.
0
MAK JEMAH

Nikmat Mana Lagi Yang Engkau Dustakan?

Greeting Text
Hai blogger and silent reader (s)  Maaf lama tak update sebab malas..haha terlalu berterus terang but tu alasan kukuh. Aku nak share something yang aku jumpa kat forum apa ntah..Walaupun panjang, baca lah..Baca untuk kita taw keindahan yang tak pernah terpikir oleh akal kita.. Rasa sayu pulak baca .. Layak ka orang macam aku..

OK, first..
Wanita-wanita Jangan Cemburu Dengan Bidadari Syurga :)
 
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz
Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang
terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak
luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari
syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang
paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta
Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz
yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya.."


Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang
bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur'an.


Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan
bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli
syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si
datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli
syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya
kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di
musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang
bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.


Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?

Tidak juga.


Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata
memandang?


Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata
suaminya.


Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau
mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat
dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka
ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih
(tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.


Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka".


Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys
only*. ;-j


---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?


Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang
wanita.


Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..". (au kama qaal)


Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu
anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar
kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"


Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah,
ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu
diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.


Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.


Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,
niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi
mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.


Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh
tu..


Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya
camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai,
pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan
Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;


"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah
dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya
diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan
zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh
tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat
dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra' dan mi`raj.


Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang
tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka
ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah
selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka.
Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi
seorangpun hambaNya.


Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah
Allah yang sempat dipelajarinya.


Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas
kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan
peralatan dapur?


Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.


Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!


Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti
ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan
terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas
pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian
(kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).


Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la
sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.


Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?


Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.


Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan
yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi
kelajuan cahaya).


Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu
juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun
hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)


..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak 'berehat
di rumah' saja.. ;-j


---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. *Qaalu
salaaman-salaama~ *
Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!
 
Second, Nikmat Mana lagi Yang Aku Dustakan ?
 
Apabila pintu shurga di buka kelak..akan terdapat satu golongan yg masuk ke dalam shurga berbondong-bondong tanpa dapat di tahan oleh penjaga shurga..malaikat penjaga shurga tidak dapat menghalang golongan ini memasuki shurga sebagaimana korang tak dapat menghalang kemasukkan burung-burung ke dalam rumah korang apabila korang buka jendela di waktu pagi…

Maka malaikat ini membuat laporan kepada Allah, kerana takut Allah murka kepada mereka kerana tidak dapat menghalang kemasukkan golongan itu..lalu Allah berfirman…(lebih kurang maksud-ini hadith kudsi)

“Biarlah golongan itu masuk ke shurga hari ini, Aku malu untuk menghisab mereka hari ini, kerana di dunia dahulu mereka adalah golongan yg memalukan dirinya sendiri kerana Ku”

Nota untuk mua’laf: menghisab bermaksud soal-jawab daripada Allah kepada setiap manusia sebelum dibuat keputusan ke shurga atau Neraka.

Jadi sesiapa yg malu nak pergi masjid ke, nak pakai tudung ke nak buat apa-apa yg baik ke…dan lain2..janganlah malu-malu kawan..kerana org yg memalukan diri dia kerana Allah, Allah akan malu nak hisab kelak..oh..kepada Allah aku memuji!!


Nikmat yg mana lagi aku dustakan?


Di beritakan kelak..apabila ahli shurga melewati pintu shurga, maka mereka akan terpegun selama bertahun-tahun kerana indahnya melihat pintu gerbang shurga..korang yang pertama kali pergi KL dan tengok KLCC ‘live’..terpegun gak..adalah dalam 5 minit kot…tapi bila korang masuk shurga kelak…korang akan berhenti di setiap langkah bertahun-tahun kerana terpegun dengan kehebatan shurga!!!


Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Ada pulak wanita2 yg kecik hati kerana dalam shurga ada sikit punya ramai bidadari2 yg lawa dan cantik…yg aku tahu..kalau salah mintak sangat betulkan kerana aku bukan ustaz/ulama’…apabila pertama kali korang(lelaki) jumpa dengan bidadari..korang datang keinginan untuk menyetubuhinya..tapi bidadari tu cakap, nanti ada yg lebih cantik dari saya…maka korang pergi ke bidadari yg seterusnya..bila korang berjumpa dengan next bidadari, korang dah lupa dengan bidadari before..but, next bidadari said: ada lagi yg lebih berhak dan cantik daripada saya..(lebih kurang maksud)

Sehinggalah akhirnya korang berjumpa dengan ketua bidadari yg kecantikkannya adalah 70 kali lebih dari semua bidadari..iaitu isteri korang di dunia ini! dan isteri korang tu telah di solek selama 500 tahun…dan umur isteri korang waktu tu 16 tahun dan korang pulak sebaya dengan superman(30 tahun)
Wah..wah..wah,,meleleh air liur..!!!

