.
7
MAK JEMAH

Salam Nisfu Sya'aban

Greeting Text
 Nisfu Syaaban, sebagaimana yang diketahui umum, buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib pada malam ini.

Dalam hadis yang lain Rasullullah SAW juga bersabda ::
“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.” (Riwayat Ibnu Majah)
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda :: 
“Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu  ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.”
 Jadi apa yang perlu dibuat untuk malam ini. Disamping doa, zikir, amalan yang dituntut dengan membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

  • Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
  • Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
  • Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.
 Yang mampu kerjakan lah..Yang tak uzur lakukan lah..semoga kita semua diberkati.InsyaAllah.. :')


✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

7 50Juta Kali:

iAmCekbolat said...

salam nisfu syaban ye syg :)

Unknown said...

jadi..sama2 lah kita berlumba2 untuk beramal kepadaNya.. semoga hidup kita akan lebih diberkati selepas ni.. amin

anamizu said...

hai Hani.. slm nisfu syaaban :)







Luv,
cik ana

حاني رملي said...

hehe bro boni..maaf klw ada t'kasar bahasa dalam kita saling komen mengomen..hehe

حاني رملي said...

cik ana, salam nisfu sya'aban untuk anda jgk :))

iQie said...

salam nisfu sya'aban. maaf klu ada silap aku kt kau weh..hehe

حاني رملي said...

alah salah2 ang tu hilang bagai ditiup angin ja bg aku..haha

Daisypath Anniversary tickers