugak yang seiras dah macam kembaq jodoh berpanjangan sampai akhir hayat.. Untung.

Apa yang aku dok nampak sekarang laki ataupun perempuan yang ada wajah ada rupa sikit semestinya nak pilih pasangan yang sama level dengan dia. Faham kan? hehe itukah yang dikatakan seiras, serasi, serupa? Nak sama cantek sama padanla dengan rupa dia. Yang tak lawa tak hensem tolak jaoh-jaoh. Takda apa yang nak diherankan pon bila orang lani lebih memilih paras rupa bila nak buat calon pasangan hidup. Bagi aku, aku tak kesah wajah yang seiras ngan aku atau dak. Yang penting dia boleh sayang, setia, terima diri aku dan keluarga, membimbing, melindungi, ada agama dah cukup. Biaqla muka tak sama pon nanti dapat anak takda la muka satu pesyen ja kan?? Haha aicehh..kalau sama ja dari mak, bapak sampai anak sama ja takda yang lain pon..boring. Haha tiba-tiba lak kan.

Sebenarnya, wajah bukanla jaminan kebahagiaan. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita yang tak kawen-kawen lagi ni dapat pasangan yang baek. Jangan percaya benda ni kalau dalam hadith pon tak da tertulis boleh lari akidah nanti.Kalau dapat jodoh muka yang serupa kira bonus la kurniaan Allah kepada kita. Apapun, jodoh tetap rahsia Allah. Sebab cuma dia yang taw apa yang terbaek buat kita. Kita cuma berdoa dan berusaha mencorakkan hubungan rumah tangga agar sentiasa bahagia. Tu kalau cakap macam orang dah menikah 12 taon! haha

Sampai setakat ni dulu. Penat dah menaip. haha terlampau aktif ber'entry pulak kebelakangan ni.. hehe Assalamualaikum :)

* I want grow old with someone I love .. :p

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Ini Yang Perempuan Mahukan

Greeting Text
Apa yang perempuan mahukan dari seorang lelaki. Kalau lelaki yang baca nie opkos akan rasa,  mengada-ngada ini perempuan..meqap ja lebih (dalam loghat utara). Gedik itu perempuan, semua tak kena dengan lelaki. Perempuan ni hatinya lembut, penuh kemanjaan walaupun ada sesetengah perempuan nampak kasar luaran tapi hatinya tetap hati seorang perempuan. Memang sesetengah lelaki setia, sayang, jujur, ikhlas dengan pasangannya, tapi tak cukup dengan sayang, cinta sahaja boleh tunjuk yang si lelaki ni serius dalam hubungan.

  • Alertness
Bukan nak pertikaikan tentang semua ni, tapi kebanyakkan lelaki tak ambil berat tentang setiap perkara penting. Contohnya tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, anniversary, etc. Perempuan tak mintak pun hadiah-hadiah or anything yang boleh buat mereka happy, cukup sekadar ingat tarikh-tarikh tersebut dan ucapan yang membahagiakan dah buat perempuan rasa suka sebab dalam fikiran mereka, mereka tahu bahawa bukan mereka sahaja yang ingat hari-hari istimewa tu tapi anda jugak..


  • Penghargaan
Kami tak perlukan hebahan satu dunia untuk lelaki buat ucapan terima kasih dengan setiap yang kami lakukan macam video couple seminggu. Cukup sekadar ucapan dari hati ke hati. "Terima kasih" walaupun simple kita dengar tapi sangat bermakna bagi perempuan sebagai tanda anda menghargai usahanya untuk hubungan anda. Ini tak mesej awek cakap tak ada kredit bila awek tolong topupkan terima kasih pun tak siap mesej cakap "Tengah malam nanti I text U.. I nak keluar lepak dengan kawan sekejap.." What the hell??

  • Perhatian
Perempuan sinonim dengan sifat keanak-keanakkan. Kanak-kanak perlukan perhatian dari orang yang  terdekat dengan dia, terutama orang yang dia sayang. Sama la juga dengan perempuan. Bukan susah pun nak bagi perhatian, tanya khabar sihat atau tidak, kalau perempuan sakit, buat-buat la macam risau sikit..walaupun rasa macam mengada-ngada. (Itu dah tak ikhlas namanya) Perempuan kadang-kadang dia boleh jadi tak matang dari umur dia yang sebenar. Kadang-kadang dia akan menangis walaupun hal yang kecil kerana dalam kepala hotak dia rasa tersisih atau tak dipedulikan..
 
  • Masa
Sesetengah perempuan yang jenis duduk di rumah tak keluar mana-mana, for sure mereka ni bosan kat rumah, yang lelaki ni kalau free free tu texting la perempuan, kalau tak boleh texting pun, at least call la sekejap..takkan seminit pun tak boleh bagi masa untuk perempuan. Yaaa tahu lelaki sibuk kerja..tapi takkan 24 hours kerja kan?tak salah pun nak tunjuk kasih sayang tu lebih sikit dekat pasangan. Menghabiskan masa lepak dengan dengan kawan-kawan boleh ja kan...Sekali sekala call la untuk menghiburkan hati dia..Ini tak dah sebulan baru teringat nak cari nombor girlfriend dalam call list..fikir-fikirkan. Baik awak couple ngan pokok getah ja tak payah sibuk-sibuk call dah..

  • Protective
Lelaki! tunjuk la sedikit kejantanan anda di hadapan kekasih atau isteri anda..rasa macam ada lelaki lain usha awek atau isteri anda pelik sikit..yang jenis mata layak dicucuk garfu camtu, buat-buat la muka ganas walaupun anda sebenarnya jenis yang bila ternampak lipas atas lantai terus stunt naik katil terlompat-lompat kegelian. Buat muka ganas sikit biar tercirit orang tu. Ataupun kalau isteri anda nak keluar gi kedai Mak Senah hujung jalan sana apakata tolong hantarkan naik motor merempit sesama, tunjuk la sikit yang kamu nak jaga dia..temankan dia bila free.. kan sweet macam tu.

  • Kemanisan
Kami percaya yang tak semua lelaki kat dalam dunia ni dilahirkan dengan sikap yang romantik mantik. Dan kami juga tak dambakan setiap masa nak dapat keromantikkan tu dari lelaki, tapi.....could you please show us some romantic moment...????(kejip mata laju2 sambil buat muka comey). Sekali dua kali dalam setahun pun tak apa, u know whaaaat.. detik detik macam ni la yang perempuan akan kunci ketat-ketat dalam kepala otak beliau tahu...? . Even dah putus sekalipun, still dalam ingatan. it's fact. Tipu la kalau cakap setiap kenangan yang manis kita lupakan..kecuali la orang tu hilang ingatan.. :/

  • Perbuatan jengkel
Sesetengah perempuan openminded, tapi ada sesetengah lagi yang jenis tak suka bila bf dia bergurau tak kena tempat atau melampau-lampau atau bila terjadi benda yang memalukan kat gf dia, dia gelak tak maw-maw 'contohnya awek dia terjatuh longkang time jalan sesama gelak tak hengat..' Maksudnya sakat dengan perkara yang dia tak suka. At that time, dia rasa macam sangat menjegkelkan dan menyakitkan hati. Tapi bagi lelaki itu semua hanya gurauan. Padahal dia dah tahu yang perempuan tu sebenarnya memang tak suka dengan gurauan yang macam tu. So, yang bernama lelaki, take note .. jangan buat sampai perempuan rasa awak ni seorang yang annoying...lama kelamaan perempuan akan jadi boring dengan anda.

  • Pendengar Yang setia
Kadang-kadang perempuan memang suka bercerita hal yang remeh-temeh yang tak menarik minat anda sebagai kaum lelaki.  Kadang-kadang pasal kartun upin ipin pun dia boleh buat bab time bercakap dengan anda. Haha Tak salah andainya anda tunjukkan sedikit minat anda untuk dengar dia bercerita. Sekali sekala mencelah la atau tanyakan dia soalan ataupun ketawa time dia buat lawak walaupun anda rasa tak lawak. (Tak ikhlas lagi.) Tunjukkan minat anda untuk berbual dengan dia. Ini tak diam macam batu fikiran pun entah melayang kat mana.. Bila perempuan tanya atau panggil banyak kali baru tersedar.. Nampak sangat anda langsung tak pedulikan.. Kalau anda kat tempat dia, dah penat-penat bercerita boleh pulak dia buat tak tahu, tak sakit hati??
 
