.
6
MAK JEMAH

Percubaan KETIGA!

Greeting Text
Hye reader(s) sayang..mangket-mangket oii sembahyang subuh! wahahha 
Ekceli ini adalah percubaan kali ketiga aku menerai sejeneh makanan yang satu ketika dulu pernah melalui zaman gilang gemilang beliau..sekarang ni dah tak berapa sangat..kot..~ -..-
 
Tiga kali menerai akhirnya, setelah lama membuat research *jadah hapa ayat dan mengugel resepi merata-riti percubaan kali ketiga akhirnya menjadi..yeah~! Ladies and gentleman please clap your hand for me :D Kali pertama buat memang rezeki ayam kat umah aku la hari tu..maen renjis-renjis dipilis kat tanah..bukan niat dihati untuk membazir tapi..tapi..memang takkan ada sapa makan..haha baek bagi ayam-ayam mak aku makan dak..kali kedua buat memang jadi..tapi rasanya..rasanya..lahai..sungguh mendukacitakan dengan kerasnya..kalau baling kat dinding buleh lantun kena dai balik Oo..hahah Akhirnya, kali ketiga..alhamdulillah..lincin diserbu oleh semua makhluk dalam rumah ni..

Chop, lupa nak habaq benda pa yang aku beriya-iya cerita tu kan..ia sejeneh kuah..pala otak ang kibod..kuah pulak..kueh~ malu nak gitau yang kita kan sebenaqnya dah pandai buat apam polkadat yang cute miut gebu dan tak keras gitu~ =.= hah apa-apa ja la senah. Tapi kita ikot kat resepi tu dia buat stoberi jadi kita pun lukes la stoberi..tak lukes dotdot pongg..
 
Letak dalam acuan lompang okay, kalau tak nanti lembek papercup tu.. *cecey macam chef ..kahkah
 Letak inti sekaya sebab takda jem stoberi kedai kat kampung =.=
Part ni paling best...lukes..Omey dak~ haha
Sebelum tuh kita nak kongsi resepi dia dulu taw..sejak bila pulak aku ber'kita' dalam belog ni.

RESEPI APAM STOBERI
 Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder & soda bikarbonat - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1 sudu besar esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna kuning - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 
Dan setelah 15minit bukak periuk pengukuih..inilah hasilnya..agak comot..tangan ketaq time nak 
lukeh..nanti kita buat lagi nOo..haha

Hat tak berapa nak comey tu bukan apa camera henset ni tak berapa nak canggih..hahaha abaikan, abaikan..So, bakal mak mentua kita dah pandai buat apam polkadot *sambil angkat kening . Bila nak masuk minang nih..wakakak :D Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

5
MAK JEMAH

Setia Hujung Nyawa

Greeting Text
 
SERIUS! AKU DAH JATUH CINTA! untuk kali pertama pada tahun 2013.. Ini seriussss *gelek-gelek macam wonderpets..ahaha sakai sangat aih.

Sebenarnya jatuh cinta pada sebuah drama melayu..jangan misunderstanding pulak noh..Seryes drama tu dah buat aku tersengeh sorang-sorang tiap kali tengok..padahai baru dua hari aku layan..hahah sebabnya aku bukan jenis yang suka tengok tibi time maghrib-maghrib. Siang pon sama lah..agak kureng aku melayan tibi..Time aku layan pukul 10 malam sampai pukul 1 or 2 pagi cenggitu..haha :D Aku suka tengok tibi sorang-sorang tanpa ada gangguan. Gangguan maksud aku tak payah nak rebut-rebut remote control ngan anak-anak buah aku..kalot sangat nak tengok muscleman la, kampung boy la, monster kids segala..senang cita semua rancangan yang ada kat astro ceria depa nak tengok..huh =.=


Okay ni dah nak cerita pasai rebut remote control ka pasai drama tibi ni ntah..Drama tu kan..kan..alahainyerpun suwit muwit laa..geram aku yang tengok ni pon..sampai tersengeh-sengeh tergelak-gelak, ter'blusher-blusher' keseorangan..hahah SETIA HUJUNG NYAWA. Yang sebenaqnya diadaptasi dari sebuah novel. Ni nak kena pi cari sebuah novel ni..tokleh jadi memang dah dok gila bayang ja nih..
 
