.
16
MAK JEMAH

Saya Anti Budak Seryes U_U

Greeting Text 
Why is everybody so serious? ta suke la ta suke..mencik ! Haha sila muntah hijau..gedik camni maw dok penerajang ja laju-laju..haha

 Why not dalam diri kita ada sikap sense of humor..bagi aku, aku susah la nak ngam dengan orang yang seryes namati ni..bosannn~ Zzzzz (-..-) tolongla jangan seryes dengan aku..semua tu boleh buat aku rasa sesak napas..help me! tolong! i need oxygen, inheler plezz.. ahh ngarot -.- dan aku jugak mudah tertarik dengan orang yang ada sense of humor..kehkeh..kalau muka hensem tapi lansung tak reti melawak, gelak pon seminggu sekali argh buleh gila aku..rasa dah tak bermakna hidop aku..haha tapi, bukan tak boleh seryes langsung..ada time seryes kita seryes laa..contohnya time bergadoh pasal dia tolong pasang tong gas kat rumah janda sebelah, time bertumbok, time main tikam-tikam ngan pisau..silalah seryes dengan situasi yang macamni..

Walaupun aku pemalu.. Jangan cuba nak menafikan aku memang pemalu pada hakikat sebenaq, tapi aku reti jugak nak berlawak..Susah la nak tengok aku seryes..time marah ja kot tak pon merajok..hahah kalau merajok pon tak retinya aku nak merajok lama-lama kalau pasal hal remeh-remeh..agak tak sampai 10 minit ok balik..itu merajok mengada namanya..hahah abaikan =.= Aku paling bengang kalau benda camni terjadi kat aku..
 
SITUASI 1 :

klik gambar untuk tumbesaran 

Ni dulu laa..sekarang aku dah tak online window i.m..haha pasai pa? pikiaq la sendiri..setia itu penting..haha Aku lebih rela tak ditegoq orang camni kat FB..haha buleh saket jiwa aku..kalau nak berkwan apa salahnya tuleh panjang-panjang sikit..dah tu toksah la seryes sangat sampai orang buat lawak pon tak reti nak gelak..ok maybe tak lawak agaknya -__- meluat. kbai.

SITUASI 2 :
 klik gambar untuk tumbesaran

Ni lagi satu pesyen..kadang-kadang aku langsung tak paham dengan orang camni exspesely kawan-kawan aku masa sekolah dulu..kalau dekat luaq bercerita bukan main kalah internet bergerak..bila nak i.m kat FB macam malas ja nak layan aku..agaknya la kot kan depa malas nak layan aku..hahah sampai kadang-kadang rasa nak tegoq pon serba salah takot menganggu ketenteraman depa..haihh Aku dekat luaq ka dekat alam maya sama ja..aku xreti nak seryes sangat..hidup aku cuma taw
Gelak ja kejanya..haha sebab tu aku asyik lupa ja sampai kadang-kadang hari apa pon boleh blurr..orang kata gelak banyak sangat buleh jadi pelupa..Hehe Tapi berseronok berpada-pada la jangan sampai tak ingat dunia sampai tak jaga perasaan orang..Aku mintak maaf kot-kot kawan aku yang dok buat seryes tu terasa..kehkeh bukan niat nak mengutuk..tapi..ahhh sudah la..

maaf..maaf..apa motif tayang idong dia yang kembang tu pon ntah :3) haha..
Assalamualaikum..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

8
MAK JEMAH

Benda Simple Tapi Kita Selalu Lalai

Greeting Text
 Reader(s) hye malam ni nak share something..malas nak taip panjang-panjang dah..hehe nak bagitaw satu benda yang kadang-kadang kita tak taw ataupun lalai ataupun dah taw tapi saja-saja suka buat jugak..Benda ni kawan aku yang pesan masa aku sekolah dulu..

Penah dengaq tak bila orang terkejut atau melatah ka tengok benda yang tak kena pada pandangan mata depa orang tu sebut "La ilah budak betuah ni.." Haa aku selalu ja dengaq..Err sebenaqnya salah sebut macamtu..Apa salahnya kalau kita sebut penoh-penoh "La ilaha illallah" kan lagi sedap bunyi dia..maksud dia pun lengkap "Tiada Tuhan selain Allah" Kalau just sebut "La ilah.." maksud dia "Tiada tuhan.." sahaja.. Haa kan tak elok tu..happ! tamo-tamo tak baek taw camtu..kehkeh~ so, sama-sama la kita memperbaiki diri~ :)

Hehe entry pendek ja..yang penting hampa paham kan.. Assalamualaikum..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

11
MAK JEMAH

Semua Tu Tak Penting!

