.
11
MAK JEMAH

Hargai Mereka Selagi Ada ♥

Greeting Text 

Lumrah manusia, tak pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Manusia hanya tahu meminta-minta, tapi tak semua manusia tahu menghargai apa yang dimiliki. Mudahnya seorang manusia menuntut yang bukan haknya, tapi bila dah menjadi hak, mudah juga manusia sia-siakan saja. Apa yang ada di depan mata, tak pernah ditilik dengan sempurna. Yang jauh nun di sana sanggup pula diteropong untuk dikejar.

Bila kamu terasa tidak dihargai, fikirkan sejenak, adakah kamu tahu menghargai dan pernah menghargai? Dunia ini penuh dengan karma. Kamu akan terkena. Adakala kamu jatuh tersungkur, di saat kamu jatuh baru kamu sedar kamu juga pernah menjatuhkan insan lain sepertimana kejamnya kamu hari ini dijatuhkan.
 
Hargailah apa yang kamu miliki. Adakala kita mengharap sesuatu yang sempurna, tapi mana mungkin ada yang sempurna. Semua pasti ada cacat cela. Semua manusia pernah ada dosa. Terimalah apa yang DIA anugerahkan untuk kamu dengan setulusnya. Jangan bertanya kenapa aku tak pernah dapat yang terbaik, tapi tanya diri kamu adakah kamu sudah jadi yang terbaik?
 
Syukuri apa yang kamu miliki.. Kamu harus tahu menghargai.  Berpuas hatilah dengan segala yang ada. Jangan ditangisi andai yang di depan mata itu dibawa pergi. Jangan kecewa andai di depan mata itu ditarik kembali. Jangan menyesal andai yang di depan mata itu tiada lagi. Saat kamu mampu melihat dia di depan kamu lagi, hargainya sebaik mungkin. Bila dia bukan milik kamu lagi, kamu tak berhak untuk mendapatkannya kembali. Percaya lah, menyesal seumur hidup pun takkan membawa dia datang pada kamu semula.

Hargai ibubapa kamu selagi mereka masih hidup, selagi kamu masih mampu mengucup tangan mereka memohon ampun. Syukuri anugerah Allah, kerana kamu punya ibubapa seperti mereka dalam hidup kamu. Detik tapak kaki kamu sebesar dua jari, hingga sehebat ini kamu, merekalah yang sentiasa di depan mata kamu. Jangan tunggu hingga Allah mengambil mereka dari kamu, saat itu baru kamu sedar yang di depan mata itu, tak pernah kamu syukuri dan hargai.Jangan di tanya kenapa orang tua kamu tidak sehebat, sekaya, setampan, atau secantik ibubapa orang lain.. Kerana bukan itu ukuran kebahagiaan dan kasih sayang mereka terhadap kamu.. Sebaliknya berfikirlah tentang pengorbanan mereka yang pahit jerih membesarkan kamu. Itu sebenarnya sesuatu yang tiada tandingannya.

 
Hargai saudara-saudara kamu. Abang, kakak, adik, mereka darah daging kamu. AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS. Sehebat mana bergolak tali arus kasih, takkan ia terputus dilanda ombak.Di depan mata kamu, mereka membesar bersama-sama kamu. Makan seperiuk, tinggal serumah, seibu sebapa. Mana mungkin wujud erti KELUARGA tanpa mereka? Cintai saudara-saudara kamu. Jangan menyesal saat saudara-saudara kamu tiada lagi di depan mata, disisi kamu atas nama keluarga.
 Hargai sahabat-sahabatmu saat mereka disisi kamu. Merekalah yang mewarnai hidup kamu, mereka juga mencorak diri kamu. Mereka tempat kamu berkongsi, mereka tempat kamu tumpang menangis, ketawa, bahagia, suka dan duka. Mengapa perlu kamu lupa pada mereka di saat kamu tinggi kedudukannya?  Sahabat tetap sahabat selamanya. Biar bertambah sahabat kamu, namun jangan pernah terkurang walau satu. Jauh atau dekat lama atau baru hargailah sahabat kamu sehingga akhir hayat..
Hargai pasangan kamu selagi mereka ada bersama kamu. Jangan dikejar yang cantik rupawan tapi hitam hatinya, jangan dicari macho tampan tapi curang hatinya. Biarlah yang bersamamu itu sedang-sedang saja, biarlah dia kerdil di mata manusia luar sana, asalkan dia hebat di mata kamu. Jangan terlalu taksub mengejar yang lebih sempurna sesekali ingatlah pengorbanan yang pernah dia lakukan untuk kamu.. Saat kamu kehilangannya, baru kamu akan sedar di mana kelebihannya. Jangan sampai kamu rasa begitu.
 Bukalah matamu seluas-luasnya, lihatlah dan sedarlah apa yang telah kamu miliki. Hargai setiap satu yang ada. Sayangi segala di depan mata kamu, ucapkan syukur atas setiap yang kamu miliki. Kerana apa yang kamu miliki adalah sezarah kecil yang Allah kongsi bersama kamu, sesungguhnya DIA lah yang memiliki segala-galanya dengan hakiki. Jangan hanya tahu menjadi manusia yang ada hati tapi tak tahu menilai dan ada mata tapi tak tahu melihat..
Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

