.
6
MAK JEMAH

Percubaan KETIGA!

Greeting Text
Hye reader(s) sayang..mangket-mangket oii sembahyang subuh! wahahha 
Ekceli ini adalah percubaan kali ketiga aku menerai sejeneh makanan yang satu ketika dulu pernah melalui zaman gilang gemilang beliau..sekarang ni dah tak berapa sangat..kot..~ -..-
 
Tiga kali menerai akhirnya, setelah lama membuat research *jadah hapa ayat dan mengugel resepi merata-riti percubaan kali ketiga akhirnya menjadi..yeah~! Ladies and gentleman please clap your hand for me :D Kali pertama buat memang rezeki ayam kat umah aku la hari tu..maen renjis-renjis dipilis kat tanah..bukan niat dihati untuk membazir tapi..tapi..memang takkan ada sapa makan..haha baek bagi ayam-ayam mak aku makan dak..kali kedua buat memang jadi..tapi rasanya..rasanya..lahai..sungguh mendukacitakan dengan kerasnya..kalau baling kat dinding buleh lantun kena dai balik Oo..hahah Akhirnya, kali ketiga..alhamdulillah..lincin diserbu oleh semua makhluk dalam rumah ni..

Chop, lupa nak habaq benda pa yang aku beriya-iya cerita tu kan..ia sejeneh kuah..pala otak ang kibod..kuah pulak..kueh~ malu nak gitau yang kita kan sebenaqnya dah pandai buat apam polkadat yang cute miut gebu dan tak keras gitu~ =.= hah apa-apa ja la senah. Tapi kita ikot kat resepi tu dia buat stoberi jadi kita pun lukes la stoberi..tak lukes dotdot pongg..
 
Letak dalam acuan lompang okay, kalau tak nanti lembek papercup tu.. *cecey macam chef ..kahkah
 Letak inti sekaya sebab takda jem stoberi kedai kat kampung =.=
Part ni paling best...lukes..Omey dak~ haha
Sebelum tuh kita nak kongsi resepi dia dulu taw..sejak bila pulak aku ber'kita' dalam belog ni.

RESEPI APAM STOBERI
 Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder & soda bikarbonat - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1 sudu besar esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna kuning - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 
Dan setelah 15minit bukak periuk pengukuih..inilah hasilnya..agak comot..tangan ketaq time nak 
lukeh..nanti kita buat lagi nOo..haha

Hat tak berapa nak comey tu bukan apa camera henset ni tak berapa nak canggih..hahaha abaikan, abaikan..So, bakal mak mentua kita dah pandai buat apam polkadot *sambil angkat kening . Bila nak masuk minang nih..wakakak :D Assalamualaikum.

✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿

6 50Juta Kali:

boni kacak said...

wah..pandai juga awak buat ye??

iAmCekbolat said...

ni mai hantaq kat TM sattt

Unknown said...

trendy food! :D

حاني رملي said...

en.boni : welll :P hahahha

حاني رملي said...

bolat : okay2 3 4taon g sampai..hahah

حاني رملي said...

hanida : hehe :))

Daisypath Anniversary tickers