.
2
MAK JEMAH

Ini Yang Perempuan Mahukan

Greeting Text
Apa yang perempuan mahukan dari seorang lelaki. Kalau lelaki yang baca nie opkos akan rasa,  mengada-ngada ini perempuan..meqap ja lebih (dalam loghat utara). Gedik itu perempuan, semua tak kena dengan lelaki. Perempuan ni hatinya lembut, penuh kemanjaan walaupun ada sesetengah perempuan nampak kasar luaran tapi hatinya tetap hati seorang perempuan. Memang sesetengah lelaki setia, sayang, jujur, ikhlas dengan pasangannya, tapi tak cukup dengan sayang, cinta sahaja boleh tunjuk yang si lelaki ni serius dalam hubungan.

  • Alertness
Bukan nak pertikaikan tentang semua ni, tapi kebanyakkan lelaki tak ambil berat tentang setiap perkara penting. Contohnya tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, anniversary, etc. Perempuan tak mintak pun hadiah-hadiah or anything yang boleh buat mereka happy, cukup sekadar ingat tarikh-tarikh tersebut dan ucapan yang membahagiakan dah buat perempuan rasa suka sebab dalam fikiran mereka, mereka tahu bahawa bukan mereka sahaja yang ingat hari-hari istimewa tu tapi anda jugak..


  • Penghargaan
Kami tak perlukan hebahan satu dunia untuk lelaki buat ucapan terima kasih dengan setiap yang kami lakukan macam video couple seminggu. Cukup sekadar ucapan dari hati ke hati. "Terima kasih" walaupun simple kita dengar tapi sangat bermakna bagi perempuan sebagai tanda anda menghargai usahanya untuk hubungan anda. Ini tak mesej awek cakap tak ada kredit bila awek tolong topupkan terima kasih pun tak siap mesej cakap "Tengah malam nanti I text U.. I nak keluar lepak dengan kawan sekejap.." What the hell??

  • Perhatian
Perempuan sinonim dengan sifat keanak-keanakkan. Kanak-kanak perlukan perhatian dari orang yang  terdekat dengan dia, terutama orang yang dia sayang. Sama la juga dengan perempuan. Bukan susah pun nak bagi perhatian, tanya khabar sihat atau tidak, kalau perempuan sakit, buat-buat la macam risau sikit..walaupun rasa macam mengada-ngada. (Itu dah tak ikhlas namanya) Perempuan kadang-kadang dia boleh jadi tak matang dari umur dia yang sebenar. Kadang-kadang dia akan menangis walaupun hal yang kecil kerana dalam kepala hotak dia rasa tersisih atau tak dipedulikan..
 
  • Masa
Sesetengah perempuan yang jenis duduk di rumah tak keluar mana-mana, for sure mereka ni bosan kat rumah, yang lelaki ni kalau free free tu texting la perempuan, kalau tak boleh texting pun, at least call la sekejap..takkan seminit pun tak boleh bagi masa untuk perempuan. Yaaa tahu lelaki sibuk kerja..tapi takkan 24 hours kerja kan?tak salah pun nak tunjuk kasih sayang tu lebih sikit dekat pasangan. Menghabiskan masa lepak dengan dengan kawan-kawan boleh ja kan...Sekali sekala call la untuk menghiburkan hati dia..Ini tak dah sebulan baru teringat nak cari nombor girlfriend dalam call list..fikir-fikirkan. Baik awak couple ngan pokok getah ja tak payah sibuk-sibuk call dah..

  • Protective
Lelaki! tunjuk la sedikit kejantanan anda di hadapan kekasih atau isteri anda..rasa macam ada lelaki lain usha awek atau isteri anda pelik sikit..yang jenis mata layak dicucuk garfu camtu, buat-buat la muka ganas walaupun anda sebenarnya jenis yang bila ternampak lipas atas lantai terus stunt naik katil terlompat-lompat kegelian. Buat muka ganas sikit biar tercirit orang tu. Ataupun kalau isteri anda nak keluar gi kedai Mak Senah hujung jalan sana apakata tolong hantarkan naik motor merempit sesama, tunjuk la sikit yang kamu nak jaga dia..temankan dia bila free.. kan sweet macam tu.