  • Lebihkan Perempuan Lain
 Lebihkan perempuan lain dalam erti kata perempuan yang bukan dari keluarga anda. Kalau ibu atau kakak anda tak jadi masalah. Ini bermaksud perempuan yang tiada pertalian darah dengan anda. Umum tahu bahawa perempuan kuat sifat cemburunya. Kalau dia tengok yang si lelaki asyik lebihkan atau asyik bercerita tentang perempuan lain dia akan badmood tetiba walaupun perempuan tu cuma kawan anda. Tapi lelaki selalunya tak alert bila perempuan tetiba badmood dengan benda camtu siap boleh buat tak tahu. Minggu depan buat lagi. And you know what guys perempuan sebenarnya tak suka sekiranya anda asyik bercerita tentang kekasih lama anda atau segala kenangan anda dengan kekasih lama anda sebab semua tu akan buat hati dia terguris. Rasa macam diri anda tu masih teringat-ingat lagi dengan bekas kekasih. Jadi tolong tak payah rewind-rewind atau gostan dah k bila bercakap dengan dia..

  • Pemujuk
Dah tahu perempuan ni macam budak-budak jadi banyak la merajuknya.. Jadi elakkan buat benda yang boleh dia merajuk atau terasa hati.. Kalau dia dah merajuk takkan nak kena ajar, pujuk la apa lagi. Ini tak bila perempuan diam tak balas mesej yang lelaki pun tetap diam tak nak kalah. Kadang-kadang perempuan yang kena mengalah.. Dia yang merajuk dia jugak la yang kena pujuk.. Jangan sampai perempuan pikir anda dah memang tak pedulikan dia.. Time tu dia dah pasang niat akan cari lain!



 copy paste

Okay that's all.. Assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Posa, Gemok & Nafsu

Greeting Text
 Hai semua! :) Harap sihat sejahtera hendaknya walau di mana jua anda berada.. Haa nampak kan buku teks sangat ayat tuh.. haha macam penyampai radio suria pon ada.. Lama tak update awat ntah rasa kekok sangat nak menulis..padahai dulu menulis salah satu minat aku sampai bernovelis bagai kan.. haha Kalau cer kelebek-kelebek entry lama aku ada aku tulis salah satu impian aku nak jadi penulis novel..hahah perah santan (perasan) :p Biasala terkono penangan novel..Lani aku jarang sangat dah layan novel..kalau rajin ja aku akan baca secara online kat Penulisan 2U..Aku lebih suka baca cerpen sebab cerita dia merangkumi semua dari awal sampai akhir tanpa ada bab-bab macam novel..takda la terbuang sangat masa aku dok layan feeling ja..heheh
 
Actually, tujuan aku menghapdet kali ni opkos la sebab nak menunjukkan sikit kerajinan aku..Supaya silent readers aku (kalau still ada) taw pemilik blog ni masih hidup sihat walafiat dan membina badan dengan jayanya semasa beliau tak hapdet.. erk! -,-  Ayat tu tak buleh panjang lagi ka?? Sebab apa aku cakap camtu.. Tadi aku pi timbang kat klinik kesihatan yang kak ipaq aku kerja.. and guess what?? Cewah speking london .. Berat aku tertambah 3kg.. -..- frust hokey..Ni bulan posa pasai pa kena naik?? Aku dok harap menurun la sebab aku rasa perot aku macam makin kempeh ja..haha Dengan tersengih kerang busuk dan bangganya nak naik ataih penimbang dalam hati berharap ''Mesti turun ni berat aku:D" Tapiiii~ arghh! Aku tak percaya..Aku tak percaya.. Aku tak percaya C.I.N.T.A ! haha tetiba..Angka depan dah naik kat nombor lain dah..Sedih sampai tak lalu makan time berbuka tadi..Aku cuma makan kuih tepung bungkuih, popia, kurma, nasi berlaok asam pedas, ayam bakaq, sup daging, ikan goreng..memang aku tak lalu sangat tadi.. menjejaskan mood aku nak makan.. Tapi apa kes sampai aku termakan banyak camtu tanpa sedaq?? Hahaha nampak kan ayat dia.. Tolong la control sikit nafsu makan aku oii..Aku nak jugak langsing persis Rozita Che Wan..Kahkah :p
 
Sekarang ni aku tengah memikirkan strategi takmau bangun soq (sahur) ataupon takmau makan nasi time berbuka.. Agak-agak aku buleh pengsan dak tak makan nasi? Agak-agak kalau aku pengsan ada tak orang larat angkat..Ka kena guna kren yang abang-abang indon guna kerja kontrak tuh angkat? Ka cena? Terok bebeno kan aku? Hahah Dah la makin gemok, baju raya pon tak buat lagi.. Takda mood betoi nak raya.. Kes baju raya tak buat lagi sebab dah takda tukang jahit yang nak ambik.. frust menonggeng sungguh..Sehari sebelom posa taw aku tanya, tapi depa dah takmaw ambik dah banyak sangat tempahan katanya..Kadang-kadang bila pompuan dok sibok nak buat baju raya sebelom posa ada la sora sumbang kaum-kaum laki yang kata takdan nak posa lagi orang pompuan dah sibuk nak buat baju raya, dok sembang pasai baju raya.. Tapi depa tak taw sebenaqnya ni la yang jadi masalahnya bila pompuan tak buat baju sebelum posa..Tukang jahit dah takmau ambik..Apa kaum laki maw ka ambik tempahan tersebut yang dok sebok-sebok? So tutop mulot k! haha Memang buleh ja beli tapi fulusnya ngak ada lagi..maw seratus dua jugak baju lani.. Sayang la kain dah beli.. tapi takleh buat..Aku lilit-lilit buat macam sari ja la raya ni..sobs..sobss :( Sapa hidang muruku kat aku aku bagi sepakan penalti kat dia..huh!
 
Allah, banyak sangat aku beletiaq sampai terlupa nak ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK" Kepada semua umat islam..posa taw jangan tak posa..Tarawih pi taw jangan tak pi..Walaupun penulis blog ni sat pi sat tak pi..haha pandai ja nasihatkan orang..Buat kat rumah pon boleh..Tapi ganjarannya tak sama macam pi surau atau masjid.. :) Btw, Alhamdulillah, kita masih diberi peluang bertemu dengan bulan ramadhan taon ni..Semoga Allah SWT panjangkan usia bumi.. Harini lepaih sahur satgi cukup lapan hari kita posa..Sat ja kan? hehe Bulan-bulan posa ni memang kadang-kadang kita tak mampu nak melawan nafsu.. walaupun sebenaqnya nafsu kita kalah hanya dengan lapaq.. Ada sesorang pernah bagitau aku, nafsu cuma akan kalah bila lapaq.. Sebab tu kita digalakkan berposa untuk kawal nafsu.. Sebab tu siang hari kita rasa tak bermaya ja tengok apa pon tak bernafsu ..heheh Try tunggu masa orang tengah azan, haa masa tu la nafsu tengah menggila tengok macam-macam makanan sedap..sebab tu sumbat ja dalam mulot tak sedaq pa dah..macam aku T_T Cuba baca kisah ni ::
 
Allah bertanya kepada nafsu, "Siapa aku?" Kemudian nafsu menjawab, "Kau adalah kau dan aku adalah aku."  Maka, Allah pun mencampak nafsu ke dalam laut dan mengeluarkannya kembali. Allah bertanya lagi kepada nafsu soalan yang sama dan nafsu masih dengan jawapannya. Lalu Allah mencampakkan nafsu ke dalam api pula dan mengeluarkan nafsu kembali. Soalan yang sama disoal yang dan jawapan yang sama turut diberikan. Oleh itu, Allah memasukkan nafsu ke dalam Neraka Wail (lapar) Kemudian dikeluarkan. Bertanya Allah lagi, "Siapa Aku?" Barulah nafsu itu mengaku dan menjawab "Kamu adalah Allah, Tuhanku."
 
