.
9
MAK JEMAH

Kerana Sebungkus Oreo -.-'

Greeting Text
Hye geng Mak Jemah sekalian. Sehat? Posa penoh tak? Penoh?? haih nampak sangat muhong kita posa baru tiga hari..haha Masih jauh perjalanan luas pemandangan lagi nuh. Err. Okay hari ni dah tiga hari kan kita posa dan tiga hari ni jugak la posa aku still tak cacat lagi dengan bendera Jepun. Hahah -,- alhamdulillah. Hari ni bukak posa macam besa dengan mak abah abang and kak ipaq aku. Adek aku? hah dia pengacau ja sebab dia tak posa. Hehe Harini aku makan paling sikit banding dua hari sebelum ni. kenapakah? Diet mungkin. haha kbai.
Time berbuka tadi.. ngeh ngeh diet sangat kan -__-


Entry sebelum ni aku ada habaq nak story pasai satu benda kan? Peristiwa ni aku dah tak ingat umoq aku berapa..Tapi dah belasan taon gak la. Mungkin Form 2 or Form 3. Haritu merupakan first posa. Haritu jugak aku keluaq beli barang ngan parents aku. Tapi sebenaqnya haritu aku tak posa. Biasa la. "Mai penyakit" ayat tok aku.haha Mai bulan la maksud dia. Ngeh ngeh. First posa dah mai penyakit..syahdu betoi.

Masa tu abah aku dah suruh aku masuk dulu dalam keta. Tunggu dia ngan mak aku ada barang lagi yang nak beli. Aku menurut titah perintah abah aku tanpa bantahan. Tunggu punya tunggu bukan main lama, aku cer kelebek-kelebek plastik barang yang mak aku beli tadi. Taw apa yang aku jumpa??
Tadaaa!!
-
-
-
Eh, sebelom tu nak kongsi satu rahsia...
-
-
-
-
-
-
-
"Putar, rasa, celup! Mama!!"
harhar-.-'
-
-
-
Oreo dah wujud time tu.. hehe

Lapaq okay time tu. Aku pon tak taw pasai pa. Terus ja aku bukak dan ngap!ngap!ngap!ngap!ngap!ngapngapngapngap!
Aku wat rilex ja walaupun sebelah keta abah aku ada sorang makcik ni atas moto sedang memerhati gelagat aku. Ek eleh makcik ni, macam tak biasa tengok orang makan oreo-.-' nanak la tu kan? Haha :'D
Makin tekun makcik tu tengok aku, makin galak aku mengunyah. Bukan main sinis lagi pandangan makcik tu. Awat ni makcik?? Tak comel ka muka saya time makan oreo? Huh~ Aku cuba control secomel mungkin. geget sikit-sikit. Wakakak XD 

Dah hampir tiga keping aku melantak, aku simpan balik. abah ngan mak aku pon dah mai. Terus keta abah aku meluncur laju meniggalkan perkarangan "Pasaraya X" tersebut sambil diperhatikan oleh makcik tadi dengan terpinga-pinga. Ceh ayat macam dalam novel.. haha Dalam keta aku asyik terpikir-pikir awat dengan makcik tadi sehinggalah aku dengaq mak aku sebut perkataan "PUASA!"

Ohmygucci!!! aku rasa nak lompat terjun dari keta. Maafkan saya wahai makcik sumpah saya terlupa yang hari tu posa. Hilang ingatan agaknya aku masa tu. Makcik!! saya malu tahap berudu dengan makcik. Harapan saya semoga saya tak jumpa makcik lagi lepas tu. Muahahaha. Kalau jumpa pon harap makcik dah lupa wajah saya. Dan saya harap makcik tak balik cerita kat anak-anak makcik. haha. Oh saya bukan pompuan sebegitu makcik. saya jenis yang menghormati orang di bulan puasa. phuih! :p haha

Mesti makcik tu heran sangat dah bertutup aurat elok pakai baju kurung, rupa dah macam anak dara boleh pulak makan di siang hari masa bulan posa depan orang. Haha Demmm! malu mampoih hanya kerana sebungkuih oreo. Lepas peristiwa tu, aku pakai helmet seminggu tak bukak-bukak sebab malu.. Hahaha! okay muhong. Jom la kita bersahur. Hehe Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

6
MAK JEMAH

Lepaskan Saja~ :)

Greeting Text
"Selamat tinggal pada kenangan..
Selamat tinggal pada igauan.."
 

