.
0
MAK JEMAH

The Return

Greeting Text
Assalamualaikum..waalaikumssalam.. Apa khabar semua.. Aku tanya apa khabar~~ceh..haha Rasanya setahun lebih aku menyepi.. Takdan nak kutip followers and readers bebanyak pun..haha aku dah tinggalkan blog aku yg kiut miut ni sampai bersawang. The reason why is..cewah speaking london..haha aku dah tak online guna lappy sebab lappy ada problem nak connect internet. The second reason aku asyik doploh patjam dengan gadget smartphone la konon. haha tapi smartphone yg aku umpamakan biar ada asal mampu. ngehngeh. 
Ditambah pulak sekarang banyak apps games segala boleh hilangkan bosan..memang blog aku langsung tak pernah dipedulikan. Plus aku private blog kan. Rasa macam malas pulak nak bagi orang baca. Dulu kan tak berapa malu. Habeh semua benda aku tulis. haha bila tengok balik.. Ya Allah haii pasaipa la aku tulis benda macamni. Haha ciss
Aku rasa dah ramai jugak yg tinggalkan dunia blog ni. Maklumlah sekarang ada wechat, wasap, insta macam macam segala laman sosial yg bersepah dekat playstore. Nak buka facebook or twitter pon tak payah susah susah macam dulu dah. Dulu haa besaq gedabak  usung lappy sana sini..kena pi cc. Jaoh lak tu dari rumah. Sanggup redah panaih litlit semata mata nk update status facebook. haha Tapi lani semua nya berada di tepi bantai. Pelan data yang murah murah lani pulak banyak kan. Tunggu nak langgan ja. Tu baru la betoi apa yg dikatakan dihujung jari anda. haha
Tiba tiba harini aku rasa rindu pulak nak menulis entry. Macam dulu dulu
 Buang masa. bukan ada keja. haha sebab tu aku try hapdet kot kot ada yg nk baca. kehkeh.. selamat tahun baru 2015 buat semua. Dah sebulan dah wei berlalu.. haha permulaan tahun ni aku dapat sakit sampai habeh duit ribu ribuan jugak mak abah aku. kena pi check up sana check up sini. Alhamdulillah sekarang keadaan aku bertambah baik.Allah beri kita sakit sebab nak bagi kita ingat pada Dia..pesan kak aku. Jadi aku terima. Sekurangnya terampun dosa kecil dengan rasa sakit yg Dia beri. Aku bersyukur. dan dugaan tu buat aku lebih ingat pada Allah dan buat aku lebih sayang pada diri aku
Dan buat aku lebih taw sebenaqnya ramai yg sayang dan pedulikan aku..terutamanya mak abah aku yg banyak sangat berkorban. Terima kasih mak abah.
Okay rasanya setakat ni dulu. Kalau aku rasa teringin nak update nanti teringin nak menulis nak cerita tentang sesuatu aku akan update lagi. Lama tak update kan rasa nak belanja gambaq selfie satu. haha dah pandai tau lani. Dulu 'selfie' pun tak taw natang pa nokk. haha tau ambik gambaq ja. okay ,
Tadaa!


Bye .

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Rindu .

Greeting Text
 
 
RINDU..Satu perkataan yang selalu ada dalam hati.. Tapi jarang diucap.. Bila tiba rindu itu terlalu kuat yang diharapkan adalah balasan.. bukan dengan sentuhan.. tapi sedikit perasaan dan pengertian.. 
 
Kadang-kadang rindu itu membahagiakan..Tersenyum sendiri. Kadang penuh kesakitan. Walau ditahan pasti mengalir air mata dalam diam.
 
 Kita bahagia andainya orang yang kita rindu bersungguh merasai rindu yang sama. Kita marah, kecewa andai dia tak pernah tahu dan peduli terbuku rasa rindu ini.. Begitu juga dengan rindu ini..seandainya ada yang mengerti.. :)
 
Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

3
MAK JEMAH

Wajah Seiras! JODOH KITA?? :O

Greeting Text
 
 
Hai blogger(s) Sebenarnya, banyak kali aku terbaca status kat facebook tentang "Wajah seiras ada jodoh" Aku sure sekarang ni ramai antara makwe-makwe dan pakwe-pakwe tengah check muka boyfriend atau gulpreng hampa dalam gambaq beliau kan bila aku buat kenyataan macam ni? haha Mesti nak compare ngan muka hampa..kot kalau ada some part yang sama dengan marka atau parka hampa..kehkeh

Aku tak taw la dari mana wujudnya kenyataan macam ni bila wajah seiras ada jodoh.. Mungkin kata orang tua dulu-dulu.. Atau ada tertulis dalam al-Quran atau hadis-hadis? Ada tak? Aku dah mengoogle tapi tak da pon aku terjumpa. Mungkin tak da. Mungkin hanya buah mulut orang saja. Mohon pencerahan kalau sapa yang taw mengenai hadis yang ada berkaitan dengan wajah seiras ni kalau ada . Mungkin dari segi air muka, bahagian-bahagian tertentu pada wajah, perwatakan, gaya dan cara tidoq mungkin. Itukah yang dikatakan seiras?? Bila pakwe tidoq berdengkoq makwe kat rumah pon turut berdengkoq time tidoq.. haha Seiras la tu serasi bersama. Ni maw kata kawen betoi ni nyamok pon tak berani dekat dah macam bunyi dalam kandang krokkrok dah laki bini pakat lawan bedengkoq..hahaha amboi..

