Memandangkan aku dah semakin ketandusan idea nak update belog aku , dengan bangga dan tak kedekut ilmunya aku nak share resepi karipap yang diberi nama KARIPAP TURUN TEMURUN SEJAK AZALI..kehkeh Apa ? ingat aku tak reti masak..silap orang laa*riak..haha* silap-silap hampa pon aku buat masak tiga rasa --' heh abaikan..Resepi ni aku belajaq dari kakak aku..kira lani aku dah expert gila la bab mengkaripap ni*riak lagi* astagfirullahaladzim~ tak pecaya ? ok saya tak penah memaksa..sobss~
Cepat p amek kertas examination pad..kalau takda rembat la buku sekolah adek ang..tak pun conteng kat dinding..bukan dinding umah aku kan, umah hampa peduli apa aku..hahaha~haa pen jangan lupa..pensel 2B pon ok..nak lagi clear guna marker pen yang hampa curi kat sekolah taon lepas =.= ok sudah-sudah mengarot..aku taw hampa tak sabaq sampai dah meleleh ayaq lioq nak try resepi aku kan? maksod aku resepi kak aku~ ngeh2
Langkah pertama :
Bukak langkah seribu, p kedai runcit berhampiran *haha ni tak termasuk dalam resepi ok
Bahan-bahan inti karipap turun temurun sejak azali :
1- kentang agak-agak 500g kot : potong dadu
2- daun sup 4 5 pokok camtu : potong agak boleh telan
3- daging cincang : sukahati la nak campak banyak mana. daging ayam pong boleh. Tapi jangan pandai2 terlebih eksaited letak sotong , kubis bunga, lidah lembu pulak boh..==" atau apa2 bahan yang xberkenaan.
4- serbuk kari daging 1 paket : yg harga 6kupang tu nahh..satg hentam beli yg besaq gedabak nuh plak..
5- cabai besaq @ cili merah : 2 biji
6- bawang besaq : 1 biji
7- Daun kari : 2 tangkai
Bahan untuk doh atau aku panggil kulit karipap.. heh kulit-.-' :
1- tepung gandum : 500g atau 1/2 kilo
2- minyak masak 2 senduk : hamboi main senduk-senduk plak..minyak tu bagi panas dulu taw..
3- cold water @ ayaq sejuk..haha ayaq ni aku tak taw berapa sukatan dia..agak-agak hampa uli tepung sambil letak ayaq sejuk sikit-sikit dah tak melekat kat tangan ok dah tu..
Cara-cara *bukan kueh cara naa :
Inti :
1- panaskan minyak macam biasa..sambil tu hampa p blander cabai dengan bawang besaq tuh tadi..jangan lama-lama satlagi ralet rentung plak belanga nuh..haha
2- lepastu, dengan penoh ayu campak daun kari. 'bedeceyy!' bunyi dia~
3- masukan bahan yang dikisar sebentaq tadi bersama serbuk kari daging 1 paket..jangan lupa sedikit ayaq..tunggu sampai pecah minyak..sambil tu hampa buleh la p basuh pinggan yang ada kat sinki tu tak pon p tacap muka dengan bedak miyami dua tiga tempek..letih masak katakan bepeluh sampai bedak pon hilang..haha
4- dah pecah minyak masukkan ayaq agak dalam secawan..terus masukkan daging cincang dan jugak kentang..terus bubuh garam, gula, ajinamoto sesuka hati hampa..aku apa peduli..haha
5- lepas ayaq dah kering, kentang pon dah masak renjis-renjis dipilis daun sup yang hampa potong xsat ni..lepastu kacaw lagi, lagi, lagi..ok dah tutup api. Tadaaa! masak sudah :)) rasa dulu, sedap tak? opkos la kan..tengok la resepi sapa..kalau tak sedap tu kira salah hampa sendiri..haha
Doh :
1- masukkan tepung gandum yang 500g xsat ni dalam satu besen yang hampa rasa agak senang nak ganyang dia habis-habisan..
2- tuangkan minyak masak yang dah dipanaskan dalam tepung secara slow motion..ok dah? tunggu sejuk sat.
3- lepastu dengan penuh taksub hampa buat aksi meracau-racau minyak tu bagi rata kat tepung tadi
4- pelan-pelan letak ayaq sejuk sambil uli dengan penoh kasih sayang :) ganyang habis-habisan..sampai la doh tu nampak cantek and tak melekat kat tangan..
Lepastu hampa canai-canai la doh xsat ni bagi jadi lepiaq-lepiaq..letak dekat acuan karipap bubuh inti then klip..Yes ! dah jadi sebijik..bangga tak ? haha lepas dah siap semua tiba masa menggoreng..pastikan api xt'lalu kuat dan minyak jangan panas sangat..sat lagi karipap hampa jadi menggerutu macam katak puru pulak..haha ni petua kak aku taw..lepas dah lama sikit baru besaqkan api dan kacaw sampai la karipap tu masak..lepastu snap gambaq tayang dalam belog..hahah!
TADAAA DAA DAA!!!
V
V
V
V
Sila kempunan wahai sayang..haha
Eh, hampa paham tak apa yang aku dok beletiaq dari atas sampai bawah ni? kalaw tak paham gugel translet ok..hahaha ok sekian rancangan setengah jam bersama chef wan tusom, assalamualaikum~
✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