Pagi yang sunyi sepi. Jari terus menari tanpa arah tuju..merenung kosong setiap lekuk penjuru..Kenangan datang silih berganti. Kemudian. hilang bersama pekat malam..Air mata jatuh ke pipi..Unggas berbisik2 manja di pendengaran..
unggas berbisik manja??  ==" abaikan
 
Tiba-tiba ... 
-
-
-
-
-
Kuatkan radio, kuatkan radio anda.. 
kuatkan radio, kuatkan radio ♪♪ 
aku yang patut..yang patut..~
 
Hahah hilang semuanya..mengacau betoi..
 
♪♪ Bertemu di mukabuku, kujatuh hati padamu.. 
bukan taknak mengaku♫ 
tapi hati rasa malu.. 
senyumanmu menawan..menawan~
 kau buat ku tertawan..~ ♫ 
 *sambung* =_="
 
Haha comey gak lagu ni.. 
 
Err sebenarnya tadi kankan, aku blogwalking. sebab dah bosan sangat..hehe kalau tak aku ni memang pemalas..kalau aku dah cuma suka baca satu belog tu, satu tu ja la aku rajin g buat nyemak dengan komen..haha bukan apa kadang-kadang belog someone tu lambat loading..haiyaa~ rasa nak hempuk ja laptop..eh laptop aku pulak jadi mangsa..hehe tadi dengan rajinnya aku menyemak kat belog yang langsung aku tak kenal sapa owner dia..aku tak follow pon cuma g baca ja..hehe
 
 Rupanya ada banyak gak kisah couple kena tinggal ni..ahaha Kisah yang ngarut pon ada..couple dua minggu then clash! Err whathe??! padanla dengan umoq..haha pastu entry seterusnya dah cerita pasal boy baru..kehkeh lawak betoi budak-budak sekolah ni..haha Alah macam ampa dulu-dulu laa..budak sekolah gak mesti camtu kan? haha 
 
And ada gak kisah yang memang betol-betol menyentuh jiwa raga dan sanubari aku. Pergh! ayat..haha tapi belog lain laa..bukan belog budak sekolah tadi..hehe Ya ya story awak dah berjaya buat saya menitis air mata malam ni..sedih saya baca..Hmmm:') siapakah AWAK tu?? ahaha biaqla aku sorang ja yang stalker belog beliau. Ampa toksah nyibuk..haha aku plak rasa macam nyibuk kisah dia..haha ok semoga awak tabah..sekejap ja semua tu nanti okey la..good luck in ur life..
Haha entry ntah pa pa..ni la akibat kalau bosan tahap namati..haha ok saya cau dulu nak tidoq sudah..assalamualaikum..
 
"kenangan tetap akan tinggal sebagai kenangan..Kadang Sukar untuk kita melupakan kenangan lama..Tapi, untuk hari mendatang yang lebih bahagia ..ciptalah kenangan baru..Yang lama, lepaskan ia pergi...Perlahan-lahan.."

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

4
MAK JEMAH

Kerinduan

Greeting Text

Hye reader(s) selamat pagi..hehe jam menunjukkan pukul 7.14minit pagi..awai tak aku bangun? haha ekceli tak tidoq lagi oii..Tiba-tiba bersemangat pulak nak update belog..kira okay la tu pagi-pagi camni buat senaman jari. Senaman gak tu kan? haha Tiba-tiba tengah feeling macam Maya Karin atas katil ni..Erk -.- rindu pulak zaman kanak-kanak ribena dulu time mengaji quran malam..

Okay, mak aku dulu kira tok guru mengaji quran..Garang? haih tak yah cakap memang garang..Cenge betoi pantang dengaq ada orang bersembang time mengaji apa saja yang ada kat tangan dia time tu mesti di baling tepat pada sasaran..kalau lesung batu, lesung batu la..kalau hanger, hanger la..tu naseb dia tak baling peti ais ngan tong gas ja..hahah aku dah cakap mak aku gangster k~ =.=

Dulu time mengaji kan ada saja la benda yang kami-kami semua nak bersembang..segala gosip mak jemah time tengah mengaji tu laa nak soksek soksek..mana mak aku tak marah..haha Yang budak laki pulak keja layan perasaan..dok tak dok tiba-tiba keluaq aksi otomen, power rangers, masked rider segala..wakakak suka sangat berangan nak jadi super hero.