Kan? Nafsu cuma akan kalah bila lapar..Sesungguhnya jihad yang paling besar ialah memerangi hawa nafsu sendiri.. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh kita pegang, mudah untuk kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Nafsu lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah ‘highway’ atau jalan bebas untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah ‘highway’ syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.“Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan.”(Yusuf: 53)
 
  Jadi beringatlah time berbuka tu..Jangan melantak ja ingatnya..kata-kata buat diri sendiri.. haha Lagi satu beringat jangan nak mercun sangat time posa-posa ni.. Yang dok buat meriam karbat tu takpayah belajaq sangat la pelik-pelik..bawak-bawakla insafkan diri usia makin meningkat..Takda apa yang untung..kalau still dok buat jugak pesen tak reti bersyukur ada anggota badan yang cukup sempurna..Kalau tiba-tiba terkudung jangan nyesal jangan salahkan takdir pulak naa..Rasanya setakat ni dulu jari aku menaip.. Mengantok sudah.. Satgi bangun soq taw!! Assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Antara Pemadam & Liquid Paper :)

Greeting Text 
 
Haiii :') lama gila tak update entry baru.. tengah bajet sat macam dua tiga bulan tak update ..hahah Rindu pulak kat belog nih, lama tak menyendeh kat dia..lama sudah aku buat derk ja.. Betoi ka ejaan aku?  haha .. takda nya aku nak rajin sangat lani update benda merapu-rapu.. Ntah, macam dah takda nafas lagi dah blog aku ni..Gamaknya kena pasang widget tong oksigen kat sini baru aku rasa segaq dan bernapas tiap kali nak hapdate.. Ni tak, tulis dua tiga patah pastu save kat draft.. Minggu depan bukak lagi.. tulis entry lain dua tiga baris save kat draft.. hahah tu la rutin aku kalau bukak dashboard..

Boring pulak dok reja tengok blog aku yang warna pink ni macam sutun pulak rasa..ngeee.. rasa macam nak tukaq design..tapi dua tiga bulan dulu orang dok sibuk-sibuk bising edit html dah tak sama. Jadi aku takmau la ambik risiko pandai-pandai pi edit sendiri satgi tak pasai hudoh blog aku yang sediakala comey macam kak ton ni..heheh~ Lagipon belog ni aku yang edit sendiri taw..cuma template and header ja aku upah orang secara berbayar topup 10hinggit!! aku ulang 10hinggit okayy..padahal dua benda tu ja dia buat =.=' ok la aku tertipu..mengaku, masa tu masih noob dalam dunia blog..mana reti apa pon..eleh macam lani expert sangat..hahah
 
Dengan masa yang masih berbaki beberapa jam lagi sebelum fajar menyinsing.. hatudia ayat..ni kalau cikgu BM baca kompom bangga ni kalau aku penah jadi anak murid beliau..hahaha aku nak coretkan sebuah perbandingan antara pemadam dan liquid paper.. hahah Pemadam kebakaran tak termasuk dalam senarai k..Walaupun sebenaqnya pemadan dan liquid paper kita rasa sama saja kegunaan dia untuk memadam dan menghapuskan kesalahan dia atas kertas di samping kegunaan yang meluas time exam..kegunaan yang meluas time exam maksud aku main passing passing pemadam ngan liquid paper.. haha tulis jawapan kat pemadam pass kat mamber sebelah ka member depan ka.. lagi satu selit jawapan kat dalam penutup liquid..hahah sebab aku pon penah buat masa zaman muda remaja dulu..haha Cara kuno ni.. generasi lani takda yang buat dah kot :'/
 
Ok dah dah.. Umpama pemadam, dulu masa kecik kalau kita salah orang akan tegur, mak abah terutamanya, kita akan betulkan dengan memadam kesalahan tersebut dan kita janji takkan ulang lagi kesalahan yang sama..sebab takot kena marah.. Budak-budak besala masih naif apa yang ditegoq dan dipesan itula yang diikot..Teringat anak buah aku yang umoq 3tahon tu pulak..sedang tidoq di umah dia..heheh Tapi aku ni time kecik boleh tahan jugak nakai dan ketegaq..depan orang ja aku ni nampak macam budak pompuan yang sweet plus pemalu gitu..hahahah dengan keluarga depa taw la aku camana..bertempik macam tarzan pon buleh..hahaha cuma malaih nak tunjuk ja satgi tak pasai hantaq aku kat jabatan perhilitan pulak kan..hahaha
 
Tapi bila dah besaq, umpama liquid paper kenapa kita sembunyikan kesalahan dan kesilapan kita belakang orang lain..Bila dah besaq, kita semakin pandai memikirkan pelbagai rencana.. tak pernah kita terpikir perasaan mak ayah kita bila macam-macam mulot manusia yang mengata mak ayah tak pandai jaga anak..tak pernah pulak kita terpikir janji keseronokan tu kita dapat..kesian mak ayah kita..hmm jadi fikir-fikirkan laa..Ada tu buat kesalahan secara terang-terang tak payah lagi sembunyi-sembunyi.. letak pic dok becium pipi ngan pakwe kat FB -__- tak paham betoi aku.. bangga sangat bila orang yang hot seangkatan dengan depa dok puji 'sweet' 'alololo comeynya' ..macam bangang pulak..Biaqla urusan depa dengan Tuhan.. Kita jamu mata dah la.. hahah 
 
Okay tu ja la nak tules..tiba-tiba lapaq bihun sup kampung baru..takda mood terus aku nak lanjutkan ayat aku.. hahahah padahai memang aku dah habeh idea pon :p Jadila sekadar melepaih rindu sampai bulan ramadhan ni..hahah Dah dekat 4.30 pagi dah.. tadi beriya-iya nak lena tapi akhirnya camni.. :')  ok assalamualaikum .. Tidoq nyenyak nyenyak taw..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

6
MAK JEMAH

GEMERLAPAN 97

Greeting Text

Hai..Selamat pagi.. Jam tepat menunjukkan pukul 2.30 a.m. Camni la aku, kadang tidoq kadang berinsomnia sepuasnya..Tunggu masa nak jalan ja kalau hari-hari camni..haha Btw, lama tak update blog.. Rindu dop? Rindu la.. Rindu la.. hihi meregeh! :p Bagi sepakan penalti haa taw la.. Maklum la sekarang ni aku dah tak sebulu lagi dengan entry blog. Dah malas nak menaip dan memikiaq. Tapi aku tetap sayang blog aku seperti biasa, seperti waktu dahulu, seperti sayang yang tiada penyudahnya..~ Ehh? tetiba .. =.='' Opkos la aku sayang..kat sini la tempat aku luahkan segalanya, gelak tawa, ayaq mata, ayaq hinguih, jatuh bangun..semuanya aku kongsi tapi takla terover sangat..Yaka?? argh! tutup muka dengan tudung saji..hahah  Adakala tak semua orang taw isi hati kita, tak semua orang kita boleh ceritakan apa yang kita rasa..dan tak semua orang sudi mendengar dan berkongsi bersama kita..baik kita luahkan di sini saja..ya dak? Lepaih tu satu dunia la taw bila kita dah update..wakakak tapi don't worry blog aku ni takda reader pon..yang masih setia ada la sorang dua..haha biasala bila zaman kegemilangan dah habeh..Bila masanya ntah blog aku dok gemilang bagai =.=" Ok panjang dak?? ni baru intro..semangat~semangat!! lama tak update..hahah

Flashback aku saat zaman kegelapan dulu. Tapi bukan zaman kegelapan di Eropah ya macam dalam buku sejarah nuh..Hehe dalam Malaysia saja sekitar taon 90-an. Masa tu tak silap aku masih bersekolah rendah di tahap satu..tahap satu mean darjah satu sampai tiga. Aku dah tak ingat umoq aku berapa. Tapi time tu ada cerita yang tengah meletup-letup Oo kat wayang. Sekitar umoq aku macam tu la aku tergila-gila kat kumpulan A to Z sebab selalu dengaq lagu "Itik gembo-gembo" kat radio yang kakak aku selalu pasang time memasak sebagai modal makanan tu lebih sedap mungkin kalau kalau masak sambil dengaq radio =.=' Kadang kalau tiba-tiba main ja lagu best-best yang depa minat kat radio celapak lompat ambik pen ngan kertas salin..tulisan macam cacing kerawet pulun nak kejaq lirik penyanyi nuh..hahah Betol..aku penah menyaksikan kegiatan tak bermoral depa semua tu..hahah Besala zaman dulu..kalau nak dapat lirik lagu yang betol pon cuma kat kertas kaset-kaset yang dibeli ja dak pun dalam majalah hiburan..Zaman sekarang senang ja GOOGLE mesti ada punya la blog-blog yang rajin menulis lirik lagu nih, gosip-gosip artis segala..memang tak payah dah habeh duit beli majalah.. 
 