Greeting Text


Semua tu tak penting..abeh apa yang penting??
KERJASAMA!! haha tak tak~
 
Dulu , masa aku sekolah kadang-kadang aku tak faham macam mana pompan cantek boleh kapel dengan laki yang rupa dia tak seberapa..dan lagi aku tak faham bila laki yang hensem boleh terpikat dekat pompan yang kadang-kadang mulut jahat kita ni akan kata tak sepadan ngan dia la kekonon..kadang-kadang bagi pandangan mata kita, kita tengok someone tu takda apa pun yang spesel camana boleh depa terpikat..

Nak kata dulu, aku kalau nak berkapel nak pakwe yang hensem-hensem takda laa..aku tak kisah pun semua tu pasal aku bukan cantek..tapi heran yang aku dok dapat semua hensem ala model dulu siap mixed arabic lagi..wakakak kadang-kadang bangga jugak..hahah Tapi kadang-kadang aku takot depa tak boleh terima diri aku..hah biaq la dulu time budak-budak..tu orang cakap kalau rupa dah hensem mana reti setia dak? lama-lama bila dah depa bosan cari lain la.. orang HENSEM KATAKAN! --" Phuii ! aku salute laki hensem yang setia tapi awek dia tak cun mana..haa..ingat senang nak cari ?? Kalau laki tak hensem awek cun belambak dah selalu tengok..see, pompan tak memilih sangat..laki ja banyak songeh dia.. =.=

Bila dah besaq camni, baru aku faham setiap orang ada alasan tersendiri kenapa dia pilih orang tu dalam hidup dia..tak kesah la tak cantek, tak hensem, hitam, putih macam albino ka, gemok, pendek..tapi bukan rupa yang menentukan kebahagiaan..tapi sesuatu dalam diri orang tu yang susah nak cari dalam diri orang lain..kalau aku nak bagitau sebab aku pilih orang yang aku sayang sekarang memang tak tercakap aku..semua mai dengan sendiri, tak pernah aku paksa hati aku..haha

Sebab tu kadang-kadang aku nak marah jugak kalau kawan-kawan aku buat sesi ketupat tak jadi kutuk pakwe membe-membe yang tak hensem.."Wey hang tengok dah kan pakwe dia? macam apa ja..tak sepadan langsung..macamana dia buleh p tersangkut ngan budak tu"
Aku renyeh ja laa..dalam hati geram jugak..Laa sukahati dia laa..haihh..takkan nak suka someone sebab rupa jaa..tak paham aku dengan orang macamtu..Kalau setakat pilih nak yang hensem apa yang bakal dia dapat .. Orang muka hensem senang-senang ja dia cari lain . Anda bakal dicurangkan. Tambah yang tak hensem pon belambak dok curang.. Pompuan lagi ramai dari laki so pikiaq sikit..ngehngeh

Haa tetiba teringat masa satu malam tu aku tengok tibi dengan family pasal yang walimatulurus lisa surihani dengan yusry..mak aku dok bla bla beletiaq :: "Awat lisa ni dok p suka kat yusry?" "dah la tua" "anak dara pilih duda" hahah ni yang mak aku dok hingaq time tengok rancangan tuh..
aku dah panaih hati dah..Lantas aku bersuara :: "mak, dah jodoh dia..biaqla.." Dengan selamber aku bangun masuk bilik sambil buat muka tak bersalah..haha Mak aku senyap..haha :p maaf mak..

Sekarang, fahamkan alasan kita pilih sesorang cuma kita sorang yang taw..bukan sebab paras rupa, umoq, harta benda..kadang-kadang kita sendiri pon susah nak bagitaw dia apa alasan kita pilih dia..sebab cuma kita yang taw...macam tu la kata seseorang untuk saya..haha thanks cause make my day always perfect.. :)
 
Assalamualaikum..

