.
4
MAK JEMAH

Perasaan Yang Sukar :')

Greeting Text
  Hai reader(s)..act, harini nak cakap aku dah tau tarikh mak and abah aku akan bertolak ke tanah suci. Pagi tadi aku and kakak temankan abah aku pi bank tabung haji sekali beli kek untuk hari lahir mak aku harini. Selamat hari lahir mak untuk yang ke 52 tahun. Semoga panjang umur dan murah rezeki serta sihat selalu. Maafkan segala salah silap orang selama ni. Entah la, dari mula aku dapat tau tarikh abah and mak aku akan bertolak sampaila sekarang ni, dalam hati aku rasa sebak..satu perasaan yang sangat sukar bagi aku. Nak bertentang mata dengan mak and abah aku pun rasa macam tak tertahan lagi ayaq mata ni..Even tengah tulis entry ni pun aku dah menitis ayaq mata..

Aku bayangkan macamana saat aku hantaq mak and abah pi airport nanti. Banyak yang aku nak cakap, tapi rasanya aku takkan mampu..sebab ayaq mata ni akan menghalang semuanya.Mesti aku kelu:') Aku cuma nak depa selamat pi dan selamat jugak kembali. Semoga Allah tolong jagakan mak abah di sana. Mak aku cakap "Mak wasiatkan untuk anak-anak mak sembahyang jangan tinggai dan baca yasin setiap malam selama mak abah di sana.." InsyaAllah mak. Lagi laa aku terasa sebak. Selama ni aku bukannya baik sangat, aku selalu tak dengaq kata, aku lalai aku terleka..Maaf abah mak, maaf sebab terpaksa buat mak dan abah tanggung semua tu..

Bukan aku tak bersyukur bila mak abah aku nak mengerjakan rukun Islam yang kelima tersebut, bersyukur sangat-sangat..tapi..selama ni celik-celik mata dah ada depa setiap masa setiap hari. Bila nak berpisah untuk masa yang agak lama yalah rasa tak sanggup. Mak and abah aku dapat panggilan haji yang pertama 19.09.2012 tak kurang dari sebulan ja.. Dan berlepas ke sana dari KLIA. Abah aku dah mintak Airport Bayan Lepas, Pulau Pinang tapi tak dapat. Dah kami semua kena hantaq sampai airport alor staq ja..Lepastu abah and mak turun KLIA lepastu terus ke Jeddah.. :'( Semoga semuanya selamat..dan dijangka balik sini awal bulan november.. Ya Allah..tolong jaga mereka di sana dan berikan mereka kekuatan serta kesihatan yang baik untuk beribadah dengan tenang..Amin. Saya sayang mak dan abah saya sampai ke syurga~ Assalamualaikum.


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4 50Juta Kali:

boni kacak said...

sabar.. jangan macam tu.. sepatutny awak kena tumpang happy bila dorang nak ke sana.. dah.jangan sedih2 lagi ye,.. sabar

Cik Fie said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin ♥

Follower Ke 2308 , Blue Pill . Jom Baca/Komen :)

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/follower-ke-2308-blue-pill.html

Hany Rara said...

En.boni: bukan sy xhepy tapi sedih bila kena terpisah lama :)

Hany Rara said...

Cik Fie: Selamat hari raya :)