Lagi satu kak aku yang dua orang tuh suka sangat tempek poster artis besaq-besaq dalam bilik..sampai penoh bilik depa aku habaq..Sangat nostalgia bilik tu..time tu rumah aku masih banglo dua tingkat. Tapi banglo jenis zaman dulu la..atas papan bawah batu..hahahah sekarang semua dah jadi sebatu ja..haha bilik tu pon dah tak wujud lagi.. serius aku suka rumah aku yang dulu dari sekarang..aku rindu semua suasana tu..hmm..rumah yang sungguh bercirikan kekampungan..bukak tingkap atas rumah ja boleh tengok pemandangan reban itik..tengok pokok buah moktan sedang masak merah, tengok mak aku tengah sidai baju kat bawah..Tingkap pulak bukan yang jeneh sekerat di pinggang tapi sampai ke kaki dengan semua ukiran kemelayuannya..boleh la aku juntaikan kaki aku yang masa ketika tu masih kecik comey dan gebu ke bawah rumah melalui celah-celah palang tingkap..hahah Ah rindu amat..sobs..sobs.. :'( Sudahlah, kalau aku nak cerita bab rumah aku yang dulu memang takkan tertulis kat sini..
 
Pada zaman 90-an tersebut inilah kumpulan A to Z.. Trend rambut masa tu memang belah tengah..haha Habeh comey lani..Mana ada lagi mohawk segala.. Kalau pakai rambut palsu pon semua yang jeneh keras kejung ja..Takda lagi pesen sanggul siput sedut, sarang tebuan, rebonding ala rejoice..Yang tengah tu dah meninggal tahun 2008, Fendi nama dia. Yang Kiri Lan. Yang kanan Jeff. Jeff ni abang Shaheizy sam kalau tak silap aku..Tapi Fendi ni masok sat ja kumpulan A to Z..aku pon belum sempat kenai muka dia masa tu..lepaih tu diganti dengan Chap..Masa diganti dengan Chap tu baru la aku kenai A to Z..Masa ni masih minat lagi dengan A to Z sehinggalah aku dah masuk darjah lima ka enam ntah baru layan westlife..minat gila kot westlife masa tuh..hahah A to Z memang tenggelam habis la lam kepala otak aku kira jadi memori ja la..tak mampu tandingan geng mat saleh nuh..hahah
 
Baru perasan, banyak pulak aku bercerita..hahah =.=" sebenarnya aku nak bagitau pasai cerita yang tengah meletup kat wayang time tu "GEMERLAPAN" . Budak yang umoq seangkatan dengan aku mesti penah tengok kan? Cerita ni banyak penyanyi-penyanyi yang femes zaman tuh berlakon. Tapi zaman tu  takda lagi CD player kat rumah aku..guna video tape ja..video pulak abah aku pinjam kat pekan dekat dengan tempat tinggal aku . Kedai tuh memang aku selalu ikot abah aku pi..sebab aku tertarik sangat tengok akuarium ikan dia..ada macam-macam dalam akuarium tuh..landskap dia kira menarik perhatian la bagi budak-budak macam aku..Yang bestnya kedai tuh nak beli pon boleh..nak pinjam pon boleh..tapi kalau rosak ka apa terpaksa dibayar la..Tapi lani kedai tu pon dah tak wujud lagi..hehe Abah aku time tu suka sangat pinjam video..sebab rumah aku cuma ada video player time tu..heheh Sampaila satu hari abah aku pinjam  "Gemerlapan 97" hati aku terus tertarik dengan cerita tuh..sampai sehari doplohpat jam la aku melayan, aku ulang-ulang..sampai orang lain takleh nak tengok cerita lain kat tibi..hahah time aku pi sekolah ja baru la aman tibi rumah aku..hahahah
 
Cerita dia cuma pasal budak IPT yang mengisahkan cintan-cintun, persahabatan, permusuhan. Tambah pulak Lan A to Z hero tuh..haha time tuh tengah minat A to Z memang aku keja ulang cerita ni ja la..Dalam cerita ni lagu best-best..siap ada dangdut uhh..hahah Heroin dia penyanyi dangdut..ngehngeh -__- Tapi yang paling aku suka time tu lagu "Nicky & Rozy" masa memula nak start cerita ni. Best lagu nih macam lagu indie pon ada..Tidak tak taw pon sapa yang nyanyi lagu "Nicky & Rozy" ni.. Dah besaq godang camni baru la taw rupanya arwah Bob Kuman yang nyanyi lagu nih..Masa tu arwah masih aktif bersama kumpulan KU2..Lagi satu aku suka sangat lagu yang Lan nyanyi dalam cerita ni.."Dulu dan selamanya"..memang melentok la kalau dengaq time nak lena..hahahah
 
Dulu dan Selamanya
 
 Best dak? kihkih :D
 Aku boleh teringat cerita ni balik pon pasai tetiba nampak video lagu ni yang di suggest masa tengah layan utube..Sejak beli brodband baru ni laju pulak line nak nengok utube tapi setakat layan lagu boleh la..hahah tengok tajuk "Dulu dan selamanya" macam penah dengaq..Bila play ja pergh hati berbunga-bunga..sejujurnya memang aku dah lupa pon pasal cerita ni sebab dah lama sangat kan.. Kalau la cerita ni ada tayang kat tibi aku lah orang pertama yang akan tercongok tekangkang depan tibi..betapa tak senonohnya..janji impian termakbul..haha Ada ja kat utube kalau aku nak tengok lagi..tapi tak kuaso la den nak nunggu lamo-lamo tersekat-sekat video..buat aku panaih hati ja..silap-silap laptop ni arwah terus..kan aku dah cakap utube setakat layan lagu boleh la kalau guna brodband ni..heheh Kalau nak tengok pandai-pandai la hampa cari sendiri atau download kat mana-mana..hahah
 
Okay, sampai sini dulu..entry pukol 2.30 tapi pukol 8.00 baru siap..haha biasa la sat tuleh sat benti camni la..nak tidoqqqq....ngantok..bye! assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4
MAK JEMAH

PARASIT

Greeting Text
 
Hai blogger(s) Sehat arini? Dalam mood malas harini aku tersangat rajin untuk mengupdate entry..Jadi tolongla baca usaha keras aku..hahaha macam nak terajang muka aku dak? haha Entry yang lepaih-lepaih asyik berjiwang ja kan..aku pon naek menyampah..apatah lagi hampa..haha
 
Penah dak hampa pi pasaraya pastu ada la makhluk parasit keja dia membuntuti juboq orang ja..haha Macam dah menara bekembaq dah..Maksud aku pekerja yang jaga pasaraya tu la..Seryes aku amat tak suka kalau nak beli barang pa-pa dok ikot orang macam dah muka kita ni pencuri..Ada nampak muka kami macam pencuri ka?? Sambil tunjuk penumbok..haha ok tak lawak. Rimas taw tak..Bagi la privacy sikit orang nak pilih barang ni tak sampai orang nak pilih baju hat kecik-kecik tu pon nak gak tengok saiz berapa..tak paham betoi =..= 
 
Orang melangkah setapak, dia pon setapak..Orang melangkah dua tapak dia pon melangkah dua tapak..Macam nak karate ja kaki dia naseb aku ni tak cukup ilmu karate ja..haha Bagi aku wahai jurujual sekalian, bagi la customer anda sedikit privacy..kalau dah dia panggil perlukan bantuan anda baru la pi..Ni tak asyik nak mengekoq ja..Yang pekerja laki jarang sikit aku tengok wat camtu, yang pompuan selalu sangat..Dah la buat muka macam haram..haa kan dah terkeluaq..kalau muka tu tersenyum manis tak pa gak..ni buat muka macam taik ja..senyum pon tak..Rasa nak baling ja seliper jamban kat rak sebelah..haha Sukahati aku la kan..customer always right what?
 
