.
2
MAK JEMAH

Posa, Gemok & Nafsu

Greeting Text
 Hai semua! :) Harap sihat sejahtera hendaknya walau di mana jua anda berada.. Haa nampak kan buku teks sangat ayat tuh.. haha macam penyampai radio suria pon ada.. Lama tak update awat ntah rasa kekok sangat nak menulis..padahai dulu menulis salah satu minat aku sampai bernovelis bagai kan.. haha Kalau cer kelebek-kelebek entry lama aku ada aku tulis salah satu impian aku nak jadi penulis novel..hahah perah santan (perasan) :p Biasala terkono penangan novel..Lani aku jarang sangat dah layan novel..kalau rajin ja aku akan baca secara online kat Penulisan 2U..Aku lebih suka baca cerpen sebab cerita dia merangkumi semua dari awal sampai akhir tanpa ada bab-bab macam novel..takda la terbuang sangat masa aku dok layan feeling ja..heheh
 
Actually, tujuan aku menghapdet kali ni opkos la sebab nak menunjukkan sikit kerajinan aku..Supaya silent readers aku (kalau still ada) taw pemilik blog ni masih hidup sihat walafiat dan membina badan dengan jayanya semasa beliau tak hapdet.. erk! -,-  Ayat tu tak buleh panjang lagi ka?? Sebab apa aku cakap camtu.. Tadi aku pi timbang kat klinik kesihatan yang kak ipaq aku kerja.. and guess what?? Cewah speking london .. Berat aku tertambah 3kg.. -..- frust hokey..Ni bulan posa pasai pa kena naik?? Aku dok harap menurun la sebab aku rasa perot aku macam makin kempeh ja..haha Dengan tersengih kerang busuk dan bangganya nak naik ataih penimbang dalam hati berharap ''Mesti turun ni berat aku:D" Tapiiii~ arghh! Aku tak percaya..Aku tak percaya.. Aku tak percaya C.I.N.T.A ! haha tetiba..Angka depan dah naik kat nombor lain dah..Sedih sampai tak lalu makan time berbuka tadi..Aku cuma makan kuih tepung bungkuih, popia, kurma, nasi berlaok asam pedas, ayam bakaq, sup daging, ikan goreng..memang aku tak lalu sangat tadi.. menjejaskan mood aku nak makan.. Tapi apa kes sampai aku termakan banyak camtu tanpa sedaq?? Hahaha nampak kan ayat dia.. Tolong la control sikit nafsu makan aku oii..Aku nak jugak langsing persis Rozita Che Wan..Kahkah :p
 
Sekarang ni aku tengah memikirkan strategi takmau bangun soq (sahur) ataupon takmau makan nasi time berbuka.. Agak-agak aku buleh pengsan dak tak makan nasi? Agak-agak kalau aku pengsan ada tak orang larat angkat..Ka kena guna kren yang abang-abang indon guna kerja kontrak tuh angkat? Ka cena? Terok bebeno kan aku? Hahah Dah la makin gemok, baju raya pon tak buat lagi.. Takda mood betoi nak raya.. Kes baju raya tak buat lagi sebab dah takda tukang jahit yang nak ambik.. frust menonggeng sungguh..Sehari sebelom posa taw aku tanya, tapi depa dah takmaw ambik dah banyak sangat tempahan katanya..Kadang-kadang bila pompuan dok sibok nak buat baju raya sebelom posa ada la sora sumbang kaum-kaum laki yang kata takdan nak posa lagi orang pompuan dah sibuk nak buat baju raya, dok sembang pasai baju raya.. Tapi depa tak taw sebenaqnya ni la yang jadi masalahnya bila pompuan tak buat baju sebelum posa..Tukang jahit dah takmau ambik..Apa kaum laki maw ka ambik tempahan tersebut yang dok sebok-sebok? So tutop mulot k! haha Memang buleh ja beli tapi fulusnya ngak ada lagi..maw seratus dua jugak baju lani.. Sayang la kain dah beli.. tapi takleh buat..Aku lilit-lilit buat macam sari ja la raya ni..sobs..sobss :( Sapa hidang muruku kat aku aku bagi sepakan penalti kat dia..huh!
 
Allah, banyak sangat aku beletiaq sampai terlupa nak ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK" Kepada semua umat islam..posa taw jangan tak posa..Tarawih pi taw jangan tak pi..Walaupun penulis blog ni sat pi sat tak pi..haha pandai ja nasihatkan orang..Buat kat rumah pon boleh..Tapi ganjarannya tak sama macam pi surau atau masjid.. :) Btw, Alhamdulillah, kita masih diberi peluang bertemu dengan bulan ramadhan taon ni..Semoga Allah SWT panjangkan usia bumi.. Harini lepaih sahur satgi cukup lapan hari kita posa..Sat ja kan? hehe Bulan-bulan posa ni memang kadang-kadang kita tak mampu nak melawan nafsu.. walaupun sebenaqnya nafsu kita kalah hanya dengan lapaq.. Ada sesorang pernah bagitau aku, nafsu cuma akan kalah bila lapaq.. Sebab tu kita digalakkan berposa untuk kawal nafsu.. Sebab tu siang hari kita rasa tak bermaya ja tengok apa pon tak bernafsu ..heheh Try tunggu masa orang tengah azan, haa masa tu la nafsu tengah menggila tengok macam-macam makanan sedap..sebab tu sumbat ja dalam mulot tak sedaq pa dah..macam aku T_T Cuba baca kisah ni ::
 
Allah bertanya kepada nafsu, "Siapa aku?" Kemudian nafsu menjawab, "Kau adalah kau dan aku adalah aku."  Maka, Allah pun mencampak nafsu ke dalam laut dan mengeluarkannya kembali. Allah bertanya lagi kepada nafsu soalan yang sama dan nafsu masih dengan jawapannya. Lalu Allah mencampakkan nafsu ke dalam api pula dan mengeluarkan nafsu kembali. Soalan yang sama disoal yang dan jawapan yang sama turut diberikan. Oleh itu, Allah memasukkan nafsu ke dalam Neraka Wail (lapar) Kemudian dikeluarkan. Bertanya Allah lagi, "Siapa Aku?" Barulah nafsu itu mengaku dan menjawab "Kamu adalah Allah, Tuhanku."
 
Kan? Nafsu cuma akan kalah bila lapar..Sesungguhnya jihad yang paling besar ialah memerangi hawa nafsu sendiri.. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh kita pegang, mudah untuk kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Nafsu lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah ‘highway’ atau jalan bebas untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah ‘highway’ syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.“Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan.”(Yusuf: 53)
 
  Jadi beringatlah time berbuka tu..Jangan melantak ja ingatnya..kata-kata buat diri sendiri.. haha Lagi satu beringat jangan nak mercun sangat time posa-posa ni.. Yang dok buat meriam karbat tu takpayah belajaq sangat la pelik-pelik..bawak-bawakla insafkan diri usia makin meningkat..Takda apa yang untung..kalau still dok buat jugak pesen tak reti bersyukur ada anggota badan yang cukup sempurna..Kalau tiba-tiba terkudung jangan nyesal jangan salahkan takdir pulak naa..Rasanya setakat ni dulu jari aku menaip.. Mengantok sudah.. Satgi bangun soq taw!! Assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

2 50Juta Kali:

boni kacak said...

sama lah kita.. berat saya pun naik mendadak. adoi.. makin teruk pulak..

حاني رملي said...

En.boni lain la bnyak sgt dpt jemputan..memang gemok la.. hahah

Daisypath Anniversary tickers