4
MAK JEMAH
Setiap saat pasti berlaku perpisahan di dunia ini..melalui pelbagai cerita perpisah itu terjadi bersebab mahupun tidak tanpa disedari sebenarnya sesorang telah ditinggalkan..antara meredhai dan memaksa hati untuk menerima sememangnya sukar..terkadang seringkali terlintas difikiran di dunia ini tujuh orang mempunyai wajah serupa tapi kenapa kamu dan dia yang dipertemukan oleh Allah..kenapa bukan yang lain? kenapa kamu dan dia yang perlu merasa segala pahit perpisahan itu..~mungkinkah kamu dan dia berjodoh atau cuma ditakdirkan untuk menyakiti satu sama lain..
Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada sebab musabab yang telah Allah S.W.T sembunyikan disebaliknya yang telah termasuk di dalam perkara ghaib iaitu tidak ada seorang pun yang tahu apa bakal terjadi keesokan hari..maka menerima dengan redha dan belajar melepaskan adalah terbaik..jangan menyalahi takdir kerana itu cuma secebis cerita yang hanya melengkapi perjalanan hidup kita..Seharusnya kita bersedia dan jangan terlalu meletakkan harapan terlalu tinggi jika kita xmampu terbang ke daratan kembali sekiranya awan mendung berarak..
Ingat, Allah tidak akan menguji barang sesuatu melebihi kemampuan hambaNya..boleh jadi ujian itu membawa kebaikan yang sebenarnya langsung kita tidak tahu dan sedar..dan ingatlah masa, masa adalah ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan hati yang terluka..jangan terlalu memaksa hati untuk melupakan sekiranya ia masih tidak mampu..susah untuk menduga hati walaupun hati itu kepunyaan kita sendiri..saat dia menyayangi sesuatu dia hanya mampu menyimpan walaupun perasaan itu menyakitkan bagi kita..
Dan janganla pula kamu berpura menerima orang lain dalam hidup kamu semata-mata untuk melindungi apa yang sebenarnya berada di hati kamu..mulut , perbuatan dan pandangan mata mungkin dapat menipu..tapi hati , antara kita dan diriNya yang mengetahui..Setiap yang terluka pasti takut untuk menerima kembali..tapi kekadang kita xmampu menolak kehendak hati..kadang kita pelik, kenapa harus mencintai dan pada akhirnya kita dilukai..bukankah lebih baik jangan pernah menyentuh tentang perasaan itu dari awal lagi..Bila hati mula sunyi lalu kita mencuba lagi..dan saat terluka kembali baru kita mengetahui cinta pada siapa yang paling hakiki~ sememangnya cinta ILAHI xkan mampu diganti..~ "Sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya" dan "Sesungguhnya selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Dia akan menghampiri kita kembali.." Terima kasih ya Allah..
✿THANX SUDI BACA.KOMENLA SEKALI✿
MAK JEMAH
4 50Juta Kali:
Nice entry :)
@myu tenkiu~ 1st time buat ebtry camni..hehe
aku suka entry ni..byk yg ko ckap ada betul :)
haha well, aku reka ayt sendiri taw *bangga* hahhahah
Post a Comment