.
6
MAK JEMAH

GEMERLAPAN 97

Greeting Text

Hai..Selamat pagi.. Jam tepat menunjukkan pukul 2.30 a.m. Camni la aku, kadang tidoq kadang berinsomnia sepuasnya..Tunggu masa nak jalan ja kalau hari-hari camni..haha Btw, lama tak update blog.. Rindu dop? Rindu la.. Rindu la.. hihi meregeh! :p Bagi sepakan penalti haa taw la.. Maklum la sekarang ni aku dah tak sebulu lagi dengan entry blog. Dah malas nak menaip dan memikiaq. Tapi aku tetap sayang blog aku seperti biasa, seperti waktu dahulu, seperti sayang yang tiada penyudahnya..~ Ehh? tetiba .. =.='' Opkos la aku sayang..kat sini la tempat aku luahkan segalanya, gelak tawa, ayaq mata, ayaq hinguih, jatuh bangun..semuanya aku kongsi tapi takla terover sangat..Yaka?? argh! tutup muka dengan tudung saji..hahah  Adakala tak semua orang taw isi hati kita, tak semua orang kita boleh ceritakan apa yang kita rasa..dan tak semua orang sudi mendengar dan berkongsi bersama kita..baik kita luahkan di sini saja..ya dak? Lepaih tu satu dunia la taw bila kita dah update..wakakak tapi don't worry blog aku ni takda reader pon..yang masih setia ada la sorang dua..haha biasala bila zaman kegemilangan dah habeh..Bila masanya ntah blog aku dok gemilang bagai =.=" Ok panjang dak?? ni baru intro..semangat~semangat!! lama tak update..hahah

Flashback aku saat zaman kegelapan dulu. Tapi bukan zaman kegelapan di Eropah ya macam dalam buku sejarah nuh..Hehe dalam Malaysia saja sekitar taon 90-an. Masa tu tak silap aku masih bersekolah rendah di tahap satu..tahap satu mean darjah satu sampai tiga. Aku dah tak ingat umoq aku berapa. Tapi time tu ada cerita yang tengah meletup-letup Oo kat wayang. Sekitar umoq aku macam tu la aku tergila-gila kat kumpulan A to Z sebab selalu dengaq lagu "Itik gembo-gembo" kat radio yang kakak aku selalu pasang time memasak sebagai modal makanan tu lebih sedap mungkin kalau kalau masak sambil dengaq radio =.=' Kadang kalau tiba-tiba main ja lagu best-best yang depa minat kat radio celapak lompat ambik pen ngan kertas salin..tulisan macam cacing kerawet pulun nak kejaq lirik penyanyi nuh..hahah Betol..aku penah menyaksikan kegiatan tak bermoral depa semua tu..hahah Besala zaman dulu..kalau nak dapat lirik lagu yang betol pon cuma kat kertas kaset-kaset yang dibeli ja dak pun dalam majalah hiburan..Zaman sekarang senang ja GOOGLE mesti ada punya la blog-blog yang rajin menulis lirik lagu nih, gosip-gosip artis segala..memang tak payah dah habeh duit beli majalah.. 
 
Lagi satu kak aku yang dua orang tuh suka sangat tempek poster artis besaq-besaq dalam bilik..sampai penoh bilik depa aku habaq..Sangat nostalgia bilik tu..time tu rumah aku masih banglo dua tingkat. Tapi banglo jenis zaman dulu la..atas papan bawah batu..hahahah sekarang semua dah jadi sebatu ja..haha bilik tu pon dah tak wujud lagi.. serius aku suka rumah aku yang dulu dari sekarang..aku rindu semua suasana tu..hmm..rumah yang sungguh bercirikan kekampungan..bukak tingkap atas rumah ja boleh tengok pemandangan reban itik..tengok pokok buah moktan sedang masak merah, tengok mak aku tengah sidai baju kat bawah..Tingkap pulak bukan yang jeneh sekerat di pinggang tapi sampai ke kaki dengan semua ukiran kemelayuannya..boleh la aku juntaikan kaki aku yang masa ketika tu masih kecik comey dan gebu ke bawah rumah melalui celah-celah palang tingkap..hahah Ah rindu amat..sobs..sobs.. :'( Sudahlah, kalau aku nak cerita bab rumah aku yang dulu memang takkan tertulis kat sini..
 