May said:
“Bersamalah kita berdoa… Agar cinta engkau dan aku… bisa tembus ke pintu shurga..berkat rahmatNya..

Korang tanya pulak:
“Apakah amalan ahli shurga?”

Aku yg jahil bab2 ugama sekadar menjawab setakat dengar dari mulut ke telinga kata:
Dalam shurga kelak (amin…) korang dah tak payah solat, puasa, dan lain lain, tapi satu amalan jer yg korang wajib buat iaitu ziarah…sebab tu sebelum masuk shurga kita kena rajin ziarah jiran2 kita, bukan ziarah nak pinjam VCD, nak pinjam gergaji, nak pinjam cangkul..tapi ziarah semata2 kerana Allah, khalifah2 islam zaman2 dulu, akan pergi ziarah rumah-rumah org yg tak pergi masjid dan tanya :

kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..


Hari ni bila aku terlewat bangun subuh (oh..aku adalah manusia biasa yg banyak dosa)..takde pulak org dari masjid datang ziarah aku tanya:
kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..kasihannya aku..isk..isk..


Tentu korang ingat tentang golongan yg berada di bawah arasy yg mana mereka adalah terdiri daripada orang yg berjumpa dan berpisah semata2 kerana Allah…
Kalau korang pergi solat berjemaah, itu adalah salah satu dari bertemu dan berpisah semata2 kerana Allah dan yg paling baik, korang bertemu dengan org yg jauh dari Allah dan ajak mereka kepada Allah…bukan setakat ziarah hari raya nak makan kuih..setahun sekali!..huh! (kata kat aku sendiri!!!)
Untuk program ziarah dalam shurga ni Ustaz A ada bagitahu aku pada 8 tahun yang lalu…:

(siapa ustaz A? rujuk post “kiamat sudah dekat”)


Pada setiap Hari Sabtu-ahli shurga kena Pergi ziarah shurga ibu paba atau penjaga korang…korang tanya sempat ke nak ziarah dalam masa satu hari? Apa pulak tak sempat..paling minimapun satu hari dalam shurga dah 1000 tahun…bergantung pada amalan masing-masing……

Hari Ahad-Pergi ziarah shurga anak-anak korang.(kalu takde anak?..alahai, mak bapak koranglah akan datang ziarah korang, bukankah korang anak mereka..lainlah korang anak buluh betung(tak lawak)
Hari Isnin-Pergi ziarah shurga tok guru, ustaz atau sape sajer yg pernah ajar korang ilmu ugama…(assalamualaikum ustaz!!),,err..aku bukan ustaz..oh..


Hari Selasa-Pergi ziarah shurga anak murid korang, atau siapa sajer yg korang pernah ajar ilmu ugama…(itulah pasal Nabi suruh sampaikan walaupun satu ayat)
Hari rabu-Pergi ziarah nabi kita Muhammad s.aw.(bayangkan betapa luasnya shurga Nabi? shurga Abu bakar r.a pun patah sayap malaikat jibrail terbang tapi baru sekadar halamannya..oh..hebatnya Allah

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Hari Khamis-Nabi akan ziarah shurga setiap ummatnya..jadi pada hari ni duduk-duduklah dalam shurga menunggu kedatangan Nabi besar Muhammad saw yg kita kasihi.
Hari Jummat: Inilah kemuncak nikmat dalam shurga iaitu ziarah Allah..dan dapat menatap wajah Allah..apabila melihat wajah Allah..maka akan lupa segala nikmat yg lain..malahan nikmat menatap wajah Allah adalah jauh lebih nikmat daripada bersetubuh dengan bidadari…kemudian, wanita-wanita yg menjaga aurat dengan sempurna..maka Allah sendiri akan ziarah mereka..oh..!


Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Korang Tanya pulak:
“Bagaimana jika org yg kita nak ziarah itu berada di neraka?”
Aku yg jahil lagi hina ini berkata, kalau salah tolong betulkan:
Terdapat sesetengah riwayat mengatakan bahawa ahli shurga akan melawat ahli neraka di neraka itu sendiri..dan pada hari itu..api neraka menjadi sejuk…

sehingga terdapat perbualan seperti:
“eh kenapa ustaz kat sini?”
“aku tak amal apa yg aku tahu(kata ustaz)”oh…
Aku juga mohon berlindung kepada Allah daripada ilmu tanpa amal..sedang aku memarahi korang yg tak pergi solat berjemaah..aku sendiri meninggalkan solat tahajjud..!!!


Seorang alim pernah menangis dengan berkata:
sehingga ke hari ini, aku masih tidak pernah solat hingga bengkak kaki seperti Nabi Muhammad s.a.w ..oh…(kepada Allah tempat mengadu..)


Berbalik bercerita tentang nikmat shurga..
Pernah korang dengar ustaz cakap org yg telah berkahwin telah mendapat sedikit nikmat shurga? tentu korang terbayang nikmat shurga itu adalah bersetubuh, bersenggama, bercekerama, berasmarada dan macam-macam lagilah!! he he he..betul jugak tu, tapi ada lagi nikmat yg biasanya org kahwin dapat yg mana, nikmat itu adalah sama dengan nikmat dalam shurga…

biar aku cerita…
untuk pengetahuan korang nikmat shurga ini terbahagi kepada tiga tahap..,
pertama cuba korang bayangkan ketika korang duduk-duduk kat rumah dan korang pulak sudah berkahwin, satu hari hujan turun pada waktu petang dengan lebatnya..korang pun kelaparan..lalu order kat isteri tersayang keropok goreng dan air teh tarik…perghh, meleleh air liur beb!
Bestnya ada isteri yg baik…lalu sebagai isteri yg solehah, apa yg korang order dah tentu dapat punya…jadi..sekiranya apa yg korang order itu dapat..itu adalah nikmat untuk ahli shurga yg terbawah!!! Kerana setiap permintaan ahli shurga akan di tunaikan..tapi setiap permintaan itu perlu di lafazkan…,

Begitulah di ibaratkan kehidupan dalam shurga yg terbawah, yg mana,korang kena order pada malaikat apa yg korang nak…macam Nabi sulaiman a.s yg kena order Jin dan binatang untuk melaksanakan satu-satu projek..


Hari ni mana2 raja pun kena keluarkan perintah baru rakyat buat..itu pun bukannya siap serta merta..dalam shurga apa yg korang order akan dapat serta merta…bayangkan jika Nabi sulaiman order kat Jin untuk alihkan istana Balqis, boleh sampai sekelip mata..apatah lagi dalam shurga!!
huh, hari ini mana ada kerajaan/raja yg mana bila dia order bukannya dapat serta merta, nak buat jambatan bengkokpun tak siap-siap!!


Donald Trupm, Bill gates dan sape sejer yg jutawan,,kalau order bukannya siap serta merta dan bila dah siap kelak, ada pulak yg tak puas hati sana sini..itulah hakikat kehidupan dunia yg korang banggakan…bermakna Kerajaan yg sehebat Nabi sulaiman a.s/Zurkanain a.s/Firaun /Namrud/Qarun dan lain-lain sedikitpun tidak dapat ,menandingi kehebatan kerajaan seorang ahli shurga terbawah…malahan shurga yg paling kecilpun luasnya adalah sepuluh kali ganda dunia..!


Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Perkara nikmat Kedua yg aku nak cerita tentang nikmat shurga yg korang dapat kat dunia ni lagi terutamanya kepada mereka yg dah kahwin..err..masih dalam situasi yg sama..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan..korang baru niat nak makan keropok goreng dan teh tarik..tiba2 isteri korang dah terpancul depan korang dengan membawa keropok dan air teh’ tarik,,

Best betulllah isteri korang tu,,isteri korang begitu memahami korang, dia tahu apa kesukaan korang, dia tahu bagaimana nak puaskan nafsu korang…..

wah-wah-wah,,bestnya kahwin!!


Ha! Itulah nikmat pertengahan dalam shurga, yg mana korang just niat nak makan apa..Allah terus hantar makanan sama dengan apa yg korang fikirkan, tak payah cakap dengan mulut, just niat!!..hebatnya Allah!!!

Hari ni tiada satu kerjaan pun yang mampu dapatkan sesuatu just dengan Niat..ha ha ha!
Pernah aku dengar cerita..dalam shurga pertengahan ini, ketika seorang ahli shurga melihat sepasang burung sedang terbang, maka timbullah niat di hati nak makan daging burung panggang…maka dengan serta merta burung itu datang padanya lalu bertukar menjadi daging burung panggang..

