2
MAK JEMAH
Tingtong! ada orang tak? haha Tolong scroll sampai ke bawah..Tengok Daisypath. Fuyoo dah setaon aku berbelog. Dalam angan dan sedar.. Hoho tetiba ==" setaon dah berlalu macam-macam aku kongsi dalam belog ni. Kesah cinta jiwang meleleh tu tolong lepas baca abaikan..bhahaha~ guwa bukanla jiwang sangat. Guwa ganas gak..kah2! siap buleh karate anak-anak buah guwa..haiyah2x!! Last guwa yang terpeleot. Tapi harini guwa bukan nak buat entry jiwang sakan harini guwa nak kongsi resepi bergedil first try guwa buat sendiri.Tetiba lak kan nak ber"guwa". Okay, aku sebenaqnya pakai hentam ja buat bergedil tu. Ada la setaon lepas aku tengok kat rancangan masak memasak chef wan dia ajaq buat bergedil..amboii ang jah kemain lagi kan..haha Jadi stok ingatan aku ingat-ingat lupa ja lah segala resepi tu..Berbekalkan memory kepala otak aku yang kurang GB dia ni aku try buat resepi tu sesuka hati aku..So, bacalah bahan-bahan yang aku sediakan. Bahan-bahan: 1. Kentang. (kupas kulit rebus dan hancurkan) Aku guna 3biji ja sbb sikit ja aku buat hehe 2. Ayam 3ketul. (ambik bahagian isi saja taw. segala lemak, kulit, tulang buang nah, nak lagi elok ambik tang bahagian dada tu.) Ayam ni kena cincang. Hampa larat cincang, cincang la. aku bland terus ja senang..harharhar sebelom bland potong kecik-kecik dulu..guna blander yang kering. 3. Bawang goreng. agak dalam segenggam..haha 4. 2 tangkai daun sup dan daun bawang. Di mayang haluih-haluih. 5. Bawang putih empat ulas dicincang 5. Garam, lada sulah, serbuk perasa dan sos tiram. satu sudu kecil semua bahan ni. 6. Tepung jangung satu sudu besar. 7. Telur 1biji 8 Tepung gandum satu cawan.
Cara membuat: 1. Gaulkan semua bahan tadi dalam satu bekas kecuali telur dan tepung gandum. 2. Bentukkan bulat-bulat adunan tadi pastu leperkan. 3. Celup dalam telur yang dah dipukul then campak dalam tepung gandum..haha ratakan kat semua bahagian. 4. Goreng bergedil dalam minyak yang panas dan api yang slow sampai la garing dan kekuning-kuningan. Angkat dan toskan sedia untuk di "Ngap!" haha Cewah! gila punya ayat buleh keluaq buku resepi wOo.. haha
Selalu orang buat bergedil kecik-kecik comey-comey ja.. Aku hentam besaq gedabak. Haha punyala malas. Tapi rasa dia sedap! ngee~ macam nugget ayam marina pon ada --" awak nak tengok x? wahaha~ meh kita tunjuk. Tapi sikit ja taw. Kita malu nak tunjuk banyak-banyak. Pffftttt~Eh gedik gila. Penyepak jugak sat lagi.
Tengok ke bawah.. V v V v
Jerr~ haha :p apa ni? ni bukan aku buat ni gugel ja. wahaha tengok macam sedap ja benda ni..ahaha
Besaq gedabak kan? ==" haha okay la dua untuk aku dua untuk adek aku.. haha sampai lincin makan.. okay, itu sahaja..babye. nanti aku merapu lagi. assalamualaikom~
✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿
MAK JEMAH
2 50Juta Kali:
bleh ko pos utk aku? teringin. aha
yala. nnt spesel delivery utk ang k. :) waakakka
Post a Comment