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

10
MAK JEMAH

Resepi Karipap Turun Temurun Sejak Azali

Greeting Text
 Memandangkan aku dah semakin ketandusan idea nak update belog aku , dengan bangga dan tak kedekut ilmunya aku nak share resepi karipap yang diberi nama KARIPAP TURUN TEMURUN SEJAK AZALI..kehkeh Apa ? ingat aku tak reti masak..silap orang laa*riak..haha* silap-silap hampa pon aku buat masak tiga rasa --' heh abaikan..Resepi ni aku belajaq dari kakak aku..kira lani aku dah expert gila la bab mengkaripap ni*riak lagi* astagfirullahaladzim~ tak pecaya ? ok saya tak penah memaksa..sobss~

Cepat p amek kertas examination pad..kalau takda rembat la buku sekolah adek ang..tak pun conteng kat dinding..bukan dinding umah aku kan, umah hampa peduli apa aku..hahaha~haa pen jangan lupa..pensel 2B pon ok..nak lagi clear guna marker pen yang hampa curi kat sekolah taon lepas =.= ok sudah-sudah mengarot..aku taw hampa tak sabaq sampai dah meleleh ayaq lioq nak try resepi aku kan? maksod aku resepi kak aku~ ngeh2

Langkah pertama :
Bukak langkah seribu, p kedai runcit berhampiran  *haha ni tak termasuk dalam resepi ok
Bahan-bahan inti karipap turun temurun sejak azali :
1- kentang agak-agak 500g kot : potong dadu
2- daun sup 4 5 pokok camtu : potong agak boleh telan
3- daging cincang : sukahati la nak campak banyak mana. daging ayam pong boleh. Tapi jangan pandai2 terlebih eksaited letak sotong , kubis bunga, lidah lembu pulak boh..==" atau apa2 bahan yang xberkenaan.
4- serbuk kari daging 1 paket : yg harga 6kupang tu nahh..satg hentam beli yg besaq gedabak nuh plak..
5- cabai besaq @ cili merah : 2 biji
6- bawang besaq : 1 biji
7- Daun kari : 2 tangkai
Bahan untuk doh atau aku panggil kulit karipap.. heh kulit-.-' :
1- tepung gandum : 500g atau 1/2 kilo
2- minyak masak 2 senduk : hamboi main senduk-senduk plak..minyak tu bagi panas dulu taw..
3- cold water @ ayaq sejuk..haha ayaq ni aku tak taw berapa sukatan dia..agak-agak hampa uli tepung sambil letak ayaq sejuk sikit-sikit dah tak melekat kat tangan ok dah tu..
 Cara-cara *bukan kueh cara naa :
Inti :
1- panaskan minyak macam biasa..sambil tu hampa p blander cabai dengan bawang besaq tuh tadi..jangan lama-lama satlagi ralet rentung plak belanga nuh..haha
2- lepastu, dengan penoh ayu campak daun kari. 'bedeceyy!' bunyi dia~
3- masukan bahan yang dikisar sebentaq tadi bersama serbuk kari daging 1 paket..jangan lupa sedikit ayaq..tunggu sampai pecah minyak..sambil tu hampa buleh la p basuh pinggan yang ada kat sinki tu tak pon p tacap muka dengan bedak miyami dua tiga tempek..letih masak katakan bepeluh sampai bedak pon hilang..haha
4- dah pecah minyak masukkan ayaq agak dalam secawan..terus masukkan daging cincang dan jugak kentang..terus bubuh garam, gula, ajinamoto sesuka hati hampa..aku apa peduli..haha
5- lepas ayaq dah kering, kentang pon dah masak renjis-renjis dipilis daun sup yang hampa potong xsat ni..lepastu kacaw lagi, lagi, lagi..ok dah tutup api. Tadaaa! masak sudah :)) rasa dulu, sedap tak? opkos la kan..tengok la resepi sapa..kalau tak sedap tu kira salah hampa sendiri..haha
Doh :
1- masukkan tepung gandum yang 500g xsat ni dalam satu besen yang hampa rasa agak senang nak ganyang dia habis-habisan..
2- tuangkan minyak masak yang dah dipanaskan dalam tepung secara slow motion..ok dah? tunggu sejuk sat.
3- lepastu dengan penuh taksub hampa buat aksi meracau-racau minyak tu bagi rata kat tepung tadi
4- pelan-pelan letak ayaq sejuk sambil uli dengan penoh kasih sayang :) ganyang habis-habisan..sampai la doh tu nampak cantek and tak melekat kat tangan..
Lepastu hampa canai-canai la doh xsat ni bagi jadi lepiaq-lepiaq..letak dekat acuan karipap bubuh inti then klip..Yes ! dah jadi sebijik..bangga tak ? haha lepas dah siap semua tiba masa menggoreng..pastikan api xt'lalu kuat dan minyak jangan panas sangat..sat lagi karipap hampa jadi menggerutu macam katak puru pulak..haha ni petua kak aku taw..lepas dah lama sikit baru besaqkan api dan kacaw sampai la karipap tu masak..lepastu snap gambaq tayang dalam belog..hahah!
TADAAA DAA DAA!!!
V
V
V
V