Tapi bukan nak menafikan pulak, aku tengok ramai di antara kawan-kawan aku yang dah kawen wajah suami atau isteri dia tu nak sama. Let say kawan aku tu gigi depan dia arnab laki dia pon sama, gigi arnab okay. Walaupun aku tak sempat pi kenduri kawen dia tapi gambaq kat FB dah membuktikan segalanya. Memang ramai jugak yang aku tengok sama. Sungguh! kadang-kadang kat mata, kadang-kadang tang bentuk muka..Aku memang suka belek gambaq kawen orang..sweet ja tengok kalau yang depa belakon macam gambaq candid-candid tu kan? Padahai dah di arah photographer =,= Tengok gambaq orang ja la diri sendiri tak mampu lagi berbuat demikian..Kira untung la depa kan..Dapat jodoh yang wajah seiras.Awat la aku asyik typo dok 'seiris-seiris' dari tadi..haha cilakak tak larat nak backspace.

Aku rasa ramai dah yang rasa was-was bila disogokkan dengan wajah seiras ada jodoh disebabkan muka dia dan pasangan langsung takda persamaan. Dah habeh kelebek dah tetap jugak tak jumpa persamaan tersebut..Mula la risau kot kalau hubungan yang terjalin tiba-tiba terputus. Ya la bercinta bagai nak rak sekali baca statement camni terus rasa down. Riso kemain.. heh heh. Betoi dak? Baek mengaku. Tak baik nipu di bulan posa. Haha. 
 
Sebenarnya, yakinla JODOH ITU RAHSIA ALLAH. Kita bukanla tuhan nak menentukan siapa jodoh orang tu orang ni. Sebagai contoh, mak dan abah aku tak sama pon muka depa tapi dah berpuluh tahun tetap kekal bahagia. Alhamdulillah. Hehe. Walaupun orang tu cacat anggota dapat jodoh dengan orang yang sempurna siapa kita untuk menafikan sebab semuanya telah Allah takdirkan sejak kita lahir lagi. Bukan disebabkan muka sama ada jodoh. Terdetik jugak dalam hati aku disebabkan wanita tu pemilik tulang rusuk pasangan dia mungkin ada keseirasan wajah depa. Haha pandai-pandai pulak kan aku. Dah-dah satgi kata aku terlebih bijak pulak menentukan takdir dan jodoh orang. Cakap tak berasaskan ilmu gini la. Jangan percaya pulak taw. heheh Allah dah ciptakan kita berpasangan..Mulanya Adam diciptakan dan kemudiannya Hawa pulak dari tulang rusuk kiri Adam .. Jadi sudah pasti hambaNya  akan hidup berpasangan apabila sudah bertemu jodoh masing-masing..Cuma belum pasti jodoh kita ada di dunia atau di alam sana.. :)

Pernah satu ketika dulu, aku kenai dengan sorang pakcik ni. Masa tu aku dalam sekolah menengah lagi. Aku kenai pon dalam satu laman sosial kat henpon ja. Jadi umoq dia dalam 20-an gitu la nak dekat-dekat 30 dah..aku pon dengan sopannya menggelarkan diri beliau sebagai pakcik untuk menunjukkan rasa hormat aku.. haha phuih! Dia pernah tunjuk gambaq ex girl dia kat aku sebijik muka haa sama. Macam adik beradik. Tapi apakan daya berkawan tujuh tahun lastly, perempuan tu bertunang dengan orang lain. See, muka seiras tak semestinya ada jodoh. Kadang-kadang semua ni hanya kebetulan saja. Ada orang wajah tak seiras jodoh kekal berpanjangan hidup bahagia sampai anak cucu. Ada yang seiras langsung takda jodoh. Dan ada jugak yang seiras dah macam kembaq jodoh berpanjangan sampai akhir hayat.. Untung.

Apa yang aku dok nampak sekarang laki ataupun perempuan yang ada wajah ada rupa sikit semestinya nak pilih pasangan yang sama level dengan dia. Faham kan? hehe itukah yang dikatakan seiras, serasi, serupa? Nak sama cantek sama padanla dengan rupa dia. Yang tak lawa tak hensem tolak jaoh-jaoh. Takda apa yang nak diherankan pon bila orang lani lebih memilih paras rupa bila nak buat calon pasangan hidup. Bagi aku, aku tak kesah wajah yang seiras ngan aku atau dak. Yang penting dia boleh sayang, setia, terima diri aku dan keluarga, membimbing, melindungi, ada agama dah cukup. Biaqla muka tak sama pon nanti dapat anak takda la muka satu pesyen ja kan?? Haha aicehh..kalau sama ja dari mak, bapak sampai anak sama ja takda yang lain pon..boring. Haha tiba-tiba lak kan.

Sebenarnya, wajah bukanla jaminan kebahagiaan. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita yang tak kawen-kawen lagi ni dapat pasangan yang baek. Jangan percaya benda ni kalau dalam hadith pon tak da tertulis boleh lari akidah nanti.Kalau dapat jodoh muka yang serupa kira bonus la kurniaan Allah kepada kita. Apapun, jodoh tetap rahsia Allah. Sebab cuma dia yang taw apa yang terbaek buat kita. Kita cuma berdoa dan berusaha mencorakkan hubungan rumah tangga agar sentiasa bahagia. Tu kalau cakap macam orang dah menikah 12 taon! haha

Sampai setakat ni dulu. Penat dah menaip. haha terlampau aktif ber'entry pulak kebelakangan ni.. hehe Assalamualaikum :)

* I want grow old with someone I love .. :p

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

Daisypath Anniversary tickers