Tapi, bukan semua sikap jurujual camtu..ada gak setengah pasaraya yang aku pi layan elok ja..Contohnya kedai tudung yang aku selalu pi alahai adek tu baek ja..Padahal aku tak kenal pon..first time masok kedai dia kan maen sembang ngan aku..haha aku suka orang camtu..gelak-gelak, tampaq-tampaq manja gitu haha..pastu dia tanya "kak kenai adek ka?" Sambil wat muka serius aku jawab "tak pon"=.=
 
Kalau ada ja jurujual yang pesyen mengekoq orang sambil wat muka macam dia yang paling segak sekali lam dunia sampai nak senyum kat orang pon takleh takot ke'segak'an tu hilang kot..aku ngan adek aku dah selalu rancang siap-siap dah..kami pi belek satu barang lepaih tu ke satu barang..lepaih tu pi belek pulak barang lain..kan maen lama..Lepaih tu adek aku siap cakap kuat-kuat "Mahai nak mampoih. Kat kedai lain murah ja.. macam buruk pulak tu.." haha saja dia nak saketkan hati jurujual tu..Tu kan betapa hudohnya perangai adek aku..haha Agak dalam setengah jam lebih-lebih belek punya belek lastly, kami keluaq camtu ja tanpa beli apa-apa..Memang dok rancang macam tu dah! haha pekerja tu tengok ninn jaa..kata oqang kedah..Usha rapat..haha mesti dalam hati dah menyumpah-nyumpah dah..Da la kutuk barang kedai depa pastu belek kan main lama bajet nak beli ja last keluaq camtu ja..hahaha Dah boleh hapal dah pasaraya mana yang ada jurujual camtu..haha
 
Penah sekali tu, aku ngan adek aku buat camtu..pastu kami keluaq tanpa beli apa-apa..Tiba-tiba jurujual tu kejaq kami sampai luaq kedai..Dia tanya "awak ambik barang apa? Dah bayaq belom?" Masa tu aku bawak masok helmet..dalam helmet aku tu ada barang..Tapi aku beli kat kedai lain..Pastu dia dah tanya camtu aku bawak keluaq satu-satu barang yang ada dalam helmet aku tu aku cakap "Kak, ni dekat tanda harga ni nama pasaraya ni ka? Tolong baca bagi kuat sikit" Adek aku dah buat muka menyampah dah..aku pon sama la..hahah "Owh sory-sory I ingat u ada ambik barang kat dalam lupa bayar" 
Adek aku cakap "kami bukan gila sangat sampai nak curi baqang kedai hampa"
 
Memang sia-sia la kalau dia tak dapat anugerah pekerja terbaek..haha tiap kali nampak ja muka minah tu adek aku cakap "pekerja terbaek dah mai, pekerja terbaek dah mai.." huahua..Ok, sampai sini ja entry mengutuk orang..haha jahat kan..khas untuk jurujual yang suka mengekoq sambil buat muka macam taik itik..assalamualaikom.
 
p/s: Awek kedai topup pon sama, tak payah buat muka menyombong sangat la..menyampah

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Down ..

Greeting Text
Rasanya dah lama aku tak bercerita tentang aku kan? Malas rasanya nak update entry.. Entah kadang-kadang aku rasa terlalu jujur dengan setiap apa yang aku ceritakan dalam belog ni terlalu terbuka untuk aku luahkan soal hati dan perasaan..Mesti ada kawan-kawan aku kutuk kalau depa terbaca aku berjiwang-jiwang..heheh aku pon kadang rasa termalu sendiri..huuu (T_T)
 
Bila saat aku jatuh dan lemah tak ada sapa yang sudi bawak aku ke atas kembali..aku dibiarkan umpama kain buruk.. :) Kadang-kadang, aku terpikir apalah guna aku dihidupkan di muka bumi ni kalau cuma untuk menyusahkan, mengharapkan, dan bergantung dengan orang lain.. 
 
Aku rasa terlalu asing saat ni..kosong semuanya..Semalaman dan harini aku cuma menangis dan menangis..Cuma selimut dan bantal yang sudi jadi peneman..Memang aku rasa rendah diri dalam bab macam ni..aku perlukan sokongan, aku perlukan orang yang buat aku rasa tenang dan tersenyum..kadang-kadang aku marah dengan diri aku sendiri , hati aku terlampau mudah terguris..Sungguh, aku lemah..tersangat lemah~ assalamualaikum :')
 
Jika ditakdirkan semua orang membenci, melupakan, mencaci, membuang, meninggalkan aku dan tidak peduli lagi dengan keadaanku..Ya Allah berikan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang..aamiin~

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

0
MAK JEMAH

Nikmat Mana Lagi Yang Engkau Dustakan?

Greeting Text
Hai blogger and silent reader (s)  Maaf lama tak update sebab malas..haha terlalu berterus terang but tu alasan kukuh. Aku nak share something yang aku jumpa kat forum apa ntah..Walaupun panjang, baca lah..Baca untuk kita taw keindahan yang tak pernah terpikir oleh akal kita.. Rasa sayu pulak baca .. Layak ka orang macam aku..

OK, first..
Wanita-wanita Jangan Cemburu Dengan Bidadari Syurga :)
 
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz
Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang
terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak
luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari
syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang
paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta
Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz
yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya.."


Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang
bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur'an.


Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan
bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli
syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si
datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli
syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya
kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di
musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang
bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.


Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?

Tidak juga.


Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata
memandang?


Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata
suaminya.


Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau
mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat
dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka
ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih
(tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.


Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka".


Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys
only*. ;-j


---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?


Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang
wanita.


Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..". (au kama qaal)


Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu
anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar
kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"


Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah,
ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu
diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.


Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.


Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,
niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi
mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.


Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh
tu..


Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya
camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai,
pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan
Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;


"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah
dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya
diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan
zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh
tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat
dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra' dan mi`raj.


Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang
tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka
ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah
selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka.
Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi
seorangpun hambaNya.


Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah
Allah yang sempat dipelajarinya.


Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas
kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan
peralatan dapur?


Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.


Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!


Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti
ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan
terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas
pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian
(kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).


Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la
sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.


Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?


Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.


Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan
yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi
kelajuan cahaya).


Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu
juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun
hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)


..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak 'berehat
di rumah' saja.. ;-j


---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. *Qaalu
salaaman-salaama~ *
Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!
 
Second, Nikmat Mana lagi Yang Aku Dustakan ?
 
Apabila pintu shurga di buka kelak..akan terdapat satu golongan yg masuk ke dalam shurga berbondong-bondong tanpa dapat di tahan oleh penjaga shurga..malaikat penjaga shurga tidak dapat menghalang golongan ini memasuki shurga sebagaimana korang tak dapat menghalang kemasukkan burung-burung ke dalam rumah korang apabila korang buka jendela di waktu pagi…

Maka malaikat ini membuat laporan kepada Allah, kerana takut Allah murka kepada mereka kerana tidak dapat menghalang kemasukkan golongan itu..lalu Allah berfirman…(lebih kurang maksud-ini hadith kudsi)

“Biarlah golongan itu masuk ke shurga hari ini, Aku malu untuk menghisab mereka hari ini, kerana di dunia dahulu mereka adalah golongan yg memalukan dirinya sendiri kerana Ku”

Nota untuk mua’laf: menghisab bermaksud soal-jawab daripada Allah kepada setiap manusia sebelum dibuat keputusan ke shurga atau Neraka.

Jadi sesiapa yg malu nak pergi masjid ke, nak pakai tudung ke nak buat apa-apa yg baik ke…dan lain2..janganlah malu-malu kawan..kerana org yg memalukan diri dia kerana Allah, Allah akan malu nak hisab kelak..oh..kepada Allah aku memuji!!


Nikmat yg mana lagi aku dustakan?