Sila kempunan wahai sayang..haha

Eh, hampa paham tak apa yang aku dok beletiaq dari atas sampai bawah ni?  kalaw tak paham gugel translet ok..hahaha ok sekian rancangan setengah jam bersama chef wan tusom, assalamualaikum~

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

10
MAK JEMAH

WESTLIFE dan AKU

Greeting Text
 " I lay my love on you.. It's all i wanna do..
Everytime i breath i feel brand new..
You open up my heart..
Show me all your love and walk right through
As I lay my love on you.. "

Dulu-dulu lepas balik dari sekolah time darjah 5 macamtu dah hadap depan tibi dua..masa tu estro xwujud lagi kat rumah aku..tujuan aku cuma nak dengaq lagu ni.. "I lay my love on you" jangan bagitau aku hampa tak taw sapa yang nyanyi..aku sekeh sorang-sorang baru taw erti penyesalan..dulu aku punya gila kat lagu ni sampai hapal-hapal lagi..tapi part yang korus ja la..haha kalau nak hapal semua memang xtermampu aku..bahasa omputeh aku bukan terer..tu pun ada tunggang terbalik..mai dah besaq sikit baru aku dapat lirik yang betol..sadiss =..="

Dulu masa kecik aku x pandang retis lain laa..kawan aku sebok new boyz , tomok , boboy , umbrella , spoon , spring apa..aku tak.. WESTLIFE ja aku layan..haha time tu kalau tanya aku lagu jiwang leleh versi rock kapak haram aku xtaw..sampai sekarang kadang-kadang aku  tak taw tajok lagu melayu dulu-dulu time aku sekolah rendah..dah besaq godang macamni baru aku nak layan balik..haha Yang aku taw :
"ku ku ku kuderita..kau kau kau dah berubah.."
wakakakak budak laki dulu suka gila nyanyi lagu ni..ok kenangan semua tu~ haha

Dalam banyak-banyak lagu westlife " i lay my love on you " aku paling gila sekali..haha wehh best part korus..tak pecaya try dengaq laa..Dulu tengah makan nasi kat dapoq pon dengaq ja lagu ni kat tibi dua *time tu tibi dua ja rajin maen lagu omputeh* lari lintang pukang p depan tibi..pinggan nasi beselerak habeh..haha bukan setakat lagu ja aku suka, kat penyanyi-penyanyi dia pon aku meroyan..hahah comel semua..time tu westlife la group overseas yang paling top..ada jugak group lain Blue , Backstreet Boys , Maroon 5 , N'sync ..time tu Cody Simpson, Justin bibir tengah merengek-rengek mintak susu kat mak depa lagi..xwujud lagi depa dalam dunia hollywood..
 


Dulu masa aku memula kenal westlife aku minat gila kat Bryan..ahahah walaupun dia agak tembam tapi comey apa..aku suka tengok dia senyum and dagu berbelah dia :3 sampaikan aku tengok westlife dengan budak nama Sherina dalam vid.clip " I have a dream " tengok Bryan tengah bermesra-mesra dengan Sherina tu aku jeles okayy..Zzzzz~ macam parya kan you olls~ hahaha
 


 Ni sherina waktu dia duet lagu I have a dream dengan westlife..
Haa ni dulu~
Sekarang dia dah macamni ::
V
V
V
V

dah Cun kann?? *jeles* haha
 
Lepas dah lama-lama minat kat Bryan tak dapat respond apa pun dari dia..hahah LOL -_-" aku berubah hati jatuh cinta dengan Nicky..Lepas Nicky, Mark pulak..haha gila punya..walaupun dulu desas desus mengatakan bahawa Mark sebenaqnya gay.. :/ erk betol la kot kan ? Omputeh apa depa nak heran .. Shane dengan Kian tak berjaya mendapat tempat kat hati aku..walaupun sebenaqnya sora Shane yang paling sedap skali..kehkeh~hah budak-budak pantang nampak yang hensem..haha yang tu la dia nanak..