Masa tu akan femes la dengan segala macam cerita hantu..hantu terbang-terbang kat langit.Hantu pokok pisang, hantu tanglung, hantu muka sebelah..haishh..memang seram kadang-kadang bila aku turut join sekaki..Tapi kan aku tak perlu la risau sebab lepas abeh mengaji aku tak payah nak balik-balik rumah dah kan, dah memang rumah aku..muahahaha~padan muka ampa gatai sangat cerita pasai hantu lepaih tu nak balik semua pakat takot..naek gerek(beskal) pakat berembaq, dah macam ketapi aku tengok..wahaha~

Lepas tu kalau time maghrib hari sabtu ada doraemon semua pakat melenggak tengok tibi lagi tak reti-reti nak ambik quran baca..hahah aku la yang kepala nya dok depan tibi..kawan-kawan semua pakat ikot tengok..sampai mak aku kata "NAK MAKAN KAYU KOT BUDAK-BUDAK NI" pakat lari beselerak p ambik quran..wakakak rindu gila semua tu.. cepat-cepat ja ambik tudung pakai..hehe

Time mengaji dulu kami semua ada satu hobi yang amat pelik..Hobi tampaq nyamok then himpun..hahaha Mula-mula pakat buat group lepas tu nampak ja nyamok tampaq-tampaq dah tu himpun seqekup ngan lampu suluh..hahaha tak leh blah betoi..lepas tu bilang la nyamok sapa yang paling banyak..whathemosquito! bila teringat semua tu haih apa bangangnya sangat kami-kami ni..hahaha
and torchlight yg paling femes time tu torchlight yang kaler merah besaq gedabak tuh ngan yang besi tuh..hahah ampa penah tengok??
 
Bila bulan posa aktiviti mengaji malam akan jadi sangat best..sebabnya lepas mengaji kami sama-sama main mercun..aku tak main, aku alergik ngan mercun nanti tangan naek kurap..bhahaha *padahal takot* hahaha budak laki yang selalu bawak mercun budak pompuan yang inesen macam aku ni semua pakat main bunga api ja..tambah dengan abang aku pasang pelita keliling rumah pulak kan, pergh! memang seronok tak terkata laa..nak-nak malam bulan cerah rasa macam malam raya..hehe skang dah takda dah pelita-pelita..huhu T..T
 
Ada jugak sesetengah malam kami akan mengaji dekat surau sebab nak sembahyang terawih sama-sama kan..terawih tu buat 8 rakaat ja..haha lepas tu aktiviti kami main sembunyi-sembunyi bawah surau..haha surau tu dua tingkat..kat tingkat atas orang sembahyang tingkat bawah kami la conquer..haha bising tak yah cakap laa..lepas mak-mak kami semua dah habeh terawih sorang-sorang pakat kena marah pastu sebab bising..hahahah semua muka ketat ja time tu..haha

And benda yang paling tak best time mengaji malam bila first time aku period..hahaha so, tak boleh la mengaji..ergh! yang depa semua pakat pelik awat aku tak mengaji..aku try belakon macam aku demam..haha tapi jenoh la nak belakon camtu sampai seminggu..aku malu sebenaqnya time tu..time depa mengaji ja aku masok bilik..haha sampai depa semua dah balik baru la aku keluaq..haihh~ segan ok segan..kalau aku keluaq bilik semua pandang aku macam dah aku ni alien ja..aku luku jugak sorang-sorang nanti..hahah

Rasa indah sangat semua kenangan tu skang ni..Dulu time kecik langsung tak sedaq pon..hehe memang dah takkan kembali lagi semua tu..ampa ada kenangan macam aku? haha mesti takda kan? hahah insyaAllah sampai bila-bila semua kenangan ni akan aku simpan kemaih-kemaih.. eh jiwang pulak tetiba..ahaha sampai sini dulu..nanti aku merapu lagi ..hehe assalamualaikum :)

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

7
MAK JEMAH

Salam Nisfu Sya'aban

Greeting Text
 Nisfu Syaaban, sebagaimana yang diketahui umum, buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib pada malam ini.

Dalam hadis yang lain Rasullullah SAW juga bersabda ::
“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.” (Riwayat Ibnu Majah)
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda :: 
“Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu  ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.”
 Jadi apa yang perlu dibuat untuk malam ini. Disamping doa, zikir, amalan yang dituntut dengan membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

  • Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
  • Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
  • Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.
 Yang mampu kerjakan lah..Yang tak uzur lakukan lah..semoga kita semua diberkati.InsyaAllah.. :')


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

Daisypath Anniversary tickers