Di beritakan kelak..apabila ahli shurga melewati pintu shurga, maka mereka akan terpegun selama bertahun-tahun kerana indahnya melihat pintu gerbang shurga..korang yang pertama kali pergi KL dan tengok KLCC ‘live’..terpegun gak..adalah dalam 5 minit kot…tapi bila korang masuk shurga kelak…korang akan berhenti di setiap langkah bertahun-tahun kerana terpegun dengan kehebatan shurga!!!


Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Ada pulak wanita2 yg kecik hati kerana dalam shurga ada sikit punya ramai bidadari2 yg lawa dan cantik…yg aku tahu..kalau salah mintak sangat betulkan kerana aku bukan ustaz/ulama’…apabila pertama kali korang(lelaki) jumpa dengan bidadari..korang datang keinginan untuk menyetubuhinya..tapi bidadari tu cakap, nanti ada yg lebih cantik dari saya…maka korang pergi ke bidadari yg seterusnya..bila korang berjumpa dengan next bidadari, korang dah lupa dengan bidadari before..but, next bidadari said: ada lagi yg lebih berhak dan cantik daripada saya..(lebih kurang maksud)

Sehinggalah akhirnya korang berjumpa dengan ketua bidadari yg kecantikkannya adalah 70 kali lebih dari semua bidadari..iaitu isteri korang di dunia ini! dan isteri korang tu telah di solek selama 500 tahun…dan umur isteri korang waktu tu 16 tahun dan korang pulak sebaya dengan superman(30 tahun)
Wah..wah..wah,,meleleh air liur..!!!

May said:
“Bersamalah kita berdoa… Agar cinta engkau dan aku… bisa tembus ke pintu shurga..berkat rahmatNya..

Korang tanya pulak:
“Apakah amalan ahli shurga?”

Aku yg jahil bab2 ugama sekadar menjawab setakat dengar dari mulut ke telinga kata:
Dalam shurga kelak (amin…) korang dah tak payah solat, puasa, dan lain lain, tapi satu amalan jer yg korang wajib buat iaitu ziarah…sebab tu sebelum masuk shurga kita kena rajin ziarah jiran2 kita, bukan ziarah nak pinjam VCD, nak pinjam gergaji, nak pinjam cangkul..tapi ziarah semata2 kerana Allah, khalifah2 islam zaman2 dulu, akan pergi ziarah rumah-rumah org yg tak pergi masjid dan tanya :

kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..


Hari ni bila aku terlewat bangun subuh (oh..aku adalah manusia biasa yg banyak dosa)..takde pulak org dari masjid datang ziarah aku tanya:
kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..kasihannya aku..isk..isk..


Tentu korang ingat tentang golongan yg berada di bawah arasy yg mana mereka adalah terdiri daripada orang yg berjumpa dan berpisah semata2 kerana Allah…
Kalau korang pergi solat berjemaah, itu adalah salah satu dari bertemu dan berpisah semata2 kerana Allah dan yg paling baik, korang bertemu dengan org yg jauh dari Allah dan ajak mereka kepada Allah…bukan setakat ziarah hari raya nak makan kuih..setahun sekali!..huh! (kata kat aku sendiri!!!)
Untuk program ziarah dalam shurga ni Ustaz A ada bagitahu aku pada 8 tahun yang lalu…:

(siapa ustaz A? rujuk post “kiamat sudah dekat”)


Pada setiap Hari Sabtu-ahli shurga kena Pergi ziarah shurga ibu paba atau penjaga korang…korang tanya sempat ke nak ziarah dalam masa satu hari? Apa pulak tak sempat..paling minimapun satu hari dalam shurga dah 1000 tahun…bergantung pada amalan masing-masing……

Hari Ahad-Pergi ziarah shurga anak-anak korang.(kalu takde anak?..alahai, mak bapak koranglah akan datang ziarah korang, bukankah korang anak mereka..lainlah korang anak buluh betung(tak lawak)
Hari Isnin-Pergi ziarah shurga tok guru, ustaz atau sape sajer yg pernah ajar korang ilmu ugama…(assalamualaikum ustaz!!),,err..aku bukan ustaz..oh..


Hari Selasa-Pergi ziarah shurga anak murid korang, atau siapa sajer yg korang pernah ajar ilmu ugama…(itulah pasal Nabi suruh sampaikan walaupun satu ayat)
Hari rabu-Pergi ziarah nabi kita Muhammad s.aw.(bayangkan betapa luasnya shurga Nabi? shurga Abu bakar r.a pun patah sayap malaikat jibrail terbang tapi baru sekadar halamannya..oh..hebatnya Allah

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Hari Khamis-Nabi akan ziarah shurga setiap ummatnya..jadi pada hari ni duduk-duduklah dalam shurga menunggu kedatangan Nabi besar Muhammad saw yg kita kasihi.
Hari Jummat: Inilah kemuncak nikmat dalam shurga iaitu ziarah Allah..dan dapat menatap wajah Allah..apabila melihat wajah Allah..maka akan lupa segala nikmat yg lain..malahan nikmat menatap wajah Allah adalah jauh lebih nikmat daripada bersetubuh dengan bidadari…kemudian, wanita-wanita yg menjaga aurat dengan sempurna..maka Allah sendiri akan ziarah mereka..oh..!


Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Korang Tanya pulak:
“Bagaimana jika org yg kita nak ziarah itu berada di neraka?”
Aku yg jahil lagi hina ini berkata, kalau salah tolong betulkan:
Terdapat sesetengah riwayat mengatakan bahawa ahli shurga akan melawat ahli neraka di neraka itu sendiri..dan pada hari itu..api neraka menjadi sejuk…

sehingga terdapat perbualan seperti:
“eh kenapa ustaz kat sini?”
“aku tak amal apa yg aku tahu(kata ustaz)”oh…
Aku juga mohon berlindung kepada Allah daripada ilmu tanpa amal..sedang aku memarahi korang yg tak pergi solat berjemaah..aku sendiri meninggalkan solat tahajjud..!!!


Seorang alim pernah menangis dengan berkata:
sehingga ke hari ini, aku masih tidak pernah solat hingga bengkak kaki seperti Nabi Muhammad s.a.w ..oh…(kepada Allah tempat mengadu..)


Berbalik bercerita tentang nikmat shurga..
Pernah korang dengar ustaz cakap org yg telah berkahwin telah mendapat sedikit nikmat shurga? tentu korang terbayang nikmat shurga itu adalah bersetubuh, bersenggama, bercekerama, berasmarada dan macam-macam lagilah!! he he he..betul jugak tu, tapi ada lagi nikmat yg biasanya org kahwin dapat yg mana, nikmat itu adalah sama dengan nikmat dalam shurga…

biar aku cerita…
untuk pengetahuan korang nikmat shurga ini terbahagi kepada tiga tahap..,
pertama cuba korang bayangkan ketika korang duduk-duduk kat rumah dan korang pulak sudah berkahwin, satu hari hujan turun pada waktu petang dengan lebatnya..korang pun kelaparan..lalu order kat isteri tersayang keropok goreng dan air teh tarik…perghh, meleleh air liur beb!
Bestnya ada isteri yg baik…lalu sebagai isteri yg solehah, apa yg korang order dah tentu dapat punya…jadi..sekiranya apa yg korang order itu dapat..itu adalah nikmat untuk ahli shurga yg terbawah!!! Kerana setiap permintaan ahli shurga akan di tunaikan..tapi setiap permintaan itu perlu di lafazkan…,

Begitulah di ibaratkan kehidupan dalam shurga yg terbawah, yg mana,korang kena order pada malaikat apa yg korang nak…macam Nabi sulaiman a.s yg kena order Jin dan binatang untuk melaksanakan satu-satu projek..


Hari ni mana2 raja pun kena keluarkan perintah baru rakyat buat..itu pun bukannya siap serta merta..dalam shurga apa yg korang order akan dapat serta merta…bayangkan jika Nabi sulaiman order kat Jin untuk alihkan istana Balqis, boleh sampai sekelip mata..apatah lagi dalam shurga!!
huh, hari ini mana ada kerajaan/raja yg mana bila dia order bukannya dapat serta merta, nak buat jambatan bengkokpun tak siap-siap!!