Dulu kita mana reti boyfriend-boyrriend..dah la pemalu..mana nak ada boyfriend..haha gila baru darjah 5 oii..kalau nak berangan pun dengan retis-retis ja..dah bajet gila berangan dengan westlife teruih..hahah bukan retis-retis malaysia naihh..haha :P

Walaupun sekarang westlife dah berpecah wat hal masing-masing..yang sorang sibuk siram pokok bunga, sorang mengasuh anak, sorang bisnesman, sorang wat partime kat pizzahut, sorang dah jadi angkasawan *ok saya tipu..hahah* tapi lagu-lagu depa seperti uptown girl, season in the sun , u light up my life , if tomorrow never comes, semua still tersimpan kukuh kat hati peminat-peminat westlife..
 


wah bryan! :3 ok layanlaa..I lay my love on you..
sobss sobss~ sedih tetiba..rindu zaman dulu :'(
assalamualaikum...

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2
MAK JEMAH

Pemain Perasaan anda HEBAT !

Greeting Text



Reader (s) haipp..harini izinkan saya berbicara dalam bahasa baku..sebab nak ambek feel..hehe tadi saya sempat menjenguk beberapa belog rakan saya..dan salah seorang kawan saya masa sekolah..bila baca setiap apa yang dia tulis saya taw dia tengah berperang dengan perasaan dia sendiri..saya sendiri rasa sebak bila cuba teruskan bacaan saya..memang kehilangan orang yang kita sayang sangat-sangat menyakitkan..saya taw, saya pernah rasa dan saya juga pernah lalui..bukan senang nak dapatkan kembali kekuatan dalam hidup kalau kita tak cuba sedaya upaya..nak2 bila kita dah stay lama dengan orang tu..ingat senang nak buang segala perasaan dan kenangan dengan awak semudah macam bukak kulit kacang! kalau awak ingat ya, memang waterpark!
 
Kadang2 saya tak faham, kenapa ada manusia yang cepat berubah hati..tak terfikirkah dia segala pengorbanan, kasih sayang dan kesetiaan orang tersebut untuk dia selama bersama..x boleh kah dia berfikir walau sikittt~ takda otakkah dia? ada tapi letak dekat kepala lutut buat apa?? memang bila bercinta kita tak pernah lari dari bercakap bohong, bosan, marah, merajuk, ego dan segala bagai lagi..tapi kalau orang yang betol2 menyayangi dia xkan pernah ambil pusing berkali-kali perkara tersebut dan jadi penyebab kurangnya kasih sayang dia terhadap orang yang dia sayang..mana ada orang bercinta everytime, everywhere gembira kan ? sekali sekala gaduh dua tiga bakul apa salahnya..baru la ada penguat kasih sayang tu orang kata..Hah~ apa yang saya tengah mengarut ni..
 
 Kan saya pernah cakap..kalau tak mampu menyayangi setulus hati buat apa disentuh perasaan cinta tu dari mula lagi..? Saya faham mungkin anda keliru masa tu..ataupun mungkin anda silap perkiraan..sangkaan anda, anda mampu menyayangi dia selagi hayat dikandung badan..tapi anda silap..sebab tu bila mula berkenalan jangan terus bercinta cuba berkawan dulu lama-lama..saya simpati dengan orang macamni..nak bercinta terburu-buru..nak putus tak nyempat-nyempat..elok masuk tanjung rambutan laa !

