.
2
MAK JEMAH

Andai Aku Tulang Rusukmu Yang Hilang

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu..

 assalamualaikum awk, awk taw? sy pemilik tulang rusuk awk :p walaupun saya xtaw siapa awk, nama awk, kat mana awk tinggal, awk kerja apa, umur awk, rupa awk, latar belakang awk, family awk dan kawan2 awk sesungguhnya sy sentiasa menanti awk dan berdoa agar dipertemukan dengan awk..Dalam masa yang terus berlalu saya terus menanti dengan sabar siapala awk kan? :) saya akan cuba memperbaiki diri agar menjadi suri yg terbaik buat awk.Sekalipun sy xpernah merasa jemu untuk terus menunggu awk..sy taw awk pon sedang cari sy kan? haha *perasan ja :P sy yakin awk pon sedang mempersiapkan diri untuk menjadi imam saya satu hari nanti.. satu hari nanti, andai awk terbaca, ketahuilah sy amat berbangga menjadi pemilik tulang rusuk awk kerana sy amat menyayangi awk seikhlas hati :)
"Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI akan mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat mereka menemukan wanita yang telah tercipta untuknya, tiada lagi dia merasakan sakit di hatinya…"



✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

Daisypath Anniversary tickers