.
3
MAK JEMAH

Wajah Seiras! JODOH KITA?? :O

Greeting Text
 
 
Hai blogger(s) Sebenarnya, banyak kali aku terbaca status kat facebook tentang "Wajah seiras ada jodoh" Aku sure sekarang ni ramai antara makwe-makwe dan pakwe-pakwe tengah check muka boyfriend atau gulpreng hampa dalam gambaq beliau kan bila aku buat kenyataan macam ni? haha Mesti nak compare ngan muka hampa..kot kalau ada some part yang sama dengan marka atau parka hampa..kehkeh

Aku tak taw la dari mana wujudnya kenyataan macam ni bila wajah seiras ada jodoh.. Mungkin kata orang tua dulu-dulu.. Atau ada tertulis dalam al-Quran atau hadis-hadis? Ada tak? Aku dah mengoogle tapi tak da pon aku terjumpa. Mungkin tak da. Mungkin hanya buah mulut orang saja. Mohon pencerahan kalau sapa yang taw mengenai hadis yang ada berkaitan dengan wajah seiras ni kalau ada . Mungkin dari segi air muka, bahagian-bahagian tertentu pada wajah, perwatakan, gaya dan cara tidoq mungkin. Itukah yang dikatakan seiras?? Bila pakwe tidoq berdengkoq makwe kat rumah pon turut berdengkoq time tidoq.. haha Seiras la tu serasi bersama. Ni maw kata kawen betoi ni nyamok pon tak berani dekat dah macam bunyi dalam kandang krokkrok dah laki bini pakat lawan bedengkoq..hahaha amboi..

Tapi bukan nak menafikan pulak, aku tengok ramai di antara kawan-kawan aku yang dah kawen wajah suami atau isteri dia tu nak sama. Let say kawan aku tu gigi depan dia arnab laki dia pon sama, gigi arnab okay. Walaupun aku tak sempat pi kenduri kawen dia tapi gambaq kat FB dah membuktikan segalanya. Memang ramai jugak yang aku tengok sama. Sungguh! kadang-kadang kat mata, kadang-kadang tang bentuk muka..Aku memang suka belek gambaq kawen orang..sweet ja tengok kalau yang depa belakon macam gambaq candid-candid tu kan? Padahai dah di arah photographer =,= Tengok gambaq orang ja la diri sendiri tak mampu lagi berbuat demikian..Kira untung la depa kan..Dapat jodoh yang wajah seiras.Awat la aku asyik typo dok 'seiris-seiris' dari tadi..haha cilakak tak larat nak backspace.

Aku rasa ramai dah yang rasa was-was bila disogokkan dengan wajah seiras ada jodoh disebabkan muka dia dan pasangan langsung takda persamaan. Dah habeh kelebek dah tetap jugak tak jumpa persamaan tersebut..Mula la risau kot kalau hubungan yang terjalin tiba-tiba terputus. Ya la bercinta bagai nak rak sekali baca statement camni terus rasa down. Riso kemain.. heh heh. Betoi dak? Baek mengaku. Tak baik nipu di bulan posa. Haha. 
 
Sebenarnya, yakinla JODOH ITU RAHSIA ALLAH. Kita bukanla tuhan nak menentukan siapa jodoh orang tu orang ni. Sebagai contoh, mak dan abah aku tak sama pon muka depa tapi dah berpuluh tahun tetap kekal bahagia. Alhamdulillah. Hehe. Walaupun orang tu cacat anggota dapat jodoh dengan orang yang sempurna siapa kita untuk menafikan sebab semuanya telah Allah takdirkan sejak kita lahir lagi. Bukan disebabkan muka sama ada jodoh. Terdetik jugak dalam hati aku disebabkan wanita tu pemilik tulang rusuk pasangan dia mungkin ada keseirasan wajah depa. Haha pandai-pandai pulak kan aku. Dah-dah satgi kata aku terlebih bijak pulak menentukan takdir dan jodoh orang. Cakap tak berasaskan ilmu gini la. Jangan percaya pulak taw. heheh Allah dah ciptakan kita berpasangan..Mulanya Adam diciptakan dan kemudiannya Hawa pulak dari tulang rusuk kiri Adam .. Jadi sudah pasti hambaNya  akan hidup berpasangan apabila sudah bertemu jodoh masing-masing..Cuma belum pasti jodoh kita ada di dunia atau di alam sana.. :)

Pernah satu ketika dulu, aku kenai dengan sorang pakcik ni. Masa tu aku dalam sekolah menengah lagi. Aku kenai pon dalam satu laman sosial kat henpon ja. Jadi umoq dia dalam 20-an gitu la nak dekat-dekat 30 dah..aku pon dengan sopannya menggelarkan diri beliau sebagai pakcik untuk menunjukkan rasa hormat aku.. haha phuih! Dia pernah tunjuk gambaq ex girl dia kat aku sebijik muka haa sama. Macam adik beradik. Tapi apakan daya berkawan tujuh tahun lastly, perempuan tu bertunang dengan orang lain. See, muka seiras tak semestinya ada jodoh. Kadang-kadang semua ni hanya kebetulan saja. Ada orang wajah tak seiras jodoh kekal berpanjangan hidup bahagia sampai anak cucu. Ada yang seiras langsung takda jodoh. Dan ada jugak yang seiras dah macam kembaq jodoh berpanjangan sampai akhir hayat.. Untung.

Apa yang aku dok nampak sekarang laki ataupun perempuan yang ada wajah ada rupa sikit semestinya nak pilih pasangan yang sama level dengan dia. Faham kan? hehe itukah yang dikatakan seiras, serasi, serupa? Nak sama cantek sama padanla dengan rupa dia. Yang tak lawa tak hensem tolak jaoh-jaoh. Takda apa yang nak diherankan pon bila orang lani lebih memilih paras rupa bila nak buat calon pasangan hidup. Bagi aku, aku tak kesah wajah yang seiras ngan aku atau dak. Yang penting dia boleh sayang, setia, terima diri aku dan keluarga, membimbing, melindungi, ada agama dah cukup. Biaqla muka tak sama pon nanti dapat anak takda la muka satu pesyen ja kan?? Haha aicehh..kalau sama ja dari mak, bapak sampai anak sama ja takda yang lain pon..boring. Haha tiba-tiba lak kan.

Sebenarnya, wajah bukanla jaminan kebahagiaan. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita yang tak kawen-kawen lagi ni dapat pasangan yang baek. Jangan percaya benda ni kalau dalam hadith pon tak da tertulis boleh lari akidah nanti.Kalau dapat jodoh muka yang serupa kira bonus la kurniaan Allah kepada kita. Apapun, jodoh tetap rahsia Allah. Sebab cuma dia yang taw apa yang terbaek buat kita. Kita cuma berdoa dan berusaha mencorakkan hubungan rumah tangga agar sentiasa bahagia. Tu kalau cakap macam orang dah menikah 12 taon! haha

Sampai setakat ni dulu. Penat dah menaip. haha terlampau aktif ber'entry pulak kebelakangan ni.. hehe Assalamualaikum :)

* I want grow old with someone I love .. :p

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

3 50Juta Kali:

Siti Fatimah Mokhtar said...

Wah ! First time masuk blog Cik Kak Putih Melepak ni . Sampai tergelak-gelak baca entry ni . Hahaha , Thorbaeekkk !!

boni kacak said...

rasanya betul juga tu.sebab ramai juga yang muka lebih kurang je dengan pasangan masing2.

حاني رملي said...

Thanks gadis shoot sbb follow.. i'm follow u back :)

Boni kacak: tu la pasal..hee

Daisypath Anniversary tickers