Pada zaman 90-an tersebut inilah kumpulan A to Z.. Trend rambut masa tu memang belah tengah..haha Habeh comey lani..Mana ada lagi mohawk segala.. Kalau pakai rambut palsu pon semua yang jeneh keras kejung ja..Takda lagi pesen sanggul siput sedut, sarang tebuan, rebonding ala rejoice..Yang tengah tu dah meninggal tahun 2008, Fendi nama dia. Yang Kiri Lan. Yang kanan Jeff. Jeff ni abang Shaheizy sam kalau tak silap aku..Tapi Fendi ni masok sat ja kumpulan A to Z..aku pon belum sempat kenai muka dia masa tu..lepaih tu diganti dengan Chap..Masa diganti dengan Chap tu baru la aku kenai A to Z..Masa ni masih minat lagi dengan A to Z sehinggalah aku dah masuk darjah lima ka enam ntah baru layan westlife..minat gila kot westlife masa tuh..hahah A to Z memang tenggelam habis la lam kepala otak aku kira jadi memori ja la..tak mampu tandingan geng mat saleh nuh..hahah
 
Baru perasan, banyak pulak aku bercerita..hahah =.=" sebenarnya aku nak bagitau pasai cerita yang tengah meletup kat wayang time tu "GEMERLAPAN" . Budak yang umoq seangkatan dengan aku mesti penah tengok kan? Cerita ni banyak penyanyi-penyanyi yang femes zaman tuh berlakon. Tapi zaman tu  takda lagi CD player kat rumah aku..guna video tape ja..video pulak abah aku pinjam kat pekan dekat dengan tempat tinggal aku . Kedai tuh memang aku selalu ikot abah aku pi..sebab aku tertarik sangat tengok akuarium ikan dia..ada macam-macam dalam akuarium tuh..landskap dia kira menarik perhatian la bagi budak-budak macam aku..Yang bestnya kedai tuh nak beli pon boleh..nak pinjam pon boleh..tapi kalau rosak ka apa terpaksa dibayar la..Tapi lani kedai tu pon dah tak wujud lagi..hehe Abah aku time tu suka sangat pinjam video..sebab rumah aku cuma ada video player time tu..heheh Sampaila satu hari abah aku pinjam  "Gemerlapan 97" hati aku terus tertarik dengan cerita tuh..sampai sehari doplohpat jam la aku melayan, aku ulang-ulang..sampai orang lain takleh nak tengok cerita lain kat tibi..hahah time aku pi sekolah ja baru la aman tibi rumah aku..hahahah
 
Cerita dia cuma pasal budak IPT yang mengisahkan cintan-cintun, persahabatan, permusuhan. Tambah pulak Lan A to Z hero tuh..haha time tuh tengah minat A to Z memang aku keja ulang cerita ni ja la..Dalam cerita ni lagu best-best..siap ada dangdut uhh..hahah Heroin dia penyanyi dangdut..ngehngeh -__- Tapi yang paling aku suka time tu lagu "Nicky & Rozy" masa memula nak start cerita ni. Best lagu nih macam lagu indie pon ada..Tidak tak taw pon sapa yang nyanyi lagu "Nicky & Rozy" ni.. Dah besaq godang camni baru la taw rupanya arwah Bob Kuman yang nyanyi lagu nih..Masa tu arwah masih aktif bersama kumpulan KU2..Lagi satu aku suka sangat lagu yang Lan nyanyi dalam cerita ni.."Dulu dan selamanya"..memang melentok la kalau dengaq time nak lena..hahahah
 
Dulu dan Selamanya
 
 Best dak? kihkih :D
 Aku boleh teringat cerita ni balik pon pasai tetiba nampak video lagu ni yang di suggest masa tengah layan utube..Sejak beli brodband baru ni laju pulak line nak nengok utube tapi setakat layan lagu boleh la..hahah tengok tajuk "Dulu dan selamanya" macam penah dengaq..Bila play ja pergh hati berbunga-bunga..sejujurnya memang aku dah lupa pon pasal cerita ni sebab dah lama sangat kan.. Kalau la cerita ni ada tayang kat tibi aku lah orang pertama yang akan tercongok tekangkang depan tibi..betapa tak senonohnya..janji impian termakbul..haha Ada ja kat utube kalau aku nak tengok lagi..tapi tak kuaso la den nak nunggu lamo-lamo tersekat-sekat video..buat aku panaih hati ja..silap-silap laptop ni arwah terus..kan aku dah cakap utube setakat layan lagu boleh la kalau guna brodband ni..heheh Kalau nak tengok pandai-pandai la hampa cari sendiri atau download kat mana-mana..hahah
 
Okay, sampai sini dulu..entry pukol 2.30 tapi pukol 8.00 baru siap..haha biasa la sat tuleh sat benti camni la..nak tidoqqqq....ngantok..bye! assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

Daisypath Anniversary tickers