.
5
MAK JEMAH

The Spirit Of Raya!

Greeting Text
Hai reader(s). Lama kan saya menyepi. Rindu saya tak?? Angguk cepat!! haha -.- 
Biasala bulan ramadhan saya sibuk sikit..meniaga ayaq tebu kat bazar :) okay muhong macam paria..hehe :p tamaw marah taw..sebenarnya kepala hotak saya hampir 'bengong' nak memikirkan idea menghapdet, sebab tu la saya semakin sepi, lemau, dan lembik..Ehh? 
 
Pengakhiran ramadhan ni, aku sibuk membesaqkan badan..haha sebabnya time bulan posa ni ja hari-hari dapat makan sedap..haha lepas ni makan nasi laok ikan kering , teloq goreng pon bantai ja.. haha dan sedaq tak sedaq SAYA MAKIN GEMOK yang sememangnya dah gemok tapi makin gemok!! ok paham dak?? hahahah sampai kakak aku yang kerja kat kulim time dia balik  hari tu dia siap kutuk lagi..dia cakap aku dengan adek aku makin gemok.. -_-" okay aku sedaq memang aku sejak azali lagipung dah gemok..adek aku dah start risau pasai berat dia sebab dia sebelom ni mantain ja..kemain ajak aku try petua ni petua nu kempehkan perut..hahah
-
-
-
-
-
Yeah!! saya gemok..dan berkain batik..ngehngeh..biasala kadang-kadang kat umah memang pakaian rasmi aku..haha nampak kan kebuncitan perot saya  disitu..hahah
-
-
-
Adek aku. gemokkah dia? Biasa ja dak? Tapi berat dia 60kg ok..haha So, berat aku dah sah-sah la lebih dari dia..bukan sikit tapi banyak..haha dan aku tak kan habaq..kahkah~ bila la nak kuruih macam Rozita Che wan T_T hahahah simpan ja la niat yang takkan kesampaian tuh..
-
-
-
-
Okay, dah la mengarot sikit-sikit. Sempena pagi ni lepas makan sahoq, dan tinggal dua hari lagi raya bakal menjelma..aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR, BATIN takda!  hahaha salah silap harap di ampunkan terutama kepada mereka yang sangat-sangat mengenali aku..Dengan ucapan berpantun "Jikalau ada jarum yang patah jangan di simpan di dalam peti, jikalau ada silap dan salah jangan di simpan sampai ke mati~" Ehh betoi ka? haha asal bunyi nak sama tu ok la..

Dan aktiviti aku lani mengemas rumah yang tak siap-siap lagi..Letih oii mengemas sorang-sorang..Sapu sawang, mop lantai, cuci tingkap, lap almari, kemas dapoq, pasang langsir, gubah bunga~gubah bunga? aiceh:p haha padahal tak reti pon..ikot dan aku ja..haha adek aku ada la tolong sikit-sikit. Lepas tu nak buat kek coklat dengan apam polkadot! Yeay yang ni paling tak sabaq..haha tak sabaq sebab nanti dah siap nak makan..hahaha~ tu ja la kerja aku ngan adek aku..
Okay, sampai takat ni ja kot..dah lama tak hapdet ayat pon dah tak best..pala hotak dah pening..Lastly, Selamat Hari Raya AidilFitri.. Pi beraya rumah orang makan koi raya tu ingat orang belakang sama oii, jangan nak melantak tak ingat dunia sangat. Pesanan untuk diri sendiri jugak..hahah Lagi situ jangan sebok nak mintak duet raya ja.. Apa yang penting saling hulur tangan mintak maaf sesama kita..Okay itu saja..mungkin saya akan tinggalkan belog ni agak lama untuk sekali lagi tanpa berupdate~ Harap secebis entry saya ini akan mengubati kerinduan anda terhadap saya.. phuihh!! hahah padahal takda orang peduli pon..kehkeh..Assalamualaikum..


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

5 50Juta Kali:

Unknown said...

wah..comelnya awak berkain batik..hehehe. boleh jadi calon isteri saya tak?heh heh :P

Unknown said...

err..lupa nak komen.. hehhe... selamat menyambut hari raya aidilfitri tau hany.. maaf zahir dan batin..

حاني رملي said...

hahah :P lama xberkomen ngan en.boni..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin jugak.. hehe

Anonymous said...

untung la ad calOn suami da. .huhu

iQie said...

selamat hari raya. Wow kain batik. haha

Daisypath Anniversary tickers