Even baru dua hari aku melayan drama tuh, hati aku dah melekat dengan jalan cerita dia..Aku tak taw nak habaq sweet lagu mana..sweet sungguh oii..habeh ayat ni..sememangnya, kalau hampa tengok pon hampa mesti tersengeh sorang-sorang..rasa tak sabo pulak nak kawen..bhahahah cerita tu aku tak berapa taw permulaan dia sebab aku tengok dah episod keberapa ntah..
This is hero and heroin for that drama. Hamboi jah speaking ang..haha bila lagi kan? Suko lah tengok hero dia tuh. Dulu rambut dia kan ala-ala awan nano gitu..kerinting =.= dalam drama ni dah smart berambut pendek, dah hengsengg..Heroin dia pulak lahai comel ja..suka mengacau laki dia..laki dia pulak kuat cemburu sampai nak tergelak aku tengok..cemburu benda tak masuk akai..tengok la sendiri tak larat aku nak taep panjang-panjang..bukan tibi tiga bayaq gaji kat aku pon dok promote cerita channel depa-,-
Wink! sedaih lagi..hehe entah apa nama betoi dua-dua orang pelakon ni pon ntah..Okay, tengok la kat slot akasia tibi tiga pukul 7 sampai 8 malam. Setia hujung nyawa hari isnin-jumaat kot ? Entah aku pon bantai ja..hahah

Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Yeah~ Tahun baru =.=''

Greeting Text
 Selamat pagi..Jom sarapan..haha perot dah kenyang buleh hapdet belog dengan senang..haish..haha telioq dak Oii?? memang itu motif aku..huahua

 Wink! Wink! (^_<) Dashboard penoh dengan tajuk entry "Happy New Year 2013" Berrr what a boring.. -_- Eceh..sebenaqnya aku pon nak cakap SELAMAT TAHUN BARU..bhahaha Entry first bagi tahun 2013..Terasa pantas masa berlalu..Dengan di penuhi cerita suka duka perjalanan hidup masing-masing..Tudia ayat..

Bila dah tahun baru semua dok sebok azam nu la azam ni la..Bagoih ada azam..Tapi jangan taw cakap ja, taw tuleh kat pesbuk ja azam bejela-jela, tick kat wishlist, tuwit-tuwit azam kat twiter buat dak usaha pon dak..tak ka bangang namanya..haha aku macam biasa tiap tahun xpenah ada azam..boring okay bukak-bukak pesbuk si minah update "Azam tahun ni kitew..blabla.." anak lebai kassim pulak update "Azam tahun 2013 aku nak..blabla.." huh boring =_= Sekali makngah senah update "Eh sukahati la pesbuk dia, dia nak update apa pong..azam mazam bagai tak kacau hang pon kan? jeles? p mati.." kahkah.. Okay finee -_- gangster jugak makngah senah nih.

Tapi kan seryes cakap..rasa cepat sungguh masa berlalu..Tiba-tiba teringat, bila semesta dah kian menghampiri kehancurannya masa jugak terasa makin singkat..insaf..Yalah bumi makin berusia..cuma manusia yang xsedaq-sedaq..Sedaq tapi kadang-kadang buat tak tau..aku pon seropa jugak..hUuu~ Kadang-kadang lupa..kadang-kadang alpa..Maaf Ya Allah..Moga sentiasa ditunjukkan kami jalan yang lurus dan benar..amin.

Dan..dan..umoq jugak makin meningkat..Selamat berdua puluh tiga hari..eh tahun la ngok..hahah 23TAHUN..ngee tuleh hurup beso teruih..haha bangga okay 23tahun..=_=" baru semalam rasa macam tengah berlari keanak-anakan tak pakai baju main layang-layang kat depan rumah..haish tu masa darjah tiga..Kalau umoq 23 ni tak mampu dah nak buat macamtu..maw kena baling parang terbang ngan mak aku..hahah tak pun tong gas terbang..mak aku gangster. Tak sangka dah 23tahun..buleh menikah dah..hakhakhak *gelak lapaq laki..kahkah~abaikan..hudoh perangai.. :p Moga tahun ni saya dapat kerja yang menjamin masa depan..*azam ka ni?? ahahaha abaikan pleaseee~ :D ini adalah doa.

Wajah 23 tahun..mata tengah tengok cicak berasmara ataih siling -,- abaikan lubang hidong tu..itu adalah anugerah paling terindah .

Okay, lastly aku nak cakap semoga tahun baru ni lebih baik dari sebelum ni..Tunaikan azam dan impian hampa dengan penuh kesabaran. Semoga berjaya. Semoga bahagia. Doakan jugak kejayaan dan kebahagiaan aku..Dan untuk busuk saya yang sorang, setahun sudah perkenalan kita..terima kasih sentiasa ada untuk saya..i always leb you..heee~..hahah hegeh sikit takpa kot noh..tak luak pon ayaq lioq hampa kalau baca..kahkah assalamualaikum..

# Terimakasih pengomen tegar saya En.Boni kacak dan Adek Bolat comeyy..maaf sebab kadang-kadang tak sempat nak menjengok belog anda berdua..thanks alot..taw..taw..selamat tahun baru :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