“pling”


Kemudian pasangannya lagi satu just hinggap pada satu pokok lalu memerhatikan pasangannya di makan oleh ahli shurga.

Selesai makan, si ahli shurga ini mencampakan tulang2 terakhir, maka dengan serta merta tulang itu bertukar menjadi burung kembali dan kembali kepada pasangannya…
lalu burung yg dimakan ini bertanya kepada pasangannya,:

“Apakah parasaan sayang, bila melihat kanda di makan oleh ahli shurga..?

pasangan burung itu menjawab..:
“saya begitu lazat sekali melihat kekanda di makan oleh ahli shurga lebih daripada nikmatnya kita bersetubuh”(lebih kurang maksud)!!!..oh..Dahsyat..burung yg lihat ahli shurga makan pun dapat rasa nikmat yg lebih dari bersetubuh!! Apatah lagi pemakan danging burung itu sendiri?
Cuba bayangkan dia punya nikmat..oh..hebatnya Allah.


Nikmat mana lagi yang aku dustakan?


Ok. , aku puji isteri2 yg hebat..yg dapat memuaskan nafsu suaminya tanpa perlu di ajar…atau, sebaik sahaja suaminya niat nak makan makanan tu, belum sempat suaminya order kira macam ada deria ke enam ler ni kot..dah siapkan makanan tu.


Betullah org kata, bahawa, kahwin ni hidup macam dalam shurga..he he he…
Dan nikmat yg terbesar dalam hidup adalah di nikmat di taati…
Siapa yg nak jadi bos..kalau pekerjanya tak taat?
Siapa yg nak jadi raja..kalau rakyatnya tak taat?
Siapa yg nak jadi jurulatih bola..kalau pemainnya tak taat?
Siapa yg nak jadi suami..kalau isterinya tak taat?
Dan wanita solehah adalah nikmat terbesar dalam hidup di dunia!!!
Wanita..hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..yang akan membahagiakan…(sambung sendiri lagu ni)
Tambahan:
Setiap manusia nak kekal muda, sentisa sihat dan harta pulak nak semakin bertambah..tapi hakikatnya..dalam dunia ini..lama2 pun korang duduk kat Malaysia, korang akan menjadi org tua yg sakit..walaupun anak korang semua doktor, menantu terdiri daripada pawang dan dukun, kedai farmasi kat depan rumah, belakang ada hospital..namun akhirnya korang tetap akan jadi mayat.
Kat hospital, aku tengok ada ramai doktor pakar, ada banyak alat-alat canggih, ada nurse yg tunggu pesakit, tapi hari2 ada org yg jadi mayat kat hospital….ada bilik mayat tu..

Doktor pakar jawab..oh.. dia mati sebab dia sakit tua..huh, doktorpun akan jadi mayat…tapi dalam shurga adalah kehidupan yg kekal muda, sentisa sihat dan harta semakin bertambah..korang boleh terbang macam superman…pernah bila di ceritakan kepada budak2 bahawa dalam shurga boleh mintak apa sahaja, seorang budak bertanya: boleh tak nak mintak basikal?


Oh..Nikmat mana lagi yg aku dustakan?


Kesimpulannya..walau camne bestpun korang bayangkan nikmat shurga tetap tak sama dgn nikmat shurga yg sebenarnya dan hakikatnya tidak pernah dapat di bayangkan oleh sesiapapun!!! dan bila korang pergi melancong, tak kiralah pulau kapas ke, air terjun sekayu ke, korang lihat sikit punya cantik ciptaan Allah..tapi di sebalik kecantikkan itu Allah nak bagitahu bahawa di shurga jauh lebih cantik berkali-kali ganda, di nisbahkan kecantikkan itu seperti setitik air dengan laut yg luas!!!


Nikmat mana lagi yg aku dustakan?


Eh?!lupa pulak nak cerita nikmat satu lagi dalam shurga..Jeng-jeng-jeng..ni aku nak ceritakan nikmat tertinggi yg ahli shurga dapat..korang bayangkan sama seperti tadi, ..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan, tapi tak tahu nak makan apa..
Tiba2 isteri korang bawa keropok goreng dan air teh tarik…alangkah surprisenya,,sebab, korang tak mintak dan tak niatpun!!


