2
MAK JEMAH
Reader (s) haipp..harini izinkan saya berbicara dalam bahasa baku..sebab nak ambek feel..hehe tadi saya sempat menjenguk beberapa belog rakan saya..dan salah seorang kawan saya masa sekolah..bila baca setiap apa yang dia tulis saya taw dia tengah berperang dengan perasaan dia sendiri..saya sendiri rasa sebak bila cuba teruskan bacaan saya..memang kehilangan orang yang kita sayang sangat-sangat menyakitkan..saya taw, saya pernah rasa dan saya juga pernah lalui..bukan senang nak dapatkan kembali kekuatan dalam hidup kalau kita tak cuba sedaya upaya..nak2 bila kita dah stay lama dengan orang tu..ingat senang nak buang segala perasaan dan kenangan dengan awak semudah macam bukak kulit kacang! kalau awak ingat ya, memang waterpark!
Kadang2 saya tak faham, kenapa ada manusia yang cepat berubah hati..tak terfikirkah dia segala pengorbanan, kasih sayang dan kesetiaan orang tersebut untuk dia selama bersama..x boleh kah dia berfikir walau sikittt~ takda otakkah dia? ada tapi letak dekat kepala lutut buat apa?? memang bila bercinta kita tak pernah lari dari bercakap bohong, bosan, marah, merajuk, ego dan segala bagai lagi..tapi kalau orang yang betol2 menyayangi dia xkan pernah ambil pusing berkali-kali perkara tersebut dan jadi penyebab kurangnya kasih sayang dia terhadap orang yang dia sayang..mana ada orang bercinta everytime, everywhere gembira kan ? sekali sekala gaduh dua tiga bakul apa salahnya..baru la ada penguat kasih sayang tu orang kata..Hah~ apa yang saya tengah mengarut ni.. Kan saya pernah cakap..kalau tak mampu menyayangi setulus hati buat apa disentuh perasaan cinta tu dari mula lagi..? Saya faham mungkin anda keliru masa tu..ataupun mungkin anda silap perkiraan..sangkaan anda, anda mampu menyayangi dia selagi hayat dikandung badan..tapi anda silap..sebab tu bila mula berkenalan jangan terus bercinta cuba berkawan dulu lama-lama..saya simpati dengan orang macamni..nak bercinta terburu-buru..nak putus tak nyempat-nyempat..elok masuk tanjung rambutan laa !
Yeah saya taw..setiap kali kita merancang, Allah juga merancang..dan perancangan Allah itu lebih baik..kawan, saya percaya dia sangat rugi kerana membuang kamu dari hidup dia..she is not deserved on your love..mungkin ada perancangan Allah yang lebih baik untuk kamu..dan saya juga sempat blogwalking ke blog 'EX' kamu..kata-kata dia sangat tak ikhlas..kekonon dia juga bersedih kerana kehilangan kamu, kekonon dia tak pernah melupakan kamu, dan kekonon menasihati kamu jangan membuka aib orang lain..Padahal dalam gambar siap berpeluk tangan dengan boyfriend baru , senyum tunjuk gigi macam iklan kodomo lion..jadah apa?? sedihkah dia macamtu? Hoii manusia aku tak faham lah..haa kan dah keluaq aku~ hang dok sedih celah mana..??
Siapa yang membuka aib siapa..?? saya tak rasa dia dah bukak aib anda..sedangkan kata-kata dia sangat ikhlas..walaupun kamu dah curang tapi jika kamu kembali pada dia, dia pasti akan terima kamu balik..KAMU YANG MEMBUKA AIB KAMU SENDIRI! tayang gambar macamtu kat public..ingat orang tak nampak dan tak boleh fikir sebenarnya kamu yang berubah hati..kamu berlagak tak kuat bila putus dengan dia, sedangkan kamu ada orang lain di samping kamu ? Apa yang tak kuatnya?? Tapi dia kena lalui sorang-sorang..sekarang, siapa yang lebih tak kuat ?? Anda atau dia..fikir laa..jangan nak tulis statement yang tak masuk akal, dan jangan salahkan orang lain kalau terang-terang salah anda.. :) dan untuk apa anda clash dengan dia, kalau anda benar-benar tak kuat kalau takda dia ?? Haihh~ sungguh aku tak paham..dia macamni kah? : Tak kuat xda dia -> curang -> breakoff -> tulis entry jangan bukak aib org -> tayang pic ngan pakwe baru.. = Zzzzzzzzz -..- gila meroyan apa??
Ok maaflah saya jadi sangat beremosi kali ni..sampai saya ketagih nak baca entry member saya berulang kali..sebab saya rasa nak menangis sepuas hati! saya sangat benci orang yang mempunyai sifat pemain perasaan..kalau tak mampu jangan buat orang jatuh cinta dengan anda..dan jangan gedik-gedik nak ajak kapel atau terima dia sebagai kapel kamu..kalau alasan awak tinggal orang tu pasal dia malas sembahyang, xreti hormat orang tua, kaki betina, gila seks, panas baran..boleh diterima..tapi sebab anda sendiri yang curang..macam cilaka kan?? sampai kan saya baca entry anda..anda tak mampu nak terangkan apa sebab anda tinggalkan dia..sebab dia tak da salah dengan anda~ rite ? tapi macam dia cakap untuk anda, semoga anda bahagia sebab kebahagiaan dia bila anda bahagia..baeklah saya harap anda jugak akan bahagia..BUT, never forget..karma do exists dear..harini kita mainkan hati orang mana taw nanti giliran kita dipermainkan..saya harap awak ingat balik apa yang pernah awak buat pada dia time tu~ Sebab tu kekadang saya takut untuk bercinta lagi..sebab saya takut nak lalui saat perpisahan..sebab tu saya pernah berjanji dalam diri saya dulu, kalau saya menyayangi sesorang untuk kali yang seterusnya saya takkan bagitaw dia..sebab saya takut nak berkasih sayang, bergelak gurau macam orang bercinta lepastu terpaksa terima hakikat kita dah kehilangan dia..Tapi saya bukan mampu nak jaga perasaan saya kat awak sorang-2..lastly, awak taw jugak..tapi awak taw sendiri ok saya xcakap pon kan^^ Saya harap Allah panjangkan perhubungan ini..sebab saya percaya pada awak..kalau awak bohong, siaplah..pisau pemotong daging menuggu.. ! takot tak ?? hahah i love u ~ sayang awak tahap kuasa 3~ :p Assalamualaikum .. " Kekadang kita tak sedar kita telah lukakan hati seseorang yang sememangnya istimewa , kerana kita terlalu gembira dengan orang lain, mengayam impian menyulam harapan bersama, tapi andai satu saat kena batang hidung sendiri baru tahu langit tu tinggi atau rendah..semua tak mustahil.. "
✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿
MAK JEMAH
2 50Juta Kali:
kdg2 aku pon x fham dgn org yg prangai macamni..termasuk aku ke ? eh..haha x x :p
haha ang mmg mcm tu!
Post a Comment