15
MAK JEMAH

Menangis Itu Seni = ="

Greeting Text
Setitik, dua titik dan tiga titik air mataku laju membasahi pipi, dah bercorak-corak pipi aku umpama bunga raya kembang tak jadi..pergh! ayat..haha patot la mata aku asyik menggedik ja minggu ni..dah kujangka dah kuduga memang nak menangeh..kadang-kadang buleh pakai jugak kata-kata kawan aku, dia kata kalau mata asyik bergerak xbenti-benti tak lambat la tu nak menangeh..Hah u'r so cleaver edisi malaysia my friend *tepuk-tepuk bahu sendiri.

Tapi apa kejadahnya ayaq mata aku keluaq takda punca..what the hammer of this situation?? Kemaruk sangat dah la tu nak menangeh..Tetiba baca cerita sedih nak menangeh, tengok cerita sedih sikit nak menangeh, baca entry sedih nak menangeh, online fb nak menangeh..apani?...aku sangat tak paham..kalau tak keluaq ayaq mata ni rasa macam tak puas hidop aku..haatudiaa~

Adakah sebab aku semakin nak menghampiri monopous..haha kbai.Takda kena mengena~ Yeah jiwa aku sangat sensitif kebelakangan ni..sikit-sikit nak terasa..ish geramm3x!! *sambil ketuk dinding..bhahaha tapi terasa sorang-sorang, malas nak cakap kat orang depa bukan paham pon..ya dak? Tapi dah bercerita riuh rembang kat belog ni..hahaha ehh sukahati laa belog kiteww~haha phuiii satu dunia buleh taw melainkan orang yang menggunakan bahasa uganda, jepun, jamaica dan petersburg..tetiba =="

Dikala ini, dan di saat ini aku menulis entry sambil gelak dan menangeh..hahaha

*cepat-cepat sorok minyak cekapak bawah ketiak..wakaka (=..=)
.........................
.................
........

Haha assalamualaikum..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

8
MAK JEMAH

Mesin dan Basuh

Greeting Text
 Hello April and hye reader (s) Petang yang sangat kebuntuan..puas aku repair washing machine sebab tempat spin dia tak berfungsi -__- aku dah terajang-terajang dah dua tiga puluh daih, aku dah hentak-hentak dengan tong gas, aku dah tujah-tujah dengan penyodok sampah, aku dah basuh siap tonyoh dengan ajax fabuloso perisa apple hijau *dapatkan di pasaran terdekat.. apa kurangnya lagi kasih sayang aku kat dia  tataw..bukan nak makin baek, aku tengok makin jijik ada laa..ah malas basuh baju ceni..mencik!-..-
 
Ni kalau cakap kat mak aku mesti dia kata
"Hampa ni susah lagu ni sikit dah tamaw buat..mak dulu-dulu angkut kain baju p sungai tonyoh guna tangan 4 5 kilomita bejalan p balik tiap-tiap hari tak penah merungut pun..hang toksah mengada..p basuh lekaih..p basuh lekaih, sat lagi aku tonyoh muka kot dinding dok wad sebulan makan guna straw kot.."

Mesti dan saheh dia akan cakap camni..Naseb la mak aku takda kat rumah untuk minggu ni..ngeh3~
Lepastu aku p cakap kat abah aku suruh repair.. 
abah aku ni pemikiran dia maju sikit ke depan..hahah

Dia cakap nak beli lain..tiba-tiba setengah jam kemudian aku dengaq bunyi "kedegang! Kedegang! Tung tang tung tang!" dekat bilik ayaq..

 haha saja taw abah ni.. dia dah repair dah~ (=_=")
 Sekian, cerita mesin basuh saya..assalamualaikum..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