Yeah saya taw..setiap kali kita merancang, Allah juga merancang..dan perancangan Allah itu lebih baik..kawan, saya percaya dia sangat rugi kerana membuang kamu dari hidup dia..she is not deserved on your love..mungkin ada perancangan Allah yang lebih baik untuk kamu..dan saya juga sempat blogwalking ke blog 'EX' kamu..kata-kata dia sangat tak ikhlas..kekonon dia juga bersedih kerana kehilangan kamu, kekonon dia tak pernah melupakan kamu, dan kekonon menasihati kamu jangan membuka aib orang lain..Padahal dalam gambar siap berpeluk tangan dengan boyfriend baru , senyum tunjuk gigi macam iklan kodomo lion..jadah apa?? sedihkah dia macamtu? Hoii manusia aku tak faham lah..haa kan dah keluaq aku~ hang dok sedih celah mana..??

Siapa yang membuka aib siapa..?? saya tak rasa dia dah bukak aib anda..sedangkan kata-kata dia sangat ikhlas..walaupun kamu dah curang tapi jika kamu kembali pada dia, dia pasti akan terima kamu balik..KAMU YANG MEMBUKA AIB KAMU SENDIRI! tayang gambar macamtu kat public..ingat orang tak nampak dan tak boleh fikir sebenarnya kamu yang berubah hati..kamu berlagak tak kuat bila putus dengan dia, sedangkan kamu ada orang lain di samping kamu ? Apa yang tak kuatnya?? Tapi dia kena lalui sorang-sorang..sekarang, siapa yang lebih tak kuat ?? Anda atau dia..fikir laa..jangan nak tulis statement yang tak masuk akal, dan jangan salahkan orang lain kalau terang-terang salah anda.. :) dan untuk apa anda clash dengan dia, kalau anda benar-benar tak kuat kalau takda dia ?? Haihh~ sungguh aku tak paham..dia macamni kah? :
 
Tak kuat xda dia -> curang -> breakoff -> tulis entry jangan bukak aib org -> tayang pic ngan pakwe baru.. = Zzzzzzzzz -..- gila meroyan apa??

Ok maaflah saya jadi sangat beremosi kali ni..sampai saya ketagih nak baca entry member saya berulang kali..sebab saya rasa nak menangis sepuas hati! saya sangat benci orang yang mempunyai sifat pemain perasaan..kalau tak mampu jangan buat orang jatuh cinta dengan anda..dan jangan gedik-gedik nak ajak kapel atau terima dia sebagai kapel kamu..kalau alasan awak tinggal orang tu pasal dia malas sembahyang, xreti hormat orang tua, kaki betina, gila seks, panas baran..boleh diterima..tapi sebab anda sendiri yang curang..macam cilaka kan?? sampai kan saya baca entry anda..anda tak mampu nak terangkan apa sebab anda tinggalkan dia..sebab dia tak da salah dengan anda~ rite ? tapi macam dia cakap untuk anda, semoga anda bahagia sebab kebahagiaan dia bila anda bahagia..baeklah saya harap anda jugak akan bahagia..BUT, never  forget..karma do exists dear..harini kita mainkan hati orang mana taw nanti giliran kita dipermainkan..saya harap awak ingat balik apa yang pernah awak buat pada dia time tu~
 
Sebab tu kekadang saya takut untuk bercinta lagi..sebab saya takut nak lalui saat perpisahan..sebab tu saya pernah berjanji dalam diri saya dulu, kalau saya menyayangi sesorang untuk kali yang seterusnya saya takkan bagitaw dia..sebab saya takut nak berkasih sayang, bergelak gurau macam orang bercinta lepastu terpaksa terima hakikat kita dah kehilangan dia..Tapi saya bukan mampu nak jaga perasaan saya kat awak sorang-2..lastly, awak taw jugak..tapi awak taw sendiri ok saya xcakap pon kan^^ Saya harap Allah panjangkan perhubungan ini..sebab saya percaya pada awak..kalau awak bohong, siaplah..pisau pemotong daging menuggu.. ! takot tak ?? hahah i love u ~ sayang awak tahap kuasa 3~ :p
Assalamualaikum ..
 
" Kekadang kita tak sedar kita telah lukakan hati seseorang yang sememangnya istimewa , kerana kita terlalu gembira dengan orang lain, mengayam impian menyulam harapan bersama, tapi andai satu saat kena batang hidung sendiri baru tahu langit tu tinggi atau rendah..semua tak mustahil.. "


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