Namun, inilah sebenarnya apa yg korang nak!!!!
Korang dah tak payah fikir nak order apa, apa sahaja yg isteri korang hidangkan, memang itulah yg korang mahu..!!
Wah wah wah..bertuahnya korang dapat bini lagu tu…begitulah yg berlaku di shurga yg tertinggi, yg mana ahli shurga itu tidak perlu lagi order atau niat nak apa-apa, belum sempat buat apa2 tiba-tiba dah datang apa yg kita mahu!!!

Belum sempat rindu..org tu dah datang depan mata..tiba2 datang makanan yg memang kita nak makan!!!oh..hebatnya Allah, tak mustahil langsung kerana Allah yg cipta kita dan dia Maha tahu apa kehendak kita…

Korang pernah buat kawan korang atau awek/bini korang atau anak korang gembira bukan? Ya, korang buat surprise, dia tak mintak pun benda tu, tiba2 korang bagi, yg penting benda itu memang dia mahu!!..dia terkejut,.,dia tidak menjangka langsung..lalu mereka menangis terharu..
Begitulah hebatnya layanan Allah dalam shurga yg tertinggi ini yg mana korang akan terkejut dan terharu dan menangis kegembiraan..apabila Allah memberi sebelum sempat korang meminta…niat, malahan belum sempat berfikir..!!!

Alangkah terharunya korang..hinggakan korang akan sujud pada Allah menangis dan berkata:

Nikmat mana lagi yg aku dudstakan..?

Lalu Allah berfirman..angkatlah kepalamu..di sini tiada ibadat lagi..berseronoklah..(amalan yg kena buat, hanyalah ziarah menzirahi,,)Oh..

Jadi kepada yg bujang dah berapa kali aku pesan, kahwin cepat-cepat..boleh rasa sedikit nikmat shurga!!!he he he..
Namun ada jugak yg berkahwin tapi mendapat azab macam neraka..order air tapi di hidangkan buah ‘zakum’…!!!oh..!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------

 Kata Aku ,
 
Aku share benda ni bukan nak tunjuk baek, bukan nak tunjuk alim.. Cuma nak kita sama-sama taw betapa indahnya syurga tu dan betapa pemurah dan kayanya Allah. Aku bukan alim dah banyak dosa-dosa yang aku buat tanpa aku sendiri sedaq..Tapi nak jadi Alim, baek dan solehah tu mesti impian setiap manusia..Walaupun hati kita terdetik keinsafan kadang-kadang tapi atas sebab akal pikiran seronok buat jahat kadang hati kita selalu lupa..Rasa macam kita masih sempat nak bertaubat, rasa macam kita bakal hidup selamanya walaupun sebenaqnya mati tu bila-bila masa ja..

Dan sesungguhnya dalam hati terasa nak ja jadi ketua bidadari buat bakal suami..heheh tapi aku takda laki lagi na..haha Bila terpikiaq tadi memang rasa jeles kalau bidadari-bidadari syurga tu goda laki kita..haha(-/////-) tapi tu cuma perasaan kat dunia..Dia tulis dalam syurga nanti dah takda perasaan cemburu hasad dengki sakit hati segala tu..semua hidup dgn aman damai gembira dan bahagia..hehe Lagipun kita yang terpaling cantek sekali kat mata laki kita dak? Di make over selama 500 tahun.. subhanallah cantek camna la gamaknya..tak tercapai pikiran aku yang sekankang kera ni..Tapi layakkah aku? Layakkah?? Layakkah?? lanyak kah..ngehngeh 
 
For my future husband, aku harap bila kita dah sama-sama jalani kehidupan rumahtangga bimbing la aku ke jalan yang lurus..jagalah aku sebaiknya..Mungkin untuk aku ubah kejahilan aku dengan sendirinya aku selalu gagal harap kita saling bimbing membimbing..itu pun kalauuuuuuu..jodoh aku ada di dunia ni..heheh apa kes tiba-tiba jiwang lak ni..haha sory-sory..tapi brutal apa aku cakap ngan bakal laki aku camni..tak jiwang kan? kan? kan..hahahha Dushh!! (-//////-) tak payah nak bakal suami bakal imam sangat la kalau syurga kat telapak kaki tu pon tak mampu nak jaga..okay, sangat terasa dengan ayat ni..haha dah. tutup kes. 

Ok.sampai sini dulu.bacalah tak rugi..assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

0 50Juta Kali:

Daisypath Anniversary tickers