Donald Trupm, Bill gates dan sape sejer yg jutawan,,kalau order bukannya siap serta merta dan bila dah siap kelak, ada pulak yg tak puas hati sana sini..itulah hakikat kehidupan dunia yg korang banggakan…bermakna Kerajaan yg sehebat Nabi sulaiman a.s/Zurkanain a.s/Firaun /Namrud/Qarun dan lain-lain sedikitpun tidak dapat ,menandingi kehebatan kerajaan seorang ahli shurga terbawah…malahan shurga yg paling kecilpun luasnya adalah sepuluh kali ganda dunia..!


Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Perkara nikmat Kedua yg aku nak cerita tentang nikmat shurga yg korang dapat kat dunia ni lagi terutamanya kepada mereka yg dah kahwin..err..masih dalam situasi yg sama..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan..korang baru niat nak makan keropok goreng dan teh tarik..tiba2 isteri korang dah terpancul depan korang dengan membawa keropok dan air teh’ tarik,,

Best betulllah isteri korang tu,,isteri korang begitu memahami korang, dia tahu apa kesukaan korang, dia tahu bagaimana nak puaskan nafsu korang…..

wah-wah-wah,,bestnya kahwin!!


Ha! Itulah nikmat pertengahan dalam shurga, yg mana korang just niat nak makan apa..Allah terus hantar makanan sama dengan apa yg korang fikirkan, tak payah cakap dengan mulut, just niat!!..hebatnya Allah!!!

Hari ni tiada satu kerjaan pun yang mampu dapatkan sesuatu just dengan Niat..ha ha ha!
Pernah aku dengar cerita..dalam shurga pertengahan ini, ketika seorang ahli shurga melihat sepasang burung sedang terbang, maka timbullah niat di hati nak makan daging burung panggang…maka dengan serta merta burung itu datang padanya lalu bertukar menjadi daging burung panggang..

“pling”


Kemudian pasangannya lagi satu just hinggap pada satu pokok lalu memerhatikan pasangannya di makan oleh ahli shurga.

Selesai makan, si ahli shurga ini mencampakan tulang2 terakhir, maka dengan serta merta tulang itu bertukar menjadi burung kembali dan kembali kepada pasangannya…
lalu burung yg dimakan ini bertanya kepada pasangannya,:

“Apakah parasaan sayang, bila melihat kanda di makan oleh ahli shurga..?

pasangan burung itu menjawab..:
“saya begitu lazat sekali melihat kekanda di makan oleh ahli shurga lebih daripada nikmatnya kita bersetubuh”(lebih kurang maksud)!!!..oh..Dahsyat..burung yg lihat ahli shurga makan pun dapat rasa nikmat yg lebih dari bersetubuh!! Apatah lagi pemakan danging burung itu sendiri?
Cuba bayangkan dia punya nikmat..oh..hebatnya Allah.


Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Ok. , aku puji isteri2 yg hebat..yg dapat memuaskan nafsu suaminya tanpa perlu di ajar…atau, sebaik sahaja suaminya niat nak makan makanan tu, belum sempat suaminya order kira macam ada deria ke enam ler ni kot..dah siapkan makanan tu.


Betullah org kata, bahawa, kahwin ni hidup macam dalam shurga..he he he…
Dan nikmat yg terbesar dalam hidup adalah di nikmat di taati…
Siapa yg nak jadi bos..kalau pekerjanya tak taat?
Siapa yg nak jadi raja..kalau rakyatnya tak taat?
Siapa yg nak jadi jurulatih bola..kalau pemainnya tak taat?
Siapa yg nak jadi suami..kalau isterinya tak taat?
Dan wanita solehah adalah nikmat terbesar dalam hidup di dunia!!!
Wanita..hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..yang akan membahagiakan…(sambung sendiri lagu ni)
Tambahan:
Setiap manusia nak kekal muda, sentisa sihat dan harta pulak nak semakin bertambah..tapi hakikatnya..dalam dunia ini..lama2 pun korang duduk kat Malaysia, korang akan menjadi org tua yg sakit..walaupun anak korang semua doktor, menantu terdiri daripada pawang dan dukun, kedai farmasi kat depan rumah, belakang ada hospital..namun akhirnya korang tetap akan jadi mayat.
Kat hospital, aku tengok ada ramai doktor pakar, ada banyak alat-alat canggih, ada nurse yg tunggu pesakit, tapi hari2 ada org yg jadi mayat kat hospital….ada bilik mayat tu..

Doktor pakar jawab..oh.. dia mati sebab dia sakit tua..huh, doktorpun akan jadi mayat…tapi dalam shurga adalah kehidupan yg kekal muda, sentisa sihat dan harta semakin bertambah..korang boleh terbang macam superman…pernah bila di ceritakan kepada budak2 bahawa dalam shurga boleh mintak apa sahaja, seorang budak bertanya: boleh tak nak mintak basikal?


Oh..Nikmat mana lagi yg aku dustakan?


Kesimpulannya..walau camne bestpun korang bayangkan nikmat shurga tetap tak sama dgn nikmat shurga yg sebenarnya dan hakikatnya tidak pernah dapat di bayangkan oleh sesiapapun!!! dan bila korang pergi melancong, tak kiralah pulau kapas ke, air terjun sekayu ke, korang lihat sikit punya cantik ciptaan Allah..tapi di sebalik kecantikkan itu Allah nak bagitahu bahawa di shurga jauh lebih cantik berkali-kali ganda, di nisbahkan kecantikkan itu seperti setitik air dengan laut yg luas!!!


Nikmat mana lagi yg aku dustakan?


Eh?!lupa pulak nak cerita nikmat satu lagi dalam shurga..Jeng-jeng-jeng..ni aku nak ceritakan nikmat tertinggi yg ahli shurga dapat..korang bayangkan sama seperti tadi, ..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan, tapi tak tahu nak makan apa..
Tiba2 isteri korang bawa keropok goreng dan air teh tarik…alangkah surprisenya,,sebab, korang tak mintak dan tak niatpun!!


Namun, inilah sebenarnya apa yg korang nak!!!!
Korang dah tak payah fikir nak order apa, apa sahaja yg isteri korang hidangkan, memang itulah yg korang mahu..!!
Wah wah wah..bertuahnya korang dapat bini lagu tu…begitulah yg berlaku di shurga yg tertinggi, yg mana ahli shurga itu tidak perlu lagi order atau niat nak apa-apa, belum sempat buat apa2 tiba-tiba dah datang apa yg kita mahu!!!

Belum sempat rindu..org tu dah datang depan mata..tiba2 datang makanan yg memang kita nak makan!!!oh..hebatnya Allah, tak mustahil langsung kerana Allah yg cipta kita dan dia Maha tahu apa kehendak kita…

Korang pernah buat kawan korang atau awek/bini korang atau anak korang gembira bukan? Ya, korang buat surprise, dia tak mintak pun benda tu, tiba2 korang bagi, yg penting benda itu memang dia mahu!!..dia terkejut,.,dia tidak menjangka langsung..lalu mereka menangis terharu..
Begitulah hebatnya layanan Allah dalam shurga yg tertinggi ini yg mana korang akan terkejut dan terharu dan menangis kegembiraan..apabila Allah memberi sebelum sempat korang meminta…niat, malahan belum sempat berfikir..!!!

Alangkah terharunya korang..hinggakan korang akan sujud pada Allah menangis dan berkata:

Nikmat mana lagi yg aku dudstakan..?

Lalu Allah berfirman..angkatlah kepalamu..di sini tiada ibadat lagi..berseronoklah..(amalan yg kena buat, hanyalah ziarah menzirahi,,)Oh..

Jadi kepada yg bujang dah berapa kali aku pesan, kahwin cepat-cepat..boleh rasa sedikit nikmat shurga!!!he he he..
Namun ada jugak yg berkahwin tapi mendapat azab macam neraka..order air tapi di hidangkan buah ‘zakum’…!!!oh..!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------

 Kata Aku ,
 
Aku share benda ni bukan nak tunjuk baek, bukan nak tunjuk alim.. Cuma nak kita sama-sama taw betapa indahnya syurga tu dan betapa pemurah dan kayanya Allah. Aku bukan alim dah banyak dosa-dosa yang aku buat tanpa aku sendiri sedaq..Tapi nak jadi Alim, baek dan solehah tu mesti impian setiap manusia..Walaupun hati kita terdetik keinsafan kadang-kadang tapi atas sebab akal pikiran seronok buat jahat kadang hati kita selalu lupa..Rasa macam kita masih sempat nak bertaubat, rasa macam kita bakal hidup selamanya walaupun sebenaqnya mati tu bila-bila masa ja..

