.
4
MAK JEMAH

PARASIT

Greeting Text
 
Hai blogger(s) Sehat arini? Dalam mood malas harini aku tersangat rajin untuk mengupdate entry..Jadi tolongla baca usaha keras aku..hahaha macam nak terajang muka aku dak? haha Entry yang lepaih-lepaih asyik berjiwang ja kan..aku pon naek menyampah..apatah lagi hampa..haha
 
Penah dak hampa pi pasaraya pastu ada la makhluk parasit keja dia membuntuti juboq orang ja..haha Macam dah menara bekembaq dah..Maksud aku pekerja yang jaga pasaraya tu la..Seryes aku amat tak suka kalau nak beli barang pa-pa dok ikot orang macam dah muka kita ni pencuri..Ada nampak muka kami macam pencuri ka?? Sambil tunjuk penumbok..haha ok tak lawak. Rimas taw tak..Bagi la privacy sikit orang nak pilih barang ni tak sampai orang nak pilih baju hat kecik-kecik tu pon nak gak tengok saiz berapa..tak paham betoi =..= 
 
Orang melangkah setapak, dia pon setapak..Orang melangkah dua tapak dia pon melangkah dua tapak..Macam nak karate ja kaki dia naseb aku ni tak cukup ilmu karate ja..haha Bagi aku wahai jurujual sekalian, bagi la customer anda sedikit privacy..kalau dah dia panggil perlukan bantuan anda baru la pi..Ni tak asyik nak mengekoq ja..Yang pekerja laki jarang sikit aku tengok wat camtu, yang pompuan selalu sangat..Dah la buat muka macam haram..haa kan dah terkeluaq..kalau muka tu tersenyum manis tak pa gak..ni buat muka macam taik ja..senyum pon tak..Rasa nak baling ja seliper jamban kat rak sebelah..haha Sukahati aku la kan..customer always right what?
 
Tapi, bukan semua sikap jurujual camtu..ada gak setengah pasaraya yang aku pi layan elok ja..Contohnya kedai tudung yang aku selalu pi alahai adek tu baek ja..Padahal aku tak kenal pon..first time masok kedai dia kan maen sembang ngan aku..haha aku suka orang camtu..gelak-gelak, tampaq-tampaq manja gitu haha..pastu dia tanya "kak kenai adek ka?" Sambil wat muka serius aku jawab "tak pon"=.=
 
Kalau ada ja jurujual yang pesyen mengekoq orang sambil wat muka macam dia yang paling segak sekali lam dunia sampai nak senyum kat orang pon takleh takot ke'segak'an tu hilang kot..aku ngan adek aku dah selalu rancang siap-siap dah..kami pi belek satu barang lepaih tu ke satu barang..lepaih tu pi belek pulak barang lain..kan maen lama..Lepaih tu adek aku siap cakap kuat-kuat "Mahai nak mampoih. Kat kedai lain murah ja.. macam buruk pulak tu.." haha saja dia nak saketkan hati jurujual tu..Tu kan betapa hudohnya perangai adek aku..haha Agak dalam setengah jam lebih-lebih belek punya belek lastly, kami keluaq camtu ja tanpa beli apa-apa..Memang dok rancang macam tu dah! haha pekerja tu tengok ninn jaa..kata oqang kedah..Usha rapat..haha mesti dalam hati dah menyumpah-nyumpah dah..Da la kutuk barang kedai depa pastu belek kan main lama bajet nak beli ja last keluaq camtu ja..hahaha Dah boleh hapal dah pasaraya mana yang ada jurujual camtu..haha
 
Penah sekali tu, aku ngan adek aku buat camtu..pastu kami keluaq tanpa beli apa-apa..Tiba-tiba jurujual tu kejaq kami sampai luaq kedai..Dia tanya "awak ambik barang apa? Dah bayaq belom?" Masa tu aku bawak masok helmet..dalam helmet aku tu ada barang..Tapi aku beli kat kedai lain..Pastu dia dah tanya camtu aku bawak keluaq satu-satu barang yang ada dalam helmet aku tu aku cakap "Kak, ni dekat tanda harga ni nama pasaraya ni ka? Tolong baca bagi kuat sikit" Adek aku dah buat muka menyampah dah..aku pon sama la..hahah "Owh sory-sory I ingat u ada ambik barang kat dalam lupa bayar" 
Adek aku cakap "kami bukan gila sangat sampai nak curi baqang kedai hampa"
 
Memang sia-sia la kalau dia tak dapat anugerah pekerja terbaek..haha tiap kali nampak ja muka minah tu adek aku cakap "pekerja terbaek dah mai, pekerja terbaek dah mai.." huahua..Ok, sampai sini ja entry mengutuk orang..haha jahat kan..khas untuk jurujual yang suka mengekoq sambil buat muka macam taik itik..assalamualaikom.
 
p/s: Awek kedai topup pon sama, tak payah buat muka menyombong sangat la..menyampah

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4 50Juta Kali:

iQie said...

Hahah kesian kau..nape xbaling je selipar 2 :p

iAmCekbolat said...

hahaha betul !

padan buat lagu tu ja depa . lepas ni nak buat gak prangai tu . bahahaha

حاني رملي said...

Iqie :: Memang ada niat nk baling tapi tngan ni rasa berat pulak..stg xpasai2 aku kena saman..hahaha

حاني رملي said...

Bolat :: Buat ja..baru depa taw rasa..nk sgt mengekoq org..menci! huh