  • Kemanisan
Kami percaya yang tak semua lelaki kat dalam dunia ni dilahirkan dengan sikap yang romantik mantik. Dan kami juga tak dambakan setiap masa nak dapat keromantikkan tu dari lelaki, tapi.....could you please show us some romantic moment...????(kejip mata laju2 sambil buat muka comey). Sekali dua kali dalam setahun pun tak apa, u know whaaaat.. detik detik macam ni la yang perempuan akan kunci ketat-ketat dalam kepala otak beliau tahu...? . Even dah putus sekalipun, still dalam ingatan. it's fact. Tipu la kalau cakap setiap kenangan yang manis kita lupakan..kecuali la orang tu hilang ingatan.. :/

  • Perbuatan jengkel
Sesetengah perempuan openminded, tapi ada sesetengah lagi yang jenis tak suka bila bf dia bergurau tak kena tempat atau melampau-lampau atau bila terjadi benda yang memalukan kat gf dia, dia gelak tak maw-maw 'contohnya awek dia terjatuh longkang time jalan sesama gelak tak hengat..' Maksudnya sakat dengan perkara yang dia tak suka. At that time, dia rasa macam sangat menjegkelkan dan menyakitkan hati. Tapi bagi lelaki itu semua hanya gurauan. Padahal dia dah tahu yang perempuan tu sebenarnya memang tak suka dengan gurauan yang macam tu. So, yang bernama lelaki, take note .. jangan buat sampai perempuan rasa awak ni seorang yang annoying...lama kelamaan perempuan akan jadi boring dengan anda.

  • Pendengar Yang setia
Kadang-kadang perempuan memang suka bercerita hal yang remeh-temeh yang tak menarik minat anda sebagai kaum lelaki.  Kadang-kadang pasal kartun upin ipin pun dia boleh buat bab time bercakap dengan anda. Haha Tak salah andainya anda tunjukkan sedikit minat anda untuk dengar dia bercerita. Sekali sekala mencelah la atau tanyakan dia soalan ataupun ketawa time dia buat lawak walaupun anda rasa tak lawak. (Tak ikhlas lagi.) Tunjukkan minat anda untuk berbual dengan dia. Ini tak diam macam batu fikiran pun entah melayang kat mana.. Bila perempuan tanya atau panggil banyak kali baru tersedar.. Nampak sangat anda langsung tak pedulikan.. Kalau anda kat tempat dia, dah penat-penat bercerita boleh pulak dia buat tak tahu, tak sakit hati??
 
  • Lebihkan Perempuan Lain
 Lebihkan perempuan lain dalam erti kata perempuan yang bukan dari keluarga anda. Kalau ibu atau kakak anda tak jadi masalah. Ini bermaksud perempuan yang tiada pertalian darah dengan anda. Umum tahu bahawa perempuan kuat sifat cemburunya. Kalau dia tengok yang si lelaki asyik lebihkan atau asyik bercerita tentang perempuan lain dia akan badmood tetiba walaupun perempuan tu cuma kawan anda. Tapi lelaki selalunya tak alert bila perempuan tetiba badmood dengan benda camtu siap boleh buat tak tahu. Minggu depan buat lagi. And you know what guys perempuan sebenarnya tak suka sekiranya anda asyik bercerita tentang kekasih lama anda atau segala kenangan anda dengan kekasih lama anda sebab semua tu akan buat hati dia terguris. Rasa macam diri anda tu masih teringat-ingat lagi dengan bekas kekasih. Jadi tolong tak payah rewind-rewind atau gostan dah k bila bercakap dengan dia..

  • Pemujuk
Dah tahu perempuan ni macam budak-budak jadi banyak la merajuknya.. Jadi elakkan buat benda yang boleh dia merajuk atau terasa hati.. Kalau dia dah merajuk takkan nak kena ajar, pujuk la apa lagi. Ini tak bila perempuan diam tak balas mesej yang lelaki pun tetap diam tak nak kalah. Kadang-kadang perempuan yang kena mengalah.. Dia yang merajuk dia jugak la yang kena pujuk.. Jangan sampai perempuan pikir anda dah memang tak pedulikan dia.. Time tu dia dah pasang niat akan cari lain!



 copy paste

Okay that's all.. Assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2 50Juta Kali:

boni kacak said...

nak usahalah agar semua tu ada dalam diri saya ni :)

حاني رملي said...

Ya en.boni.. chayok2! hehe