Dan sesungguhnya dalam hati terasa nak ja jadi ketua bidadari buat bakal suami..heheh tapi aku takda laki lagi na..haha Bila terpikiaq tadi memang rasa jeles kalau bidadari-bidadari syurga tu goda laki kita..haha(-/////-) tapi tu cuma perasaan kat dunia..Dia tulis dalam syurga nanti dah takda perasaan cemburu hasad dengki sakit hati segala tu..semua hidup dgn aman damai gembira dan bahagia..hehe Lagipun kita yang terpaling cantek sekali kat mata laki kita dak? Di make over selama 500 tahun.. subhanallah cantek camna la gamaknya..tak tercapai pikiran aku yang sekankang kera ni..Tapi layakkah aku? Layakkah?? Layakkah?? lanyak kah..ngehngeh 
 
For my future husband, aku harap bila kita dah sama-sama jalani kehidupan rumahtangga bimbing la aku ke jalan yang lurus..jagalah aku sebaiknya..Mungkin untuk aku ubah kejahilan aku dengan sendirinya aku selalu gagal harap kita saling bimbing membimbing..itu pun kalauuuuuuu..jodoh aku ada di dunia ni..heheh apa kes tiba-tiba jiwang lak ni..haha sory-sory..tapi brutal apa aku cakap ngan bakal laki aku camni..tak jiwang kan? kan? kan..hahahha Dushh!! (-//////-) tak payah nak bakal suami bakal imam sangat la kalau syurga kat telapak kaki tu pon tak mampu nak jaga..okay, sangat terasa dengan ayat ni..haha dah. tutup kes. 

Ok.sampai sini dulu.bacalah tak rugi..assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

0
MAK JEMAH

Entry Melepas Rindu

Greeting Text
Hye blogger(s) .. 
 
Muahahah lamanya tak update entry baru. Nak cakap tak da masa nampak sangat muhong.. Masa aku banyak terluang dan dihabiskan begitu sahaja..haha bukan tak da niat nak update tapi sebabnya seperti biasa, aku dah takda cerita nak diceritakan kat hampa!! haha Ni pon just for short entry maybe..ah short sangat kan?? kalau jadi long kira halal la noh..hahah
 
Ni ialah entry MELEPAS RINDU ..haha Harap ada la yang sudi baca lagi blog aku setelah semakin lama semakin ditinggalkan..hehe Sebenarnya, hmm aku nak bagitau kerinduan aku kat seseorang yang satu ketika dulu pernah rapat dengan aku..Tapi, sejak dia dah berboyfriend beberapa bulan lalu nampaknya..aku dah pon dia lupakan..sobss :'( pinjam sapu tangan lap hingus.. 
 
Kesedihan aku ni bukan la tahap kritikal sangat..rindu pon macam angin lalu ja..takda sampai terbawak dalam mimpi..haha terok sangat tu..kadang-kadang rasa rindu tu mai..kadang-kadang hilang dalam kegembiraan..kehkeh gembira bersama insan tersayang katako..hahaha Sat! satgi hampa kata aku minat kat pompuan sama pompuan pulak! NO no!! kita bukan begitu ya.. Cuma bagi aku..tak patut bagi seorang kawan yang satu masa dulu pernah rapat, berkongsi kisah sedih dan gembira ditinggalkan macam kita tak pernah wujud pon dalam hidup dia..aku cakap camtu sebab aku bila dah rapat sangat ngan sesorang kawan tu, aku sayang untuk nak akhiri hubungan persahabatan tu..
 
"Orang kalau dah jumpa orang yang penting dalam hidup dia
mesti orang yang pernah buat dia senyum, ketawa satu masa dulu makin hari makin dia lupakan..kan..kan~"
 
Aku pernah update status ni kat facebook..Dan status ni takda kena mengena pon pasal cintan cintun, dan ex-ex dulu..haha status ni cuma untuk seorang sahabat..seorang sahabat yang melupakan sahabat..Mungkin aku yang dok ingat dia lupa kat aku..padahai dia ingat ja kat aku..Ntah..(=''=) Tapi, kalau dia ingat mesti dah lama dia contact aku macam dulu-dulu..ye dOp? Banyak kali aku try call semua nombor-nombor dia..Tapi semuanya da tak diguna lagi..Yalah orang dah ada boyfriend mesti la nak privacy..orang dulu pernah single skandal ramai maa..haha sekali dah ada bf mesti la taknak ada gangguan and salah paham..kena la tukar nombor.. :) Dia tak bagi pon nombor baru nyer pun kat aku.. k xpa la :( hahah buat tacing pulak.
 
Tak po lah..sebagai kawan aku cuma harap dia happy and bahagia selalu..Kita walaupun dah ada boyfriend jangan lupakan kawan..sebab boyfriend tu boleh ditukar ganti..yang nak bertukar ganti laa..haha tapi kawan tu untuk selamanya taw..nanti sedih kena tinggal ngan boyfriend kawan jugak yang di cari..jangan macam tu ya kawan-kawan..Hehe tengok short entry da jadi long entry daa..k sampai sini dulu..nanti ada kerajinan aku hapdet lagi.. take care :)

Assalamualaikum..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

6
MAK JEMAH

Percubaan KETIGA!

Greeting Text
Hye reader(s) sayang..mangket-mangket oii sembahyang subuh! wahahha 
Ekceli ini adalah percubaan kali ketiga aku menerai sejeneh makanan yang satu ketika dulu pernah melalui zaman gilang gemilang beliau..sekarang ni dah tak berapa sangat..kot..~ -..-
 
Tiga kali menerai akhirnya, setelah lama membuat research *jadah hapa ayat dan mengugel resepi merata-riti percubaan kali ketiga akhirnya menjadi..yeah~! Ladies and gentleman please clap your hand for me :D Kali pertama buat memang rezeki ayam kat umah aku la hari tu..maen renjis-renjis dipilis kat tanah..bukan niat dihati untuk membazir tapi..tapi..memang takkan ada sapa makan..haha baek bagi ayam-ayam mak aku makan dak..kali kedua buat memang jadi..tapi rasanya..rasanya..lahai..sungguh mendukacitakan dengan kerasnya..kalau baling kat dinding buleh lantun kena dai balik Oo..hahah Akhirnya, kali ketiga..alhamdulillah..lincin diserbu oleh semua makhluk dalam rumah ni..

Chop, lupa nak habaq benda pa yang aku beriya-iya cerita tu kan..ia sejeneh kuah..pala otak ang kibod..kuah pulak..kueh~ malu nak gitau yang kita kan sebenaqnya dah pandai buat apam polkadat yang cute miut gebu dan tak keras gitu~ =.= hah apa-apa ja la senah. Tapi kita ikot kat resepi tu dia buat stoberi jadi kita pun lukes la stoberi..tak lukes dotdot pongg..
 
Letak dalam acuan lompang okay, kalau tak nanti lembek papercup tu.. *cecey macam chef ..kahkah
 Letak inti sekaya sebab takda jem stoberi kedai kat kampung =.=
Part ni paling best...lukes..Omey dak~ haha
Sebelum tuh kita nak kongsi resepi dia dulu taw..sejak bila pulak aku ber'kita' dalam belog ni.

RESEPI APAM STOBERI
 Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder & soda bikarbonat - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1 sudu besar esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna kuning - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 
Dan setelah 15minit bukak periuk pengukuih..inilah hasilnya..agak comot..tangan ketaq time nak 
lukeh..nanti kita buat lagi nOo..haha

Hat tak berapa nak comey tu bukan apa camera henset ni tak berapa nak canggih..hahaha abaikan, abaikan..So, bakal mak mentua kita dah pandai buat apam polkadot *sambil angkat kening . Bila nak masuk minang nih..wakakak :D Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