Sebab tu dalam satu-satu relationship akan terjadi situasi 'awak tinggalkan saya'. Awak tu la, awak yang kurang menyayangi saya tu. Kerana apa puan-puan?? kerana ada situasi satu pihak yang lebih menyayangi berbanding yang seorang lagi. Selalunya, orang yang sayang lebih ni susah nak tinggal pasangan dia walau bergadoh, berperang, bertumbok camana sekali pun..macam aku..hahaha nak lagi nuh~ sebab tu bagi aku, lagi elok kalau lelaki tu lebih menyayangi..sebab laki, selalu berubah mengikut keadaan dan masa. Contohnya, bila dah dapat pi study or keja jauh sikit. Tinggal awek jauh-jauh mula la buat perangai macam paria. Ah! tak paham aku..-.- selalunya la kan..tak semua..kehkeh. satgi habis anak jantan sekalian marahkan saya..
Pompuan pulak, kalau dia dah sayang laki tu memang dia akan sayang..Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri dan kawan-kawan rapat aku. Selalu kami kaum hawa yang sering ditinggalkan. Jantan pesen tak reti bersyukur.. haha pompuan pon ada yang perangai serupa tapi bukan aku la kan.. hahaha semua nak elok dia ja. :p Kadang-kadang pompuan yang terlebih sayang ni dia susah nak give up. Dia selalu fikir apa yang dia buat tak cukup bagus. Sebab tu dia cuba luangkan lebih banyak masa untuk nak tunjukkan kasih sayang dia.Telefon selalu, siang malam mesej. Yang laki pulak rimas girlfriend asyik cari, dia mula rasa tak bebas..Lepas tu dia marah girlfriend dia, lepastu girlfriend dia merajuk, lepastu dia pujuk girlfriend dia, lepastu girlfriend dia cair, lepastu depa baik semula dan dia mula buat perangai endah tak endah balik..dan kitaran tu akan sentiasa berulang-ulang ya sampaila depa rasa bosan..Start tu relationship akan jadi lain..Susah bila ada satu pihak yang sangat menyayangi tapi satu pihak lagi tak endahkan perasaan orang yang dia sayang.
Kadang-kadang cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Sebab adalah nyawa cinta, tanpa sebab matilah cinta. Kalau kita cuba imbas mula-mula perkenalan kita mesti banyak yang berbeza..Yalah dulu semangat tengah berkobar-kobar nak kenal satu sama lain.. Bila dah lama mula la rasa jemu..aku tak suka keadaan ni :') Hanya orang yang kuat boleh kekal hingga akhir hayat sambil membela dan melayan kerenah anak cucu yang ramai.. ehh? (==") Assalamualaikum..
8 50Juta Kali:
hahahah.. statement jantan pesen tak bersyukur tu memang dasyat la.hakhakhakhak
hahaha bukan smua jantan ye en boni, ada sesetengah..hehe
perempuan pn sama kalau dah pegi stadi jauh2 sibuk nak pasang lain!hahaha
hehe tak tak! semua laki..hahah
salam singgah sini...
:D
add awak jugak :D
nice blog
@Afasz terima kasih awakkk!! <3
hahaha jiwang eh
haha otak besawang camni la, kena jiwang2..